30 April 2010

Kes polis tembak remaja: Polis kah berbohong atau saksi?



SHAH ALAM, 30 April — Dengan mendedahkan kandungan laporan saksi insiden Aminulrasyid Amzah, 15, mati ditembak, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (gambar) meminta polis menghentikan segala ‘drama’ berkaitan kematian remaja tersebut awal minggu ini.

“Ini kerana laporan yang dikeluarkan media bercanggah sama sekali dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh saksi kejadian.

“Bagaimana seorang yang sudah meninggal dunia boleh mengundurkan kenderaan dipandunya?” kata beliau pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

“Dan, bagaimana parang boleh ada dalam kereta sedangkan cuma ada kasut dan patung sahaja? Ini memang tidak logik,” katanya lagi. Persoalan itu juga ditimbulkan oleh ibu Aminulrasyid beberapa hari lalu.

Khalid berkata, menurut saksi kedua, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor malam tadi, jiran mangsa itu mengatakan ketika hari kejadian dia terdengar bunyi tembakan kira-kira pukul 1.30 pagi.

Dia membuat laporan polis kira-kira 10.30 malam tadi.

“Pada mulanya saya menyangka bunyi mercun tetapi bunyi tersebut semakin kuat dengan rumah saya dan ia diselangi dengan bunyi siren polis.

“Kemudian saya terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti ada objek yang melanggar dinding dan saya terus keluar dari rumah dan melihat dua buah kereta peronda mengepung sebuah kereta yang terbabas.

“Saya terus meluru keluar ke tempat kejadian dan ternampak seseorang (saksi utama) berlari ke arah saya serta terdengar polis menjerit kepada individu tersebut supaya jangan lari,” kata Zafrullah dalam laporannya, yang salinan turut diedarkan kepada media.

Dalam laporannya dia mendakwa “saya mendapati kereta tersebut sudah terbabas dan melihat seorang lelaki berpakaian kemeja-T dan seluar pendek dalam keadaan muka tersembam di tempat duduk pemandu.”

Selain itu menurut Zafrullah Ahmad, dia melihat polis menggeledah kenderaan itu dengan menyuluh bahagian dalam kereta dengan menggunakan lampu suluh tetapi tidak melihat sebarang objek dalam kereta itu dialihkan atau dibawa masuk.

“Semasa polis menggeledah saya tidak nampak sebarang objek dalam kereta itu dialihkan ataupun dibawa masuk.

“Kemudian polis menyuruh kami (penduduk) berundur kira-kira lima meter dari tempat kejadian dan mereka memasang pita kuning di kawasan kejadian.

“Saya juga lihat dua anggota polis menyuluh dan menanda kesan tembakan di sepanjang kawasan kejadian. Kira-kira pukul 3.30 pagi seorang anggota polis mengarahkan orang awam untuk beredar dari tempat kejadian,” katanya dalam laporan polis yang dibuat.

Aminulrasyid, 15, mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan Seksyen 11 Shah Alam awal pagi Isnin lalu.

Khalid berkata, bagaimana polis boleh membuat siasatan dan kesimpulan tanpa mendapatkan keterangan daripada saksi.

“Polis buat siasatan tetapi tanpa saksi. Jadi bagaimana siasatan itu dibuat tanpa mendapat pengakuan daripada saksi terlebih dahulu?

“Saksi cerita lain tetapi dalam media dilaporkan lain, saya sendiri yang bawa saksi ke balai polis untuk membuat laoran dan dia telah menceritakan perkara sebenar kepada saya.

“Jadi, saya harap polis boleh membetulkan kembali segala kenyataan yang memberikan gambaran buruk kepada Allahyarham Aminulrasyid,” katanya.

Beliau turut membidas kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar supaya ahli politik tidak masuk campur dalam kejadian tersebut.

“Ahli politik ada tanggungjawab untuk ambil berat akan kes ini lagipun saya sebagai Ahli Parlimen tidak boleh buat tidak tahu sahaja.

“Ini kawasan saya, jadi saya mesti ambil tahu dan bertanggungjawab sebagai wakil rakyat,” katanya sambil menambah, beliau bukan mahu mempolitikkan perkara itu.
“Saya mahu kebenaran didedahkan dan mangsa yang terkorban mendapat pembelaan yang sepatutnya,” katanya.

Khalid juga merayu orang ramai yang melihat kejadian itu supaya memberikan keterangan kepada polis supaya proses siasatan dapat dijalankan dengan dengan baik.

“Saya mahu orang ramai yang melihat kejadian supaya menjadi saksi dalam kes ini dan sekiranya takut untuk pergi seorang diri mereka boleh berjumpa dengan saya.

“Ini kerana saya yakin ramai yang melihat kejadian itu, dan saya amat berharap mereka tampil ke hadapan dan memberikan keterangan bagi mendapatkan keadilan bagi pihak mangsa dan keluarga,” katanya.

Tambahnya, tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang yang bersedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat adalah tidak profesional.

“Kalau itu kenyataan yang dikeluarkan, saya rasa lebih baik beliau meletakkan jawatan.

“Rakyat tegur kerana mahu penjelasan dan beliau perlu memberikan respons wajar dan profesional,” katanya lagi.

Sementara itu, ibu kepada Aminulrasyid, Norsiah Mohamad berkata dia masih belum membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat guaman kerana memerlukan masa untuk berbincang bersama ahli keluarga.

“Saya belum buat keputusan untuk mengambil peguam dari mana kerana kena berbincang dahulu dengan ahli keluarga,” katanya - MalaysianInsider.

Aku cuma nak kata:
Pada awal awal kes tersebut, ingatkan polis bersikap profesional tetapi lama kelamaan semakin mendedahkan bahawa kenyataan polis memang boleh diragui dan tidak boleh dipercayai.

Kenyataan pihak polis boleh menyebabkan kita yang tidak bersalah menjadi bersalah dan yang bersalah menjadi tidak bersalah bergantung kepada sama ada kita 'geng polis' atau bukan.


Bila aku membandingkan kenyataan Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Negara, laporan polis rakan bersama arwah Aminulrashid didalam kereta, kenyataan YB Khalid Abdul Samad dan laporan polis jiran di tempat kejadian, kini nampak jelas ada pihak yang bercakap berbohong dan ada yang bercakap benar. Polis kah yang cuba berbohong atau saksi kejadian?.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar meminta supaya ahli politik tidak masuk campur dalam kejadian tersebut.
Aku nak tanya siapa ahli politik yang mula mula masuk campur kalau bukan DS Noh Omar dan lain lain komponen BN. Kemudian baru lah diikuti dari ahli politik dari PR sehingga seolah olah kini mereka bersaing antara satu sama lain (baca sini).

Kesimpulan yang boleh diambil ialah jangan salah kan rakyat jika rakyat sudah tidak mempercayai polis. Oleh kerana sebelum ini pun sudah ada banyak kes pihak polis tembak orang awam.


1.
Kes Shahril Azlan, 25 tahun yang terkena tembakan rambang seorang anggota polis pada 16 April 2009.

2.
Kes Norizan Salleh, 30 tahun menjadi mangsa tembakan tanpa sebab oleh seorang anggota polis sebanyak 5 kali di bahagian dada dan tangannya pada 30 Okt 2009 yang hampir meragut nyawa nya dan membuatkan beliau parah dan terlantar 2 minggu dihospital (baca sini).

3.
Suwandi Abdul Ghani, 37 tahun dan Muhammad Azman Aziz, 21 tahun ditembak dalam jarak dekat oleh seorang anggota polis sewaktu menyuraikan satu perhimpunan aman di Batu Buruk pada 8 sept 2007 (baca disini).

4.
Mohammad Tawfiq Noorzan, 22 tahun juga mati ditembak oleh seorang anggota Polis yang berpengalaman di Guar Sanji Perlis pada 14 Nov 2009. Bapanya memberitahu bahawa Mohammad Tawfiq tertiarap berlumuran darah setelah ditembak dadanya , dalam keadaan tangannya bergari (baca sini dan disini).

Sekian.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

29 April 2010

Shahril Azlan, mangsa tembakan polis tahun lepas bernasib baik masih hidup

Mangsa tembak tahun lepas juga akan saman

KLANG, 29 April: Bapa kepada mangsa tembakan rambang polis pada 16 April 2009, Ahmad Kamil Abu Hassan menyanjung tinggi hasrat murni Kerajaan Negeri Selangor yang bersedia menghulurkan khidmat guaman kepada keluarga pelajar Aminul Rashid Hamzah yang menjadi mangsa kejadian serupa pada 26 April 2010 sehingga membawa maut.

Ahmad Kamil, 55, berkata, dengan bantuan itu sudah pasti dapat meringankan bebanan pihak yang terlibat memandangkan mereka sudah ditimpa dengan musibah kejadian yang terjadi dengan tiba-tiba sahaja tanpa pernah disangka.

