24 March 2013

PRU13 : "Seks" jadi manifesto BN?


Oleh LIM HONG SIANG
Mungkin tiada yang serius tentang bilakah Barisan Nasional (BN) membentangkan manifesto pilihan raya mereka, setelah hampir sebulan Pakatan Rakyat melancarkan Manifesto Rakyat. Sebaliknya, "gambar video seks" pula yang dihidangkan terlebih dahulu sebagai cubaan untuk mengaitkan Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim dengan tuduhan homoseksual.

Apakah ini satu-satunya "manifesto" yang mampu ditawarkan BN untuk pengundi Malaysia, setelah lebih setengah abad memerintah? Memang cukup mual apabila "seks" digunakan sebagai senjata untuk menyerang musuh politik. Kalau bukan budak jambu, maka "pelacur China" (kononnya). Kalau dahulu lelaki, kemudian perempuan, kini berbalik pula kepada lelaki... Sehingga warga internet terus menyindir, "barangkali 'Anwar' akan ditangkap kerana mengadakan hubungan dengan lembu dalam kondominium pada masa akan datang!" Belum sampai 24 jam, warga internet telah berjaya mengesan bahagian-bahagian yang disyaki, termasuk garis rambut pelaku dalam gambar (lebih ke tengah) yang tidak sama dengan Anwar (jelas di sebelah kiri), sudut cahaya dengan bayang yang berbeza dan sebagainya. Antara yang dipertikaikan, mengapa masih gambar hitam-putih sedangkan kita sudah masuk zaman digital dengan rakaman berwarna? Lebih-lebih lagi, jikalau benar Anwar berkelakuan sedemikian, dan "video" ini sengaja dirakam untuk mendedahkan "Anwar yang sebenar", mengapa tidak terus sahaja menyerbu ke bilik dan menangkap Anwar, ketika aksi-aksi ini berlangsung dalam hotel?

Padahal saya tidak berminat untuk membincangkan isu ini dari perspektif sedemikian. Selama 15 tahun politik kita tidak terkeluar dari dubur. Babak ini hampir ditamatkan pada 2 September 2004, apabila Anwar diputuskan tidak bersalah dan dibebaskan dari penjara. Kemudian, ia dibuka semula untuk melanjutkan talian hayat Umno-Barisan Nasional pada Jun 2008, apabila diuar-uarkan bahawa Pakatan bakal menawan Putrajaya pada 16 September 2008. Kes Liwat II ini dimatikan pada 9 Januari 2012 dengan keputusan mahkamah, dimatikan buat kali kedua apabila bapa Saiful Bukhari mengakui anaknya dipergunakan untuk memfitnah Anwar pada 8 Mac 2013.
Jadi, mengapa isu ini diulangi, biarpun setiap kali apabila ia dibangkitkan, akan dibongkarkan pembohongannya? Jawabnya senang, tukang propaganda yakin, bahawa pembohongan jikalau diulangi seribu kali, akan menjadi kebenaran. Tetapi saya gagal membayangkan masa depan Malaysia jikalau politik kita terus berlegar-legar dengan cerita dubur. Seandainya pesaing politik boleh ditumpaskan dengan sumpah fitnah, gambar atau video palsu, maka apakah makna kita berpolitik? Undilah pengarah dan penyunting filem untuk jadi Perdana Menteri! Lantik sahaja mereka yang bersumpah dari hulur ke hilir untuk menjadi ahli Parlimen, dan lihat bagaimana Malaysia boleh berkembang maju 10 tahun mulai hari ini.

Lebih parah, demi agenda politik kepartian, media lidah parti seolah-olah diberi hak keistimewaan untuk bebas menabur fitnah. Lihat bagaimana kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia, yang akhirnya berjaya membuktikan bahawa pemimpin pembangkang di pihak yang benar. Pimpinan Pakatan Rakyat seperti Nizar Jamaluddin, Teresa Kok, Lim Guan Eng, Khalid Samad dan lain-lain antara yang menang dalam kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia. Sementara itu, Khairy Jamaluddin, yang lantang menuduh bahawa Anwar ejen Yahudi sebelum ini, akhirnya terpaksa menelan ludah sendiri.

Namun, apakah ia memadai dengan kesudahan sedemikian? Sememangnya tidak! Kita perlu sedar bahawa sungguhpun kebenaran menang di penghujungnya, tetapi fitnah ini telah memahat kesannya pada si mangsa. Lihat bagaimana Teresa Kok ditahan bawah ISA tidak tentu pasal, hanya kerana difitnah mengeluarkan arahan "melarang laungan azan" - yang akhirnya terbukti langsung tidak pernah terkeluar dari bibirnya. Lihat bagaiman persepsi "Anwar ejen Yahudi" dipahat dengan fitnah sebegini, sehingga masyarakat Melayu termakan dengan propaganda bahawa Pakatan mengkhianati Islam. Mangsa seterusnya, Nurul Izzah difitnah bahawa beliau menyokong murtad; Tian Chua, baru-baru ini, difitnah bahawa beliau mengeluarkan kenyataan anggota pasukan keselamatan yang terkorban itu bagai "mati katak".

Mungkin kita perlu menunggu sehingga satu hari nanti, apabila keadilan ditegakkan. Apa yang pasti, Tian Chua tidak sempat membersihkan namanya melalui mahkamah sebelum PRU13. Bayangkan kesannya terhadap Tian Chua sebagai seorang pemimpin politik, yang bakal bertanding dalam PRU13. Beliau mungkin kalah seandainya pengundi Batu termakan dengan propaganda sedemikian. Dan jikalau mahkamah memutuskan satu hari kemudian, bahawa Tian Chua benar tidak bercakap sedemikian, bagaimana pula pampasannya?

Bukan niat saya untuk membincangkan hal ini dari sudut kepentingan individu. Malah ia harus dilihat sebagai satu agenda besar, atau motif politik yang jelas, bahawa persepsi negatif sengaja direka dan dipaksakan terhadap masyarakat kita, agar tidak mempercayai Pakatan. Persepsi ini bukan sahaja menambat langkah Pakatan ke Putrajaya, malah membantutkan pendemokrasian politik Malaysia. Bagaimana pula kerugian ini ditebus dengan pampasan yang setimpal?
Keadilan yang dilengah-lengahkan, adalah keadilan yang dinafikan. Memohon maaf selepas lima tahun gagal menebus dosa anda. Kita perlu bezakan antara hitam dengan putih sebelum membuat keputusan. Ini kerana manusia yang gagal membezakan antara hitam dengan putih akan termakan dengan propaganda gambar video hitam-putih. 

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

19 March 2013

Prof Dr Muhaya: Mengapa Perlu Mengundi ?


Soalan :
"Profesor, saya tidak pernah mengundi dan saya sendiri tidak pernah kisah dengan isu pilihan raya. Pada saya,dalam politik semuanya sama. Saya tidak suka terlibat dengan politik. Tidak kira politik kampus, mahupun politik negara. Bolehkah saya terus berpegang pada cara ini?"


Jawapan Prof Dr Muhaya :
"Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan dengan politik. POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan. Mengapa kita tidak menyukai politik?. Ini kerana, dalam politik barat mereka mencari kuasa dan menjatuhkan orang lain.

Politik islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN dengan politik. Ambil perhatian atas perkara-perkara yang berlaku. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.

Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu.Apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Ini kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawarah peringkat global.."

Dipetik dari Buku "PELAJAR BERTANYA PROF. DR.MUHAYA MENJAWAB"

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...