Oleh LIM HONG SIANG
Mungkin
tiada yang serius tentang bilakah Barisan Nasional (BN) membentangkan
manifesto pilihan raya mereka, setelah hampir sebulan Pakatan Rakyat
melancarkan Manifesto Rakyat. Sebaliknya, "gambar video seks"
pula yang dihidangkan terlebih dahulu sebagai cubaan untuk mengaitkan
Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim dengan tuduhan homoseksual.
Apakah ini satu-satunya "manifesto" yang mampu ditawarkan BN untuk pengundi Malaysia, setelah lebih setengah abad memerintah? Memang cukup mual apabila "seks" digunakan sebagai senjata untuk menyerang musuh politik. Kalau bukan budak jambu, maka "pelacur China" (kononnya). Kalau dahulu lelaki, kemudian perempuan, kini berbalik pula kepada lelaki... Sehingga warga internet terus menyindir, "barangkali 'Anwar' akan ditangkap kerana mengadakan hubungan dengan lembu dalam kondominium pada masa akan datang!" Belum sampai 24 jam, warga internet telah berjaya mengesan bahagian-bahagian yang disyaki, termasuk garis rambut pelaku dalam gambar (lebih ke tengah) yang tidak sama dengan Anwar (jelas di sebelah kiri), sudut cahaya dengan bayang yang berbeza dan sebagainya. Antara yang dipertikaikan, mengapa masih gambar hitam-putih sedangkan kita sudah masuk zaman digital dengan rakaman berwarna? Lebih-lebih lagi, jikalau benar Anwar berkelakuan sedemikian, dan "video" ini sengaja dirakam untuk mendedahkan "Anwar yang sebenar", mengapa tidak terus sahaja menyerbu ke bilik dan menangkap Anwar, ketika aksi-aksi ini berlangsung dalam hotel?
Padahal saya tidak berminat untuk membincangkan isu ini dari perspektif sedemikian. Selama 15 tahun politik kita tidak terkeluar dari dubur. Babak ini hampir ditamatkan pada 2 September 2004, apabila Anwar diputuskan tidak bersalah dan dibebaskan dari penjara. Kemudian, ia dibuka semula untuk melanjutkan talian hayat Umno-Barisan Nasional pada Jun 2008, apabila diuar-uarkan bahawa Pakatan bakal menawan Putrajaya pada 16 September 2008. Kes Liwat II ini dimatikan pada 9 Januari 2012 dengan keputusan mahkamah, dimatikan buat kali kedua apabila bapa Saiful Bukhari mengakui anaknya dipergunakan untuk memfitnah Anwar pada 8 Mac 2013.
Jadi, mengapa isu ini diulangi, biarpun setiap kali apabila ia dibangkitkan, akan dibongkarkan pembohongannya? Jawabnya senang, tukang propaganda yakin, bahawa pembohongan jikalau diulangi seribu kali, akan menjadi kebenaran. Tetapi saya gagal membayangkan masa depan Malaysia jikalau politik kita terus berlegar-legar dengan cerita dubur. Seandainya pesaing politik boleh ditumpaskan dengan sumpah fitnah, gambar atau video palsu, maka apakah makna kita berpolitik? Undilah pengarah dan penyunting filem untuk jadi Perdana Menteri! Lantik sahaja mereka yang bersumpah dari hulur ke hilir untuk menjadi ahli Parlimen, dan lihat bagaimana Malaysia boleh berkembang maju 10 tahun mulai hari ini.

Lebih parah, demi agenda politik kepartian, media lidah
parti seolah-olah diberi hak keistimewaan untuk bebas menabur fitnah.
Lihat bagaimana kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia, yang akhirnya
berjaya membuktikan bahawa pemimpin pembangkang di pihak yang benar.
Pimpinan Pakatan Rakyat seperti Nizar Jamaluddin, Teresa Kok, Lim Guan
Eng, Khalid Samad dan lain-lain antara yang menang dalam kes saman
fitnah terhadap Utusan Malaysia. Sementara itu, Khairy Jamaluddin, yang
lantang menuduh bahawa Anwar ejen Yahudi sebelum ini, akhirnya terpaksa
menelan ludah sendiri.
Namun, apakah ia memadai dengan
kesudahan sedemikian? Sememangnya tidak! Kita perlu sedar bahawa
sungguhpun kebenaran menang di penghujungnya, tetapi fitnah ini telah
memahat kesannya pada si mangsa. Lihat bagaimana Teresa Kok ditahan
bawah ISA tidak tentu pasal, hanya kerana difitnah mengeluarkan arahan
"melarang laungan azan" - yang akhirnya terbukti langsung tidak pernah
terkeluar dari bibirnya. Lihat bagaiman persepsi "Anwar ejen Yahudi"
dipahat dengan fitnah sebegini, sehingga masyarakat Melayu termakan
dengan propaganda bahawa Pakatan mengkhianati Islam. Mangsa seterusnya,
Nurul Izzah difitnah bahawa beliau menyokong murtad; Tian Chua,
baru-baru ini, difitnah bahawa beliau mengeluarkan kenyataan anggota
pasukan keselamatan yang terkorban itu bagai "mati katak".
Mungkin kita perlu menunggu sehingga satu hari nanti, apabila keadilan
ditegakkan. Apa yang pasti, Tian Chua tidak sempat membersihkan namanya
melalui mahkamah sebelum PRU13. Bayangkan kesannya terhadap Tian Chua
sebagai seorang pemimpin politik, yang bakal bertanding dalam PRU13.
Beliau mungkin kalah seandainya pengundi Batu termakan dengan propaganda
sedemikian. Dan jikalau mahkamah memutuskan satu hari kemudian, bahawa
Tian Chua benar tidak bercakap sedemikian, bagaimana pula pampasannya?
Bukan niat saya untuk membincangkan hal ini dari sudut kepentingan
individu. Malah ia harus dilihat sebagai satu agenda besar, atau motif
politik yang jelas, bahawa persepsi