Beliau tertarik dengan sikap kerajaan negeri yang sudi menghulurkan khidmat bantuan guaman kepada keluarga terbabit seperti dilaporkan di muka hadapan akhbar Sinar Harian hari ini, juga berharap agar nasib anaknya mendapat perhatian pihak tersebut.

“Seperti saya sebut semalam, pihak kami sedang menunggu masa sesuai untuk memfailkan saman terhadap pihak tidak bertanggungjawab dan lebih ringan jika isu anak saya ini juga mendapat perhatian dari Kerajaan Negeri Selangor.

“Saya mengalu-alukan dan ucapkan terima kasih jika ada pihak bersedia menghulurkan bantuan guaman yang memerlukan sumber kewangan yang besar ini,” jelasnya.

Dalam kejadian setahun lalu, anaknya, Shahril Azlan, 25, ditembak dari sipi kiri menyebabkan bahunya ditembusi peluru terus membocorkan paru-paru dan terhenti di tulang belakang T8 dalam kejadian tengah malam di satu simpang yang dikatakan dilakukan oleh anggota polis berpakaian biasa.

Menurut Azlan, sehingga kini kesan dari kejadian itu menyebabkan sukar tidur malam, kebas kaki kiri dan tidak boleh memandu jauh serta telah setahun terpaksa mengambil ubat saraf dan tahan sakit menerusi rawatan susulan di hospital setiap bulan.

Menurutnya, sehingga kini sudah setahun beliau menderita menanggung segala sengsara zahir dan batin tanpa sebarang pembelaan paling wajar dari mereka yang bertanggungjawab melakukan tindakan sangat tidak adil itu.

Untuk rekod, kejadian berlaku di simpang Seksyen 7, Shah Alam menghala ke I-City sekitar jam 12 tengah malam selepas bersama empat rakan lain termasuk seorang anggota polis, mereka pun pulang dengan menaiki tiga kereta berasingan, cuma beliau ketika itu pulang dengan seorang rakannya menaiki kereta Wiranya.

Sebaik sampai di tempat kejadian sekitar 100 meter sebelum persimpangan itu, beliau berhentikan kereta selepas ternampak papan tanda sekatan jalan raya memandangkan cukai keretanya telah tamat tempoh.

Katanya, kejadian itu berlaku tiba-tiba, kerana dalam tidak sedar dan tanpa sebarang soal jawab, terus berlaku tembakan yang terkena bahu melintasi paru-parunya dan peluru menerobos masuk ke tulang belakangnya.

Setelah itu, muncul tiga lelaki berpakaian biasa yang memegang sejenis kayu mengaku sebagai anggota polis dalam keadaan panik namun masih tidak percaya beliau terkena tembakan rambang mereka.

“Saya kesal kerana sikap tidak bertanggungjawab mereka membiarkan saya menanggung kesakitan di situ selama dua jam manakala rakan saya terus dibawa dari situ,” tegasnya serius.

Beliau masih ingat kata-kata seorang polis senior berpakaian seragam yang berkata kepadanya, “minta banyak-banyak bersabarlah, mereka itu adalah anggota baru yang baharu pegang pistol”.

Setelah menunggu ambulan selama dua jam, beliau dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), dekat sini untuk rawatan segera, suntikan hilangkan bisa peluru dan x-ray dan esoknya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)

(Gambar: Azlan menunjukkan parut pada badannya. Sehingga kini, peluru masih melekat pada tulang belakangnya. Ia sukar untuk dibuang kerana bimbang implikasinya)

Azlan berkata, beliau diberitahu polis menggunakan pistol jenis revolver untuk menembaknya dari sisi kiri badan, dari bahu terus ke rusuk itu dan doktor yang memeriksanya menyatakan, sebutir peluru telah berhenti di tulang belakang T8.

Sejak itu, beliau dirawat selama dua minggu di HKL, mendapat MC selama dua bulan dengan mendapat gaji bulanan seperti biasa.

“Berdasarkan nasihat doktor dengan persetujuan anggota keluarga, tiada pembedahan dibuat untuk mengeluarkan peluru itu kerana dibimbangi menyebabkan lumpuh pula,” ujarnya.

Satu perkara lagi yang sangat dikesalkan adalah, pihak terbabit memaksa beliau membuat pengakuan tentang kononnya terdapat senjata di dalam keretanya sedangkan beliau tidak pernah memiliki atau membawanya.

Bercakap tentang sikap anggota polis itu, ibunya, Normadiah Sidek, 47, berkata siap dengan sanggup bersumpah bahawa beliau disogokkan untuk membuat pengakuan itu dengan wang sebanyak RM200.

“Meskipun saya kesuntukan wang ketika itu yang berkejar datang dari Sabak Bernam sejak subuh hari namun saya tidak memandang jumlah itu kerana paling utama adalah maruah kami sekeluarga,” tegas Normadiah. - http://www.selangorkini.com.my/

Aku cuma nak kata:
Bos bos polis mesti menafikan dakwaan bahawa polis paksa suspek buat pengakuan. Polis mahu kita rakyat ini percaya 100% bahawa pihak polis adalah seperti yang digambarkan dalam drama drama kepolisan terbitan Skop Production yang tuan punya nya ialah Datuk Yusof Haslam. Tidak ada polis jahat dalam drama drama tersebut. Apakah itu realiti sebenar nya pihak polis ?. Apa kah persepsi sebenar majoriti rakyat apabila bercakap tentang polis?. Cuba buat satu pungutan suara dan tengok apa keputusan nya.

Bos polis jangan asyik nak salahkan rakyat kerana mempertikai kredibiliti polis. Kita sebagai rakyat pun faham betapa sukar nya pihak polis dalam menjalankan tugas mereka menjaga ketenteraman. Yang rakyat pertikai ialah apabila ada segelintir anggota polis yang cuai dalam tugas yang membabitkan orang awam, pihak atasan polis akan cuba untuk 'cover up'. Tindakan keatas anggota kebanyakan nya hanya diambil kepada yang terlibat kes disiplin, jenayah dan dadah sahaja. Kalau selain dari itu mereka seboleh nya akan 'cover up'. Contoh paling jelas ialah kes mata lebam DS Anwar Ibrahim. Kalau tak tubuh Suruhanjaya DiRaja, jangan mimpi Ketua Polis Rahim Nor pada waktu itu dapat diheret ke mahkamah. Ini sebenar nya persepsi rakyat teramai.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

28 April 2010

G.Palanivel & Ezam antara 4 senator baru yang akan dilantik


Mohamad Ezam Mohd Noor semasa menyerahkan borang masuk UMNO


DS Samy Vellu & Datuk G.Palanivel- suka yang tak terhingga

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Timbalan Presiden MIC Datuk G.Palanivel dan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Mohamad Ezam Mohd Noor adalah antara empat senator baru yang akan mengangkat sumpah Isnin ini.

Dua yang lain ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh Noriah Mahat.

Perkara itu disahkan Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani Sulaiman yang dihubungi Bernama, di sini Rabu.

Mereka dijadual mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Palanivel ialah Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ezam yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008 ketika dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas turut mengesahkan pelantikannya itu.

"Ya, benar, Alhamdulillah. Cuma saya akan buat kenyataan hanya selepas angkat sumpah nanti. Sekarang masih di Jakarta bertugas," kata Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Bernama

Aku cuma nak kata:
Akhir nya benar lah telahan dan andaian sebelum ini iaitu semasa isu calun yang mewakili BN dalam PRK Hulu Selangor yang baru berlalu. Percaturan DS S.Samy Vellu yang bertegas mahu meletak calun MIC iaitu Datuk G.Palanivel nampak nya memang membuahkan hasil yang berbaloi baloi. Aku ada tulis entry pasal ini semasa menggumumkan calun BN (baca sini).

Untuk menjaga hati orang UMNO maka dilantik lah Mohamad Ezam dan Ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat. OK lah tu daripada tak dapat langsung. Cuma yang mungkin boleh menjadi api dalam sekam ialah perlantikan Ezam. Ada ramai lagi ahli UMNO yang lebih senior, mengapa pilih Ezam?. Sama sama lah kita lihat senario seterus nya....


Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

27 April 2010

Kes polis tembak remaja: mereka berada pada waktu, situasi, tempat dan tanggapan yang salah?



Al-Fatihah untuk arwah Aminulrashid Amzah, budak 15 tahun yang mati ditembak polis awal pagi Isnin (26/4/10). Mula nya malas nak cerita kerana dah banyak posting yang menyentuh isu tersebut. Yang buat aku nak tulis ni, selepas aku bertekak dengan 1 orang sebaya aku pasal kes ini semasa menonton berita 8.00 malam di tomyam belakang masjid Kapar. Bertekak biasa, tak lah sampai bertumbuk.

Yang buat aku tak boleh terima ialah dia menyalahkan pihak polis 100%. Bagi aku kes seperti ini sebenar nya boleh berlaku kepada mana mana anggota polis dan kepada anak sesiapa sahaja. Memang mudah kita untuk menunding jari kata dia salah atau dia betul.

