Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

13 April 2010

Calun PRK P94 Hulu Selangor: MIC tetap mahu G.Palanivel bukan nya Mugilan

Sumber tertinggi dari MIC, petang tadi, mengesahkan bahawa Muhyiddin akan menamakan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan sebagai calon di kerusi Hulu Selangor.

Kurang senang

Namun keputusan itu dikatakan kurang disenangi oleh kebanyakan pemimpin atasan MIC.

Mereka tetap mahukan Timbalan Presiden G Palanivel mewakili BN bagi merampas Hulu Selangor.

"Jika Mugilan dinamakan sebagai calon, kepemimpinan MIC akan memecat Mugilan kerana melobi bagi kerusi itu dan juga mensabotaj aktiviti parti serta mencemarkan nama Palanivel,” kata sumber itu.

Menurut beliau lagi, ketika mesyuarat malam semalam di Parlimen, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dilaporkan bertikam lidah dengan Muhyiddin berhubung pemilihan calon BN itu.

Sumber itu berkata Muhyiddin berkata Mugilan (kanan) adalah pilihan pemimpin BN tetapi pemimpin MIC yang hadir kurang menyenangi keputusan itu.

“Samy Vellu mempertahankan pemilihan MIC yang mahukan Palanivel dan ini menyebabkan mesyuarat menjadi hangat,” kata sumber itu.

Presiden MIC itu dilaporkan tidak mahu berganjak dengan pilihan partinya kerana persetujuan dikatakan telah dicapai antaranya dengan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berjumpa dengan Samy Vellu awal minggu lalu sebelum beliau berlepas ke Hanoi dan kemudiannya ke Washington DC.

Moral rendah

“Sekarang ini, moral di kalangan ahli adalah rendah kerana khabar angin dan laporan media yang mendakwa kemungkinan calon pilihan parti akan diubah,” katanya.

Dalam pada itu, ketua bahagian MIC, Puchong yang juga anggota jawatankuasa pusat parti itu, A Saktivel berkata satu sidang akhbar akan diadakan esok.

"Kami mahu calon pilihan parti bukannya yang dipilih oleh Umno kerana perkara ini adalah maruah parti,” kata Saktivel yang akan mempengerusikan sidang media itu yang dijadualkan di ibupejabat MIC.

Beberapa penyokong akar umbi yang tidak mahu identiti mereka didedahkan juga mengugut tidak akan keluar mengundi dan membubarkan jentera parti jika calon pilihan MIC tidak dipilih.

Khabar angin juga tersebar bahawa beberapa cawangan Umno juga sedang melobi pada minit terakhir bagi menyokong Mugilan.

Mugilan dilahirkan di estet Kerling, Hulu Selangor dan adalah seorang ahli perniagaan.- http://www.malaysiakini.com

Aku cuma nak kata:

Ketika PKR sudah pasti akan mengumumkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calun mewakili PR
(baca sini), disebelah BN pulak masih bertelagah dan ugut mengugut. Walau pun sudah hampir pasti calun dari MIC yang akan mewakili BN, cuma persoalan nya siapa?. Presiden MIC mahukan G . Palanivel sedang kan pucuk pimpinan BN dan UMNO mahukan Mugilan.

Mari lah kita lihat apa yang akan terjadi. Adakah akan terjadi insiden boikot memboikot di PRK Hulu Selangor ini nanti. Kalau ada boikot memboikot di pihak BN & komponen nya sudah pasti memberi kelebihan kepada PR untuk memenangi dan sekali gus mempertahankan kerusi tersebut.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...