Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

09 April 2010

Israel menguasai Malaysia melalui Kembar Siam nya Singapura


Apache Longbow (AH-64D) - Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) ada 20 buah helikopter penggempur jenis ini

Fakta 'terkejut' mengenai PDRM

Singapura

Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah. Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?

Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura
Dalam menguruskan sistem keselamatan negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara.

Namun sekarang, ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura. Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa)

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM
Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H). Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura.

Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta. Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan? Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah 'pakar' sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen. Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel .

Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia
Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian
Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.

Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura. Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara

Kesimpulan
Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia.

Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.

Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara. - http://chegubard.blogspot.com

Aku cuma nak kata:
Cerita seperti diatas sebenar nya sejak dari dulu lagi sudah acapkali tenggelam timbul. Malang nya Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh BN macam tak ambil kisah sedang kan ramai rakyat tahu bahawa Singapura adalah duri dalam daging buat Malaysia. Kebanyakan fakta dan sejarah yang ada menunjuk kan bahawa memang Singapura menguasai sebahagian besar Malaysia dalam banyak bidang dan dalam banyak bidang juga Singapura mengatasi kita. Cuma rakyat kita yang malas membaca dan mengambil tahu atau yang menyokong Kerajaan membuta tuli saja yang mengatakan TIDAK.

Kepada sesiapa yang tidak ingat, pada 15 Oktober 1992 negara dikejutkan dengan kebakaran di LTAB iaitu kebakaran ke-2 dalam tahun yang sama. Kebakaran pertama ialah 6 April 1992.


Kali ke-2 ini, Blok Utara Terminal Satu LTAB Subang yang menempatkan Pusat Kawalan Trafik Udara dilengkapi sistem radar, musnah dalam kebakaran awal pagi sehingga kerugian dianggarkan antara RM50 dan RM60 juta.


Antara peralatan yang musnah ialah sebuah sistem radar canggih RM24 juta diimport dari Perancis yang masih dalam peringkat percubaan. Menara Kawalan Trafik Udara setinggi 43 meter di tengah bangunan itu juga musnah bersama sistem radar berkenaan. Walau atas alasan apa pun, siapa kah yang 'control' penerbangan pada waktu itu selain dari Lapangan Terbang Bayan Lepas, kalau bukan Singapura. Masa itu baru lah sibuk nak dapatkan 'kawalan trafik mobile'.


Kalau nak banding dari segi persenjataan pula, cakap banyak pun tak guna. Singapura sudah jauh didepan sedang kan kita masih terkial kial dengan
enjin pesawat hilang dan kapal selam yang baru beli dah rosak. Kalau tak percaya cuba baca dibawah:

Contohi pertahanan Singapura

Oleh Azmi Hassan


DALAM hal ehwal pembentukan dasar dan arah tuju pertahanan di kalangan negara anggota ASEAN, Singapura dikatakan mempunyai perancangan yang begitu menarik dan tersusun.


Begitu menarik sekali untuk mengkaji ketertiban pihak bertanggungjawab Singapura mengatur strategi pertahanan mereka. Paling menarik ialah mengenai penubuhan skuadron helikopter penggempur Apache Longbow (AH-64D) yang mengambil masa hampir satu dekad lamanya.


Kejayaan Singapura dianggap sebagai satu lakaran dalam sejarah pertahanan dunia kerana kejayaan mewujudkan pangkalan di luar Amerika Syarikat, Israel dan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).


Skuadron 120 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) mengendalikan 20 helikopter penggempur serba canggih ini dan menjadikan pangkalan udara Sembawang sebagai pusat operasi mereka.


Memang benar keakraban Singapura dan AS telah memainkan peranan utama dalam menjayakan realisasi itu. Tetapi kesungguhan dan ketelitian Singapura, terutama sekali seperti yang dipamerkan oleh Angkatan Tentera Singapura (SAF), sebenarnya telah menjamin cita-cita mereka dapat dicapai.


Satu lagi perkara yang agak menarik mengenai perancangan strategi SAF ialah bagaimana negara tersebut telah berjaya menubuhkan Pusat Kawalan Kapal Terbang Tanpa Pemandu (UAV) baru-baru ini. Pusat kawalan adalah penting kerana ia dianggap sebagai nadi sesebuah organisasi tentera kerana kebanyakan keputusan semasa konflik adalah berpunca dari sini.