Bagaimana kalau kita sebagai anggota polis berada pada situasi berkenaan ?. Tidak mustahil anggota polis menganggap semua orang berpotensi untuk memberi ancaman semasa mereka menjalankan tugas. Mereka pun tidak mahu mengambil risiko terhadap nyawa mereka kerana mana mereka tahu yang mana satu penjenayah atau bukan..

Bagaimana pula kalau kita sebagai budak itu pada waktu itu?. Akal singkat seorang budak, sudah pasti nak lari kerana tak ada lesen. Dia tidak mahu ditangkap. Kalau aku ditempat budak itu sebagai orang dewasa, aku mungkin akan mencongak sama ada itu polis betul atau polis menyamar yang nak menyamun aku dan kalau polis betul, mungkin mereka tahan kerana mahukan wang sogokan. Itu tanggapan dan persepsi aku.

Aku dan rakan pernah ditahan polis peronda kerana langgar lampu merah jam 3 pagi. Kita orang baru lepas kena teh tarik di NLK Bistro kapar. Tengok kereta tak ada, kitaorang redah saja lah. Dipendek kan cerita polis yang tahan kami itu marah marah kata kami berlagak dan kurang ajar kerana tak mahu keluar dari kereta dan tak minta maaf kerana dah buat salah. Aku bagitau polis itu bahawa kami sebenar nya takut kalau kalau polis itu adalah penyamun yang menyamar. Kes penyamun@perompak menyamar polis memang telah banyak berlaku.

Nanti ada pulak orang kata mengapa tak minta kad kuasa polis untuk sah kan dia menyamar atau tidak?. Aku akan jawab, berani ke orang awam macam aku ni nak tanya. Bukan kah ini akan menyebabkan ego seorang polis akan jatuh kerana ada orang mempertikaikan sahih atau tidak ia nya seorang polis. Silap silap dituduh nya kita menghalang kerja penjawat awam. Berani ke orang awam mengambil risiko ini?.

Bila cerita bab menyamar jadi polis ini aku teringat pada cerita betapa mudah nya untuk mendapatkan pakaian seragam polis dan tentera. Tak payah tunjuk kad kuasa pun boleh beli. Yang ini salah siapa pulak? dan dah ambil tindakan ke belum?. Ikuti berita dibawah.



SUASANA sebuah kedai jahit yang dikendalikan oleh warga Bangladesh di pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 4 Mac 2010 - Anda tidak perlu menjadi seorang pegawai polis atau tentera untuk menempah pakaian seragam yang segak dipakai oleh anggota kedua-dua pasukan keselamatan itu. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengunjungi sederet empat buah kedai jahit yang dikendalikan oleh warga Bangladesh di pekan Sungai Besi di sini yang sedia mengambil tempahan tanpa meminta kad kuasa polis atau kad pengenalan anggota tentera untuk pengesahan. Berita penuh baca sini.

Keesokan nya pegawai polis pergi ke premis tersebut jam 10.30 pagi tetapi ditutup dan yang gelak nya premis itu kembali beroperasi jam 6.30 petang.(baca sini)


Pendapat aku, ibubapa dan kaum keluarga budak yang kena tembak itu serta pihak polis bertanggungjawab dalam insiden tersebut. Aku tidak mengatakan siapa betul siapa salah. Aku cuma kata tanggungjawab.

Alasan aku:
1. Ibubapa bertanggungjawab penuh keatas anak dalam hal penunggang motorsikal atau memandu kereta. Aku memang tak pernah bagi anak anak aku memandu kereta (aku tak ada motorsikal). Kalau nak, dapat kan lesen memandu dulu. Sekarang anak aku tu dah ada lesen dan aku tidak risau sangat kalau dia memandu.

2. Pihak polis pula bertanggungjawab mematuhi prosedur yang ditetapkan kerana prosedur itu dibuat untuk menjaga kepentingan awam dan juga kepentingan pihak polis. Polis tak boleh lah tembak sesuka hati hatta kalau orang tak ada lesen pun.

Akhir sekali, aku lebih bersetuju seperti apa yang ditulis di blog Mazidul Akmal Sidik "Kita tidak berada di lokasi kejadian, wajar mengelak daripada melontarkan komen rambang, bimbang tanpa butiran tepat, penghakiman kita tersasar dan berkemungkinan mempengaruhi pandangan pelbagai pihak berhubung tindakan si mati mahupun polis"(baca disini).

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

25 April 2010

PRK P94 Hulu Selangor: BN menang majoriti 1725 undi


Datuk Seri Najib Tun Razak, P.Kamalanathan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan kemenangan BN di Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Kuala Kubu Baru. Foto The Star/AZHAR MAHFOF

KUALA KUBU BHARU: Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Pengumuman keputusan penuh pilihan raya kecil itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan, tepat jam 9.15 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, di sini.

Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC Pusat memperoleh 24,997 undi manakala Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendapat 23,272 undi. Pada penamaan calon 17 April lalu, turut bertanding adalah Naib Pengerusi MIC Hulu Selangor, V S Chandran dan peniaga, Johan Mohd Diah, masing-masing calon Bebas tetapi menarik diri pada hari kedua berkempen.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR yang meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak.- www.bharian.com.my

Aku cuma nak kata:
Tahniah kepada BN kerana berjaya merampas kembali kerusi tersebut dengan majoriti yang lebih besar. Kepada PR (PKR) harap bersabar dan terus fokus kerana selepas ini ada lagi PRK di Sibu.

Kepada pengundi dan penduduk Hulu Selangor, majoriti anda telah memilih BN dan selepas ini jangan lupa:

1. Minta pada pemimpin BN apa yang telah mereka janjikan. Kalau tak dapat jangan bising dan sibuk nak demo. Terima saja ketentuan kerana anda telah memenangkan mereka.


2. Kalau tarif elektrik naik, tol naik, GST di kuatkuasakan, saman JPJ naik, buku sekolah naik dan naik yang lain lain lagi, jangan lah pula darah pengundi dan penduduk Hulu Selangor turut naik kerana majoriti pengundi Hulu Selangor telah mengesahkan bahawa BN lebih baik dari PR.


Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

PRK P94 Hulu Selangor: Siapa menang ?, tunggu lepas jam 7.00 malam







Proses pengundian tamat. Semua pusat pembuangan undi telah ditutup tepat jam 5 petang. Terdapat sms yang tersebar menyatakan bahawa Zaid Ibrahim akan menang dengan majoriti lebih kurang 3000 undi (baca sini).

Bagaimana nak tahu siapa menang dan siapa kalah?. Senang saja.....

Cuba lah perhatikan nanti kepada pemimpin pemimpin tertinggi BN seperti TS Muhyiddin, DS S. Samy Vellu (ada ke dia ?), DS Chua Soi Lek dan lain lain lagi. Kalau kelibat mereka masih ada selepas pukul 7.00 malam, itu bermakna BN menang. Kalau lagi ramai kelibat yang hadir di pusat pengiraan @ pengumuman undi bermakna BN menang dengan majoriti besar.

Begitu lah juga sebalik nya kalau kelibat mereka terutama nya TS Muhyiddin tidak ada selepas jam 7.00 malam, itu makna nya BN kalah.

Kalau kedua dua pemimpin tertinggi parti yang bertanding masih ada di Hulu Selangor, ini bermakna keputusan adalah 50-50. BN kalau menang pun tak banyak dan kalau PR menang pun tak banyak.

Oleh itu apa apa pun tunggu sehingga jam 7.oo malam.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

PRK P94 Hulu Selangor: Oiii..dek!!, terbalik lah.....


Terima kasih kepada: http://tweetphoto.com/19822312

Gambar ini diambil di kawasan pusat mengundi Kg. Chuang Rasa. BN didapati menggunakan budak budak sekolah untuk mengibarkan bendera BN. Yang sedih nya ada juga antara mereka yang tak tahu bahagian bendera yang mana atas dan yang mana bawah. Lagi pun budak budak apa dia kesah. Orang bagi dia duit di kibar saja. Betul ke tidak apa dia peduli.

Kalau PKR pula tawarkan duit lebih sikit, sudah pasti budak budak ini akan pakai baju PKR dan kibar bendera PKR, tetapi siap lah nanti keluar dalam TV dan suratkhabar bahawa PKR guna budak budak sekolah dan kemudian dikomen oleh 2,3 orang makcik pakcik yang PKR tak ikut peraturan kerana guna budak sekolah dan tawar hati dengan PKR.

Saja nak tanya. Peraturan pilihanraya boleh guna budak sekolah ke?...

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/?

PRK P94 Hulu Selangor: polling day & results

Live - P094 Hulu Selangor polling day & results
(Thanks to anilnetto.com)


Dato' Zaid dan Datin Suliana-24/4/10 Malam terakhir kempen di Stadium mini Kuala Kubu Baru


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

22 April 2010

Tun M: Dulu, kini dan selama nya.....cakap tak serupa bikin!


CALON BN, P Kamalanathan (kiri) bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) yang turun berkempen di Serendah malam tadi sempena pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Osman Adnan

Tun Dr.Mahathir - 16/4/2010 :
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berkempen pada pilihan raya Hulu Selangor meskipun namanya ditimbulkan beberapa kali menjelang penamaan calon, esok.

Mahathir berkata beliau tidak mempunyai kepentingan bagi membabitkan dirinya dalam pilihan raya itu yang bakal melihat pertandingan Datuk Zaid Ibrahim yang sering-kali dikritiknya berdepan dengan P Kamalanathan yang mewakili Barisan Nasional.

"Saya tidak akan berkempen. Jika ada yang ingin menggunakan nama saya untuk berkempen, itu masalah mereka...Saya tak peduli,” katanya kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama ulang tahun ke-44 konvensyen Mara di Kuala Lumpur.

Kali terakhir Mahathir terbabit dalam kempen ialah pada April 2009 ketika pilihan raya serentak di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Beliau berucap di ceramah di kedua-dua kawasan itu. BN tewas di kedua-dua kerusi berkenaan. - http://www.malaysiakini.com


Tun Dr.Mahathir - 22/4/2010 :
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor yang akan mengundi Ahad ini, supaya memilih calon BN.

Mantan perdana menteri itu berkata ini adalah kerana terbukti BN mampu membawa pembangunan dan perubahan ke kawasan mereka dan seterusnya memantapkan lagi taraf hidup rakyat di situ.

"Negara kita aman dan tenang, walaupun kita telah mencapai banyak kemajuan di kawasan bandar, banyak lagi yang perlu dilakukan di kawasan luar bandar, " katanya ketika berceramah untuk pilihan raya tersebut di Serendah.

Beliau berkata negara telah mencapai kemajuan kerana pemerintahan BN, kerana pemimpin perikatan tersebut bekerja untuk kemajuan negara dan bukan untuk kepentingan individu. - http://www.malaysiakini.com

Aku cuma nak kata:

Aku dah agak bila Tun M buka mulut saja, beliau berpotensi untuk berbohong. Bukan sekali tapi dah banyak kali. Masa perhimpunan Agong UMNO 2009 dulu pun beliau kata tidak akan hadir tetapi kemudian nya hadir juga sedang kan beliau bukan ahli UMNO pun pada masa itu.

Nampak gaya nya BN mengharap kan beliau untuk meraih undi sedang kan sebenar nya BN mengambil risiko apabila berbuat demikian. Dengan ada nya kelibat Dr.M, silap haribulan dari menang boleh jadi kalah. Aku berpendapat beliau sepatut nya tidak perlu berkempen kerana rekod sebelum ini menunjuk kan apabila beliau turut bekempen maka BN akan kalah. Zaman beliau berkuasa dan berpengaruh sudah berlalu. Mengapa tak ikut macam Mantan PM Tun Abdullah?. Selamat berkempen Tun M..........

Dibawah ini aku pamerkan ulasan yang lebih bernas, tepat dan jitu oleh laman Greenboc.

Dia Mahafiraun yang hipokrit.

Dia menuduh Zaid sebagai katak. Hanya baru beberapa minggu si Mahafiraun ini bersama-sama sepentas dengan Raja Katak.

Dia menutup mata apabila di dalam UMNO dan BN kini telah penuh sarat dengan katak-katak... daripada dewan undangan negeri ke Dewan Rakyat.

Sibuk dengan "dosa-dosa" orang lain, lupa melihat dosa-dosa diri sendiri dan anak-anaknya.

Hey Mahafiraun, anak siapa yang telah dilantik jadi Pengarah Syarikat Arak terbesar di Philipina, San Miguel Brewery Inc. yang bernama Mirzan itu? Bukankah itu anak kamu?

Dan kamu hipokrit darjah tertinggi, baru kelmarin kamu kata kamu tidak akan turun berkempen, tapi kemudian kamu mengubah pendirian kamu untuk turun ke Hulu Selangor menjilat ludahmu... Dasar lidah tidak bertulang... sikap inilah sikap kamu yang sebenarnya sejak dulu sewaktu kamu menjadi PM 22 tahun lamanya.

Kamu memecat sekalian hakim yang tidak seiring dengan nafsu dan kehendak kamu termasuk memecat Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas, Zaid Ibrahimlah yang kemudiannya mengusahakan pampasan diberikan kepada hakim-hakim yang kamu pecat.

Dasar mahazalim kamu tetap terpahat dalam sejarah negara.

Dan kehadiran kamu tidak membawa kebaikan sedikit pun kepada BN ke Hulu Selangor sepertimana turunnya kamu berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dimana BN kecundang sekalipun kamu gah berkempen untuk calon-calon BN di sana.

Bertaubat dan kembalilah kepada Tuhanmu dengan aman.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/?r=amizie


21 April 2010

Bangunan Umno Kota Bharu: Semua nya kalau boleh mereka nak 'FREE'


Bangunan Umno Kota Bharu yang tersergam indah di Jalan Sultanah Zainab di sini berjaya disiapkan Datuk Zaid Ibrahim ketika menerajui Umno bahagian tersebut pada 2001. Sebelum itu, bangunan berkenaan terbengkalai sejak berpuluh tahun.

KOTA BHARU, 21 April: “Kenapa sekarang baru timbul? Kenapa tidak dulu-dulu? Nampak sangat macam hendak menjatuhkan imej Zaid sebagai seorang yang tidak beramanah, lebih-lebih lagi dalam keadaan beliau dipilih sebagai wakil calon," kata Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata demikian ketika mengulas tindakan Umno Bahagian Kota Bharu, semalam mengadakan satu perhimpunan menuntut bekas Ketua Bahagian itu, Datuk Zaid Ibrahim menyerahkan semula bangunan Umno yang didakwa miliknya kepada Umno bahagian itu.

Perhimpunan tersebut diadakan di pekarangan bangunan terbabit petang semalam dan diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah.

Takiyuddin, dalam reaksinya dari perspektif undang-undang berkata tuntutan dilakukan itu mesti sesuai dengan status tanah termasuk bangunan.

"Apa status tanah dan bangunan itu? Apakah betul ia nama Umno atau sebaliknya,”
soal Takiyuddin semasa dihubungi.

Katanya, Zaid sebagai seorang peguam sudah semestinya lebih maklum aplikasi undang-undang serta kesan disebalik tindakannya.

“Kalau betul tanah dan bangunan itu nama Umno takkan Zaid berani pegang begitu tanpa menyerahkan pada pemilik sebenar,”
katanya yang juga peguam.

Sementara itu beliau yang merasa agak pelik dengan desakan tiba-tiba itu membayangkan betapa lemahnya kredibiliti Umno.

“Ya lah…sebuah bangunan tersergam indah selama ini yang lengkap bertulis dan berlambangkan Umno rupa-rupanya masih kabur, tak tahu kemana hulu atau hilir.

“Seolah-olah pernah berlaku gadaian ke atasnya sebelum ini sampai terpaksa berdemonstrasi bagi menuntut semula haknya,” katanya. - Harakahdaily

Aku cuma nak kata:
UMNO dan majoriti ahli ahli nya memang telah sinonim dengan perkara perkara seperti mendapatkan sesuatu secara percuma@'FREE', untung atas angin atau 'Alibaba' dan banyak lagi. Kalau memang dapat percuma, tidak mengapa lah, aku pun nak juga. Ini benda yang kena bayar pun mereka mati mati nak percuma jugak, hanya kerana mereka adalah 'UMNO'. Penjawat awam pun takut dengan orang UMNO yang ada jawatan besar kuman pun.


Kalau dulu dulu masa mereka menguasai seluruh Malaysia, memang beraja dimata dan bersultan dihati mereka mereka ini. Selepas PRU 12 saja mereka terpaksa 'slow' sikit sebab negeri yang kantung kantung duit nya mereka pegang selama ini telah banyak terlepas ke tangan orang lain. Apa tah lagi apabila ada saja PRK mereka asyik kalah. Sebab itu sekarang ini mereka akan berbuat apa sahaja untuk merampas balik kantung kantung yang telah terlepas.


Dalam konteks PRK Hulu Selangor ini, macam biasa pemimpin UMNO tanpa rasa malu menggunakan sepenuh nya media massa untuk memburuk kan calon PR sedang kan PR hanya bergantung pada penerbitan media massa yang amat terhad, ceramah dan internet (blog). Nak harap TV, jangan mimpi...., kalau keluar pun yang negatif saja lah. Cuma kali ini mereka tidak berupaya menggunakan agensi kerajaan negeri seperti dewan dan lain lain seperti selalu nya semasa mereka memerintah Selangor sebelum ini. Bagus juga kerajaan negeri Selangor buat macam itu supaya rakyat@ pengundi tahu bahawa dewan orang ramai bukan UMNO yang punya, tetapi Ahmad Albab yang punyaaaa....HAA...HA....HAA !!!!...