Kewujudan pusat kawalan dianggap sebagai lumrah dalam sistem pertahanan sesebuah negara kerana ia merupakan satu keperluan asas. Sebab itu penubuhan Pusat Kawalan Pertahanan dan Operasi Udara (ADOC) RSAF pada Januari lepas dianggap satu perkara biasa.


Tetapi pengumuman yang dibuat pada bulan Mei lalu mengenai penubuhan pusat kawalan khas untuk UAV dianggap sebagai satu perkara yang agak luar biasa kerana tidak banyak negara yang memiliki kepakaran dan teknologi UAV.


Lebih menarik lagi ialah pengumuman penubuhan pusat kawalan UAV Singapura dilakukan dua minggu selepas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan demonstrasi penerbangan sulung UAV tempatan di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka pada 15 Mei 2007.


Jika Malaysia dikatakan baru mula mahu berjinak dengan pembangunan UAV, Singapura dikatakan telah melaksanakan strategi pembangunan UAV semenjak tahun 1970-an lagi melalui agensi penyelidikan seperti Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) dan Organisasi Sains Pertahanan (DSO).


Penyelidikan dan pembangunan UAV Singapura dikatakan menarik kerana strategi yang diatur begitu tertib sekali bermula dengan pembangunan kapal terbang kawalan jauh (RPV) pada awal tahun 1970-an. Pada pertengahan 1980-an RSAF mula menggunakan UAV jenis Scout sehinggalah ia digantikan dengan UAV lebih canggih Searcher pada awal 1990-an. Begitu ke hadapannya penyelidikan UAV Singapura, diberitakan Searcher pula akan digantikan dengan UAV yang lebih canggih Hermes-450.


SAF banyak menggunakan UAV kerana ia merupakan tunjang utama transformasi 3G (Generasi Ketiga) angkatan tentera mereka. RSAF 3G umpamanya menekankan keupayaan pertahanan udara paling canggih dan sudah semestinya UAV bakal memainkan peranan utama.


Eksesais Wallaby 2006 iaitu latihan ketenteraan SAF terbesar yang telah diadakan di Shoalwater Bay Training Area, Australia menyaksikan penggunaan UAV secara meluas bersama-sama dengan jet pejuang F16 dan helikopter penggempur Apache. Latihan yang melibatkan hampir 4,000 anggota tentera SAF antara lain menguji kemampuan UAV Searcher beroperasi dalam teater peperangan seperti yang terdapat dalam Eksesais Wallaby.


Strategi


Sememangnya begitu menarik melihat perjalanan perkembangan strategi pertahanan SAF kerana banyak perkara yang boleh dipelajari daripada apa yang telah diamalkan oleh Singapura, sama ada secara tersurat atau tersirat.


Kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh penggubal dasar pertahanan Singapura dalam melaksanakan sesuatu strategi pertahanan sepatutnya menjadi teladan kepada semua pihak. Peranan dan sumbangan yang telah dimainkan oleh DSO dan DSTA dalam meningkatkan penyelidikan sains pertahanan Singapura mempamerkan satu strategi yang mantap.


Apabila SAF menyatakan hasrat untuk menubuhkan skuadron helikopter penggempur sedekad yang lepas, ramai penganalisis mengetepikan hajat tersebut sebagai impian semata-mata yang tidak mungkin dapat dicapai. Tetapi hari ini RSAF telah pun mempunyai satu skuadron helikopter penggempur paling hebat iaitu Apache Longbow.


Begitu juga apabila SAF mula berjinak-jinak dengan pembangunan UAV hampir 40 tahun lepas, ramai yang tidak ambil kisah kerana pada ketika itu peranan UAV masih samar-samar lagi. Tetapi hari ini mereka mempunyai UAV Hermes-450 yang sama hebat dengan UAV kepunyaan AS seperti Predator dan Global Hawk.


Pembangunan pusat kawalan UAV RSAF menjadi lebih menarik kerana terdapat desas-desus yang menyatakan AS akan mendirikan sebuah pangkalan UAV di salah sebuah negara di Asia Tenggara.


Berita terkini mengenai penubuhan pusat kawalan UAV RSAF nampak gayanya mengesahkan bahawa calon sebenar pangkalan tersebut bukannya Malaysia atau Indonesia.
- http://www.utusan.com.my

* AZMI HASSAN ialah Pengarah Pusat Dasar Teknologi & Kajian Antara- bangsa (Centepis), Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Aku pun sebenar nya rasa amat curiga akan nasib generasi Malaysia akan datang....
Sekian.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...