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


Dr Halili keluar PKR sertai UMNO satu rahmat buat Pakatan Rakyat

PETALING JAYA, 20 April - Suhu kehangatan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor kian meningkat apabila Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat keluar parti dan menyertai UMNO semalam.

Dr Halili, nama yang sebelum ini disebut-sebut dan disenaraipendekkan sebagai calon PKR untuk kerusi P094 ini bagaimanapun menafikan tindakannya itu disebabkan kecewa kerana tidak terpilih. Sebaliknya, ia disebabkan selama dua tahun, PKR yang menduduki kerusi parlimen Hulu Selangor gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat.

"Saya faham Allahyarham (Dr Zainal Abidin Ahmad) uzur, tetapi yang menghairankan saya kenapa PKR tidak membantu pejabat beliau dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat?" katanya.

Beliau yang merupakan anak tempatan pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya sebelum ini iaitu di Hulu Selangor (1999) dan DUN Batang Kali (2004) tetapi tewas kedua-duanya.

Bagaimanapun, kalangan pemerhati politik khususnya penyokong PKR menyifatkan tindakan Dr Halili ini lebih dianggap satu rahmat dan bukannya tamparan buat Pakatan Rakyat. Hal ini menunjukkan keputusan parti untuk tidak memilih beliau sebagai calon adalah tepat.

"Nama beliau memang antara yang dicalonkan. Mujur kita tak pilih beliau. Kalau kita pilih, sudah tentu ia akan merugikan rakyat. Alhamdulillah, keputusan Dr Halili keluar parti ini seolah-olah suatu rahmat daripada Allah. Saya cuma nak ucapkan terima kasih," kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfudz Omar.

Kata-kata Mahfudz itu dipercayai bermaksud, lebih baik Dr Halili keluar parti dalam keadaan sekarang (tidak menjadi calon) daripada beliau dipilih menjadi calon PKR, bertanding dan menang sebagai ahli parlimen tetapi kemudiannya keluar parti dan menjadi ahli parlimen bebas.

Dr Halili yang merupakan pakar bedah saraf dan rakan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun mendakwa beliau telah berfikir lama sebelum ini untuk keluar dari PKR. Beliau juga berterima kasih kepada pimpinan UMNO kerana menerima beliau sebagai ahli baharu. Namun, beliau dilaporkan antara yang turut hadir sewaktu Anwar mengumumkan siapa yang akan mewakili PKR dalam pilihan raya ini, dan keadaan tersebut mengundang tanda tanya kepada orang ramai. - http://www.malaysiaharmoni.com




Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!

19 April 2010

PRK Hulu Selangor: 2 calon bebas tarik diri, siapa untung siapa rugi?

Cis !!!. Hangat hangat tahi ayam. Selepas calon Bebas, VS Chandran menarik diri daripada bertanding di PRK Hulu Selangor (baca sini), 8 jam kemudian seorang lagi calon Bebas, Johan Mat Diah (kiri) pula berbuat perkara yang serupa.

Ini menjadikan saingan kerusi Parlimen Hulu Selangor hanya melibatkan pertandingan 2 penjuru antara calon PR (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dan calon BN (MIC), P. Kamalanathan.

Apa yang pelik dan menghairan kan ialah Johan Mat Diah yang juga AJK Pemuda UMNO Shah Alam memutuskan untuk tidak bertanding kira-kira 3 jam selepas melancarkan bilik gerakannya. Tak kan lah kalau tidak ada apa apa, beliau nak buat kerja mengarut itu. Yang ghairah sangat nak jadi calun pasal apa?. Ini mesti ada apa apa ni....

Cuba teka, pihak mana kah yang akan untung kalau 2 calun bebas ini terus bertanding? dan pihak mana pula yang untung kalau 2 calun ini tarik diri ?. Jawapan nya?....

Pada pandangan aku pihak yang meraih untung apabila mereka berdua terus bertanding ialah PR kerana kedua dua mereka ini ada lah dari kem BN iaitu MIC dan UMNO. Sudah pasti lah ada nya mereka akan memecahkan undi pihak BN, tambahan pulak ramai yang tidak puas hati atas pemilihan Kamalanathan sebagai calun yang mewakili BN.

Apabila mereka berdua menarik diri, BN sudah boleh menarik nafas lega dan ketawa besar. Pertandingan adalah satu lawan satu. Undi tidak akan berpecah walau pun tidak dinafi akan ada undi protes dari kedua dua pihak. BN seperti biasa akan terus menggunakan segala mekanisma yang ada tanpa rasa malu.

.....dan antara BN dan PR, yang sudah pasti untung berganda dari pelaburan deposit menjadi calun adalah 2 orang calun bebas tadi. Aku tidak menuduh, cuma mengandaikan saja. Tidak ada sebab 2 orang ini bersusah payah siapkan duit deposit, isi borang, cari pencadang & penyokong, tiba tiba tarik diri tanpa sebab. Gila ke apa diaorang ni? kalau bukan ada pihak yang tawar kan imbuhan yang cukup lumayan untuk mereka menarik diri. Pihak mana?, Sendiri cari lah......

Kepada sesiapa yang rajin, tengok saja lah nanti bergaya atau tidak mamat 2 orang ini selepas PRK nanti .....

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


18 April 2010

PRK P94 Hulu Selangor: "Saya tidak hipokrit"- Zaid Ibrahim

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim hari ini membidas Barisan Nasional yang menyerangnya secara peribadi.

Katanya, dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.

"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t.

"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di sebuah perkampungan estet India di Kerling di Hulu Selangor. Zaid berkata apa yang membezakan antara beliau dengan pemimpin lain ialah beliau tidak bersikap hipokrit. “Saya bukan seperti pemimpin Umno. Mereka hiprokit.- http://www.malaysiakini.com



Aku cuma nak kata:
Sekurang kurang nya beliau berani mengaku membuat kesilapan dimasa lampau. Kalau benar benar beliau telah bertaubat, Alhamdulillah !!!. dan orang yang duk kutuk beliau percuma saja dapat dosa kering.

Kalau nak di banding dengan pemimpin UMNO, lagi teruk. Tak pernah mau mengaku buat kesilapan. Apa apa pun tahniah kepada UMNO/BN kerana secara tidak langsung mendedahkan bahawa pemimpin pemimpin dalam UMNO/BN memang ramai yang buruk perangai, cuma bila ada antara mereka yang telah sedar serta bertaubat dan kemudian keluar dari UMNO baru lah media mendedahkan nya.

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

17 April 2010

PRK P94 Hulu Selangor: Pertandingan 4 penjuru


Dari kiri S. Chandran, P. Kamalanathan, Datuk Zaid Ibrahim dan Johan Mat Diah

KUALA LUMPUR, 17 April — Pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor — pilihan raya kecil pertama di Selangor selepas Mac 2008 — menyaksikan saingan empat penjuru.

Pakatan Rakyat (PR) yang turun untuk mempertahankan kerusi itu, yang dimenangi pembangkang itu buat julung kali pada 8 Mac 2008, menghadapi saingan Barisan Nasional (BN), dan dua calon Bebas.BN diwakili oleh Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan manakala PR pula Datuk Zaid Ibrahim.

Dua calon Bebas pula terdiri daripada Johan Mat Diah dan S. Chandran — kedua-duanya masing-masing ahli Umno dan MIC.

Walaupun pilihan raya kecil ini tidak akan membawa kesan signifikan termasuk impak ke atas barisan kerajaan BN atau PR, tetapi dari segi moral ia dilihat sangat penting bagi kedua-dua ikatan berkenaan.

Jumlah empat calon bertanding ini jauh lebih kecil berbanding 37 set borang penamaan calon dikeluarkan oleh SPR setakat semalam. Seorang guru, J. Anuradha mendakwa gagal menyerahkan borang penamaan calon atas alasan dihalang kononnya lewat tiba di pusat penamaan calon.

Sementara Kamalanathan dan Zaid masing-masing akan menggunakan simbol BN dan Parti Keadilan Rakyat, Chandran memilih lambang jam dan Johan pula cangkul.

Kamalanathan dan Zaid bukan merupakan pengundi bahagian Hulu Selangor ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan keempat-empat calon yang mengemukakan borang penamaan diterima tanpa senarang bantahan.

“Apabila penamaan calon ditutup pukul 10 pagi, hanya empat borang penamaan calon diterima dan tidak ada bantahan yang diterima,” kata Pegawai Pengurus Pilihan Raya Nor Hisham Ahmad Dahalan kira-kira 12.15 tengah hari.

Zaid merupakan calon pertama mengemukakan borang penamaan calon iaitu sebaik sahaja sesi mengemukakan borang penamaan calon dibuka.

Beliau tiba di kawasan pusat penamaan calon kira-kira 8.53 pagi dengan diiringi Ketua Umum Pakatan Ralyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Sing, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan serta pemimpin-pemimpin kanan PR.

Beliau diikuti Kamalanathan kira-kira 30 minit kemudian dan Chandran dan Johan.

Rombongan BN diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berdasarkan urutan nama diumumkan oleh SPR selepas selesainya sesi mengemukakan borang penamaan calon dan bantahan, Chandran berada di barisan utama, dan disusuli oleh Kamalanathan, Zaid dan Johan.

Difahamkan nama pada kertas undi akan tertera ikut kedudukan tersebut.- http://themalaysianinsider.com


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


PRK P94 Hulu Selangor: LIVE Penamaan Calon



Thanks to http://wrlr.blogspot.com
(Ada banyak gambar gambar menarik didalam LIVE ini)



16 April 2010

Berhati hati, pemberian barangan percuma oleh sindiket di Stn. Minyak Petronas

Dapat email pekeliling dari Petronas dan rasa nya elok dikongsi untuk kita sama sama berhati hati dengan sindiket seperti ini. Bagi pendapat aku sindiket seperti ini juga mungkin beroperasi di stesen minyak lain dan juga dimana sahaja.

Apa yang penting perlu di ingat ialah berhati hati dan berasa curiga apabila kita dapat barangan percuma atau 'free gift'. Jangan lah asal dapat benda free saja suka nya bukan main. Tahu tahu rupa nya penyamun yang bagi untuk mengesan dimana kita tinggal sebelum samun kita. Sekian



ms.1 (klik gambar untuk paparan lebih jelas)



ms.2

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


15 April 2010

Calun PRK P94 Hulu Selangor: MIC untung UMNO juga melopong


Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan P.Kamalanathan sebagai calun PRK Hulu Selangor di Bukit Sentosa, petang tadi.

Calun BN untuk PRK Hulu Selangor telah pun diumum oleh TS Muhyiddin Yassin. Bukan G.Palanivel, bukan V.Mugilan tetapi Ketua Penerangan MIC Pusat, P.Kamalanathan (kiri). Keputusan ini diwarwarkan sebagai kompromi yang dikatakan menang-menang selepas MIC berkeras mahukan G.Palanivel bertanding di kerusi itu.

UMNO Hulu Selangor sebelum itu cuba untuk mendapatkan balik kerusi tersebut dan mahu bekas MB Selangor, TS Muhamad Haji Mohd Taib bertanding di situ, tetapi akhir nya terpaksa akur apabila DS Najib memberitahu bahawa kerusi tersebut akan diberi pada MIC. UMNO akhir nya bersetuju dengan syarat bukan G.Palanivel yang jadi calun tetapi V.Mugilan.

Maka dari situasi itu, bermula lah drama MIC yang langsung tidak dapat dibaca oleh pihak UMNO. Konon nya untuk merungkai masaalah dan memuaskan hati semua pihak maka P.Kamalanathan dipilih. Untuk tidak memalukan DS Samy Vellu, G.Palanivel dicadangkan dilantik menjadi Senator kemudian dilantik menjadi timbalan menteri. Untuk drama tersebut nampak lebih berkesan, semasa TS Muhyiddin membuat pengumuman, bayang G.Palanivel langsung tidak kelihatan. Nak tunjuk konon kecewa sangat lah tu...atau memang beliau kecewa sungguh sampai tak tahu mana nak letak muka.

Kesimpulan nya, untuk PRK Hulu Selangor ini, MIC telah pun berjaya mempermainkan UMNO dengan begitu bergaya sekali. Sepatut nya TS Muhyiddin perlu bertegas apabila DS Samy berdegil untuk meletak G.Palanivel. TS Muhyiddin boleh ugut bahawa kalau MIC masih nak letak Palanivel juga maka kerusi tersebut kita akan bagi pada UMNO. Mengapa beliau dan UMNO tak buat begitu?....tapi kalau dengan PAS.....emmm!!?.

Akhir nya siapa yang untung dan siapa yang melopong?. MIC dah tentu untung sebab dapat jadi calun, dapat senator dan kemudian mungkin timbalan menteri dan akan untung berganda ganda lagi kalau menang pulak PRK ini. UMNO dapat apa ?...masuk angin keluar asap.....

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


Transmile tak bayar hutang KWSP RM50 juta, duit pencarum jadi mangsa



PETALING JAYA 14/4/10: Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sedaya upaya menggunakan semua langkah undang-undang untuk mendapatkan semula RM50 juta hutang dari Transmile Group Bhd.

Adalah dipercayai, KWSP adalah pihak utama yang memfailkan petisyen penggulungan syarikat kargo udara itu lewat bulan lalu, menurut The Star.

Tindakan KWSP ini memeranjatkan pemiutang-pemiutang Transmile yang lain, mungkin akan mencetuskan pertarungan sengit di antara lebih 10 institusi kewangan tempatan dan luar negeri bagi menuntut kembali pinjaman mereka dari Transmile.
Pakar-pakar undang-undang berkata, pihak mana dari kalangan pemiutang-pemiutang yang akan diberi keutamaan dalam mengutip hutang tersebut tidak diketahui.

Menurut laporan tahunan 2009 Transmile, hampir kesemua hutang-hutang itu tidak bercagar.



Aset utama Transmile ialah empat pesawat berbadan lebar bernilai RM386 juta. Tetapi Transmile berkata dalam laporan tahunan terbarunya, berdasarkan keadaan pasaran semasa adalah sukar bagi syarikat itu untuk menjual pesawat-pesawat itu.

Tindakan agresif KWSP dibuat kerana tidak ada perubahan dalam kedudukan kewangan Transmile. KWSP juga percaya ia mempunyai kes yang kuat untuk mendapatkan semula hutangnya jika syarikat itu ditutup.

Kedudukan kewangan Transmile semakin merosot, termasuk kedudukan tunai kerana berlaku persaingan sengit dalam pasaran kargo udara.

Transmile juga dibelenggu dengan bayaran hutang termasuk kadar faedah yang lebih tinggi dalam tahun 2009 berbanding setahun sebelum itu.

Menurut laporan tahunan syarikat itu, pemiutang-pemiutang juga menolak usaha untuk menukar hutang kepada ekuiti dalam Transmile sepertimana yang dicadangkan oleh pengurusan baru.

Salah satu sebab ialah mereka mahu melihat pemegang-pemegang saham utama dalam Transmile menyuntik lebih banyak modal ke dalam syarikat itu.

Pemegang saham utama syarikat itu ialah Kumpulan Kuok (yang terus menguasai 18 peratus dari syarikat itu) dan Pos Malaysia Bhd sebanyak 15 peratus. - http://freemalaysiatoday.com

Aku cuma nak kata:
Untuk pengetahuan, Pengurusan Syarikat Transmile ini lah yang sedikit waktu dulu (2007) di dapati menipu dan memanipulasi untuk menaikkan harga saham syarikat itu (baca sini , disini dan disini).

Selain KWSP ada lagi 10 institusi kewangan tempatan dan luar negeri yang bagi hutang pada Transmile dan masih belum dapat balik hutang tersebut. Cuba kalau kita rakyat biasa yang berhutang dan kemudian tak boleh bayar, apa akan jadi?.. Tinggal seluar dalam saja lah penjamin dan peminjam dikerja oleh Bank dan institusi kewangan yang bagi hutang.


Yang 'best' nya pinjam juta juta tapi tak payah cagar apa apa. Kalau kita rakyat biasa nak pinjam, bukan banyak mana pun tetapi cagaran nya macam macam yang dimintak. Mangkuk hayun punya sistem.....


Memang naik darah lah bila dengar cerita cerita macam ini. Aku kena potong gaji untuk KWSP dah 32 tahun, duit aku tak sampai pun RM200 ribu. Itu pun nasib campur dengan potongan majikan. Hutang Transmile RM50 juta ni sama macam dia ambil duit 250 orang pencarum macam aku (betul kot?).

Tengok dari gaya kenyataan KWSP macam susah nak dapat balik hutang tersebut. Silap haribulan hutang tu akan jadi hutang lapuk dan kemudian lupus. Aku tak lah berapa pasti, tetapi di Malaysia ni kan macam macam boleh jadi....Malaysia Boleh!!

Sekian !


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


14 April 2010

PRK Hulu Selangor: Datuk Zaid Ibrahim sah sebagai calon Pakatan Rakyat

HULU SELANGOR, 13 April - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Pemilihan Zaid, 59, anak kelahiran Kelantan yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, diumumkan oleh Ketua Pembangkang dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Komuniti Serendah di sini malam Selasa.

Turut hadir pemimpin-pemimpin kanan PKR, PAS dan DAP.

Zaid, yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Kota Baharu, merupakan seorang peguam dan pengasas firma undang-undang Zaid Ibrahim & Co pada 1987.

Pada pilihan raya umum 2004, Zaid mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Kota Baharu, tetapi tidak dipilih untuk pilihan raya 2008.


Bagaimanapun, dia dilantik menyertai Kabinet Datuk Seri (sekarang Tun) Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 melalui jawatan senator.

Beliau, bagaimanapun, meletakkan jawatannya sebagai senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang pada penghujung 2008 sebagai tanda protes penahanan Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok, penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan pemberita akhbar bahasa Mandarin Tan Hoon Cheng.

Zaid kemudiannya menyertai PKR pada Jun 2009 selepas dipecat daripada Umno pada Dis 2008, atas sebab-sebab tertentu, termasuk menghadiri perhimpunan parti pembangkang. baca seterus nya..

Dibawah ini adalah gambar gambar semasa majlis mengumumkan calun. Gambar adalah ehsan dari blog ummuasiah2001.blogspot.com

Klik gambar untuk 'Hi Res'



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


13 April 2010

Calun PRK P94 Hulu Selangor: MIC tetap mahu G.Palanivel bukan nya Mugilan

Sumber tertinggi dari MIC, petang tadi, mengesahkan bahawa Muhyiddin akan menamakan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan sebagai calon di kerusi Hulu Selangor.

Kurang senang

Namun keputusan itu dikatakan kurang disenangi oleh kebanyakan pemimpin atasan MIC.

Mereka tetap mahukan Timbalan Presiden G Palanivel mewakili BN bagi merampas Hulu Selangor.

"Jika Mugilan dinamakan sebagai calon, kepemimpinan MIC akan memecat Mugilan kerana melobi bagi kerusi itu dan juga mensabotaj aktiviti parti serta mencemarkan nama Palanivel,” kata sumber itu.

Menurut beliau lagi, ketika mesyuarat malam semalam di Parlimen, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dilaporkan bertikam lidah dengan Muhyiddin berhubung pemilihan calon BN itu.

Sumber itu berkata Muhyiddin berkata Mugilan (kanan) adalah pilihan pemimpin BN tetapi pemimpin MIC yang hadir kurang menyenangi keputusan itu.

“Samy Vellu mempertahankan pemilihan MIC yang mahukan Palanivel dan ini menyebabkan mesyuarat menjadi hangat,” kata sumber itu.

Presiden MIC itu dilaporkan tidak mahu berganjak dengan pilihan partinya kerana persetujuan dikatakan telah dicapai antaranya dengan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berjumpa dengan Samy Vellu awal minggu lalu sebelum beliau berlepas ke Hanoi dan kemudiannya ke Washington DC.

Moral rendah

“Sekarang ini, moral di kalangan ahli adalah rendah kerana khabar angin dan laporan media yang mendakwa kemungkinan calon pilihan parti akan diubah,” katanya.

Dalam pada itu, ketua bahagian MIC, Puchong yang juga anggota jawatankuasa pusat parti itu, A Saktivel berkata satu sidang akhbar akan diadakan esok.

"Kami mahu calon pilihan parti bukannya yang dipilih oleh Umno kerana perkara ini adalah maruah parti,” kata Saktivel yang akan mempengerusikan sidang media itu yang dijadualkan di ibupejabat MIC.

Beberapa penyokong akar umbi yang tidak mahu identiti mereka didedahkan juga mengugut tidak akan keluar mengundi dan membubarkan jentera parti jika calon pilihan MIC tidak dipilih.

Khabar angin juga tersebar bahawa beberapa cawangan Umno juga sedang melobi pada minit terakhir bagi menyokong Mugilan.

Mugilan dilahirkan di estet Kerling, Hulu Selangor dan adalah seorang ahli perniagaan.- http://www.malaysiakini.com

Aku cuma nak kata:

Ketika PKR sudah pasti akan mengumumkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calun mewakili PR
(baca sini), disebelah BN pulak masih bertelagah dan ugut mengugut. Walau pun sudah hampir pasti calun dari MIC yang akan mewakili BN, cuma persoalan nya siapa?. Presiden MIC mahukan G . Palanivel sedang kan pucuk pimpinan BN dan UMNO mahukan Mugilan.

Mari lah kita lihat apa yang akan terjadi. Adakah akan terjadi insiden boikot memboikot di PRK Hulu Selangor ini nanti. Kalau ada boikot memboikot di pihak BN & komponen nya sudah pasti memberi kelebihan kepada PR untuk memenangi dan sekali gus mempertahankan kerusi tersebut.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


11 April 2010

Calun PRK P94 Hulu Selangor: PR selesa, BN bertelagah?

11 April — Tumpuan orang ramai kini kepada pilihan raya kecil Hulu Selangor yang akan berlangsung pada 25 April ini.

BN sudah pun mengumumkan bahawa calon MIC akan menjadi sandaran meskipun gelombang kuat mahukan calon Umno yang dikatakan berpeluang besar merampas kerusi.

Pun begitu, Awang masih yakin BN boleh menang asalkan mengambil strategi yang betul terutama soal calon. Pilihlah calon terbaik. Seboleh-bolehnya pemimpin setempat, muka baru dan mempunyai imej yang baik.

Penentuan calon amat penting apatah lagi MIC berdepan dengan banyak isu. Pemulihan sokongan masyarakat India belum menyakinkan, yang ada kaitan juga dengan faktor Presiden MIC, S. Samy Vellu. Bila lagi beliau mahu berundur ?

Walaupun Samy Vellu pernah membayangkan sudah mempunyai pelan peralihan tetapi semuanya masih kabur seolah-olah beliau mahu terus memimpin MIC sehingga pilihan raya umum depan.

Pada Awang, isu Samy Vellu lebih menarik daripada pilihan raya kecil. Jika beliau mahu membantu kejayaan BN pada pilihan raya itu nanti maka lebih elok jika beliau mengumumkan pelan peralihan dalam masa terdekat.

Jika Samy Vellu sayangkan MIC dan BN, beliau perlu berundur. Usahlah berdolak-dalih lagi dengan pelbagai alasan. Lagi lama beliau menerajui MIC, lagi besar risiko BN. Buatlah apa pembaharuan dan perubahan sekali pun, ia tidak akan banyak membantu jika pemimpin yang dilihat masih menjadi liabiliti terus berada di koridor kuasa. — Mingguan Malaysia

Aku cuma nak kata:
Sedar atau tidak komponen BN iaitu UMNO dan MIC sedang bertelagah berebut untuk meletak calun dikerusi Parlimen Hulu Selangor.
Walau pun DS Najib kata itu ada lah perkara biasa tetapi sedikit sebanyak akan menjejaskan juga peluang BN untuk menang di Hulu Selangor.

Pada 29 Mac, Presiden MIC awal awal lagi sudah menghebohkan bahawa Datuk G Palanivel adalah calun nya. Tidak ada yang layak melainkan Datuk G Palanivel
(baca sini). Mengapa beliau cakap begitu?. Tidak kah beliau perlu berfikir dulu sebelum bercakap?. Ini lah masaalah nya orang yang bernama DS S.Samy Vellu. Masih tak sedar yang beliau menjadi liabiliti MIC dan BN.



TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin pula membayangkan, “berkemungkinan besar” calon BN dipilih daripada MIC. UMNO Hulu Selangor kemudian mengugut mahu kan calun dari UMNO. Kalau tidak sokongan kepada BN akan terjejas (baca sini).

Pada 6 April, PM DS Najib terpaksa bersuara supaya kedua dua pihak tidak membangkitkan siapa kah calun BN
(baca sini) dan keesokan nya 7 April, beliau mengumumkan bahawa calun dari MIC akan bertanding (baca sini).

Debaran akan terus dirasai sehingga BN dan PR mengumumkan calun masing masing. PR yang meletakkan calun dari PKR dijadual akan mengumumkan calun nya pada 13 April sementara BN pula pada 15 April (baca sini). Kesimpulan nya, apa apa pun boleh berlaku. Tidak mustahil disaat akhir, BN akan menukar calun nya dari MIC kepada UMNO. Khabar angin kuat menyatakan bahawa BN akan kalah jika meletak kan calun dari MIC melawan calun melayu dari PKR dan sebalik nya jika PKR meletak calun dari kaum India melawan MIC, maka MIC akan menang.

Sekian.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

10 April 2010

Di sebalik rusuhan Kyrgyzstan



Bantahan yang bermula tiga hari lalu di beberapa bandar wilayah, tercetus berpunca daripada perasaan tidak puas hati berikutan amalan rasuah, nepotisme, kenaikan harga barang, pengangguran yang tinggi dan penyelewengan di negara yang satu pertiga daripada 5.3 juta penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan. Akhir nya membawa kepada kejatuhan kerajaan Bakiyev.

Iktibar yang boleh diambil dari peristiwa tersebut ialah kerajaan yang memerintah terutama nya di Malaysia ini jangan lah sewenang-wenang nya berbuat sesuka hati. Mentang mentang lah kamu boleh memanipulasi segala agensi kerajaan untuk kepentingan politik dan tembolok kamu.

Cuma jangan lupa dan terlalu optimis kerana jika perut majoriti rakyat sudah mula kelaparan, ekonomi yang mula mencerut leher, sara hidup yang makin hari makin naik, sedang kan mereka melihat pemimpin pemimpin kerajaan 'mewah giler' dalam 'menyonglap' harta dan duit negara yang dikutip dari berpuluh jenis cukai dan dikala rakyat sudah tidak tertanggung, maka rusuhan seperti di Kyrgyzstan tidak mustahil berlaku. Oleh itu Kerajaan Malaysia, berubah lah.....

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

09 April 2010

Israel menguasai Malaysia melalui Kembar Siam nya Singapura


Apache Longbow (AH-64D) - Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) ada 20 buah helikopter penggempur jenis ini

Fakta 'terkejut' mengenai PDRM

Singapura

Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah. Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?

Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura
Dalam menguruskan sistem keselamatan negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara.

Namun sekarang, ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura. Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa)

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM
Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H). Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura.

Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta. Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan? Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah 'pakar' sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen. Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel .

Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia
Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian
Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.

Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura. Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara

Kesimpulan
Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia.

Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.

Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara. - http://chegubard.blogspot.com

Aku cuma nak kata:
Cerita seperti diatas sebenar nya sejak dari dulu lagi sudah acapkali tenggelam timbul. Malang nya Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh BN macam tak ambil kisah sedang kan ramai rakyat tahu bahawa Singapura adalah duri dalam daging buat Malaysia. Kebanyakan fakta dan sejarah yang ada menunjuk kan bahawa memang Singapura menguasai sebahagian besar Malaysia dalam banyak bidang dan dalam banyak bidang juga Singapura mengatasi kita. Cuma rakyat kita yang malas membaca dan mengambil tahu atau yang menyokong Kerajaan membuta tuli saja yang mengatakan TIDAK.

Kepada sesiapa yang tidak ingat, pada 15 Oktober 1992 negara dikejutkan dengan kebakaran di LTAB iaitu kebakaran ke-2 dalam tahun yang sama. Kebakaran pertama ialah 6 April 1992.


Kali ke-2 ini, Blok Utara Terminal Satu LTAB Subang yang menempatkan Pusat Kawalan Trafik Udara dilengkapi sistem radar, musnah dalam kebakaran awal pagi sehingga kerugian dianggarkan antara RM50 dan RM60 juta.


Antara peralatan yang musnah ialah sebuah sistem radar canggih RM24 juta diimport dari Perancis yang masih dalam peringkat percubaan. Menara Kawalan Trafik Udara setinggi 43 meter di tengah bangunan itu juga musnah bersama sistem radar berkenaan. Walau atas alasan apa pun, siapa kah yang 'control' penerbangan pada waktu itu selain dari Lapangan Terbang Bayan Lepas, kalau bukan Singapura. Masa itu baru lah sibuk nak dapatkan 'kawalan trafik mobile'.


Kalau nak banding dari segi persenjataan pula, cakap banyak pun tak guna. Singapura sudah jauh didepan sedang kan kita masih terkial kial dengan
enjin pesawat hilang dan kapal selam yang baru beli dah rosak. Kalau tak percaya cuba baca dibawah:

Contohi pertahanan Singapura

Oleh Azmi Hassan


DALAM hal ehwal pembentukan dasar dan arah tuju pertahanan di kalangan negara anggota ASEAN, Singapura dikatakan mempunyai perancangan yang begitu menarik dan tersusun.


Begitu menarik sekali untuk mengkaji ketertiban pihak bertanggungjawab Singapura mengatur strategi pertahanan mereka. Paling menarik ialah mengenai penubuhan skuadron helikopter penggempur Apache Longbow (AH-64D) yang mengambil masa hampir satu dekad lamanya.


Kejayaan Singapura dianggap sebagai satu lakaran dalam sejarah pertahanan dunia kerana kejayaan mewujudkan pangkalan di luar Amerika Syarikat, Israel dan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).


Skuadron 120 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) mengendalikan 20 helikopter penggempur serba canggih ini dan menjadikan pangkalan udara Sembawang sebagai pusat operasi mereka.


Memang benar keakraban Singapura dan AS telah memainkan peranan utama dalam menjayakan realisasi itu. Tetapi kesungguhan dan ketelitian Singapura, terutama sekali seperti yang dipamerkan oleh Angkatan Tentera Singapura (SAF), sebenarnya telah menjamin cita-cita mereka dapat dicapai.


Satu lagi perkara yang agak menarik mengenai perancangan strategi SAF ialah bagaimana negara tersebut telah berjaya menubuhkan Pusat Kawalan Kapal Terbang Tanpa Pemandu (UAV) baru-baru ini. Pusat kawalan adalah penting kerana ia dianggap sebagai nadi sesebuah organisasi tentera kerana kebanyakan keputusan semasa konflik adalah berpunca dari sini.


Kewujudan pusat kawalan dianggap sebagai lumrah dalam sistem pertahanan sesebuah negara kerana ia merupakan satu keperluan asas. Sebab itu penubuhan Pusat Kawalan Pertahanan dan Operasi Udara (ADOC) RSAF pada Januari lepas dianggap satu perkara biasa.


Tetapi pengumuman yang dibuat pada bulan Mei lalu mengenai penubuhan pusat kawalan khas untuk UAV dianggap sebagai satu perkara yang agak luar biasa kerana tidak banyak negara yang memiliki kepakaran dan teknologi UAV.


Lebih menarik lagi ialah pengumuman penubuhan pusat kawalan UAV Singapura dilakukan dua minggu selepas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan demonstrasi penerbangan sulung UAV tempatan di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka pada 15 Mei 2007.


Jika Malaysia dikatakan baru mula mahu berjinak dengan pembangunan UAV, Singapura dikatakan telah melaksanakan strategi pembangunan UAV semenjak tahun 1970-an lagi melalui agensi penyelidikan seperti Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) dan Organisasi Sains Pertahanan (DSO).


Penyelidikan dan pembangunan UAV Singapura dikatakan menarik kerana strategi yang diatur begitu tertib sekali bermula dengan pembangunan kapal terbang kawalan jauh (RPV) pada awal tahun 1970-an. Pada pertengahan 1980-an RSAF mula menggunakan UAV jenis Scout sehinggalah ia digantikan dengan UAV lebih canggih Searcher pada awal 1990-an. Begitu ke hadapannya penyelidikan UAV Singapura, diberitakan Searcher pula akan digantikan dengan UAV yang lebih canggih Hermes-450.


SAF banyak menggunakan UAV kerana ia merupakan tunjang utama transformasi 3G (Generasi Ketiga) angkatan tentera mereka. RSAF 3G umpamanya menekankan keupayaan pertahanan udara paling canggih dan sudah semestinya UAV bakal memainkan peranan utama.


Eksesais Wallaby 2006 iaitu latihan ketenteraan SAF terbesar yang telah diadakan di Shoalwater Bay Training Area, Australia menyaksikan penggunaan UAV secara meluas bersama-sama dengan jet pejuang F16 dan helikopter penggempur Apache. Latihan yang melibatkan hampir 4,000 anggota tentera SAF antara lain menguji kemampuan UAV Searcher beroperasi dalam teater peperangan seperti yang terdapat dalam Eksesais Wallaby.


Strategi


Sememangnya begitu menarik melihat perjalanan perkembangan strategi pertahanan SAF kerana banyak perkara yang boleh dipelajari daripada apa yang telah diamalkan oleh Singapura, sama ada secara tersurat atau tersirat.


Kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh penggubal dasar pertahanan Singapura dalam melaksanakan sesuatu strategi pertahanan sepatutnya menjadi teladan kepada semua pihak. Peranan dan sumbangan yang telah dimainkan oleh DSO dan DSTA dalam meningkatkan penyelidikan sains pertahanan Singapura mempamerkan satu strategi yang mantap.


Apabila SAF menyatakan hasrat untuk menubuhkan skuadron helikopter penggempur sedekad yang lepas, ramai penganalisis mengetepikan hajat tersebut sebagai impian semata-mata yang tidak mungkin dapat dicapai. Tetapi hari ini RSAF telah pun mempunyai satu skuadron helikopter penggempur paling hebat iaitu Apache Longbow.


Begitu juga apabila SAF mula berjinak-jinak dengan pembangunan UAV hampir 40 tahun lepas, ramai yang tidak ambil kisah kerana pada ketika itu peranan UAV masih samar-samar lagi. Tetapi hari ini mereka mempunyai UAV Hermes-450 yang sama hebat dengan UAV kepunyaan AS seperti Predator dan Global Hawk.


Pembangunan pusat kawalan UAV RSAF menjadi lebih menarik kerana terdapat desas-desus yang menyatakan AS akan mendirikan sebuah pangkalan UAV di salah sebuah negara di Asia Tenggara.


Berita terkini mengenai penubuhan pusat kawalan UAV RSAF nampak gayanya mengesahkan bahawa calon sebenar pangkalan tersebut bukannya Malaysia atau Indonesia.
- http://www.utusan.com.my

* AZMI HASSAN ialah Pengarah Pusat Dasar Teknologi & Kajian Antara- bangsa (Centepis), Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Aku pun sebenar nya rasa amat curiga akan nasib generasi Malaysia akan datang....
Sekian.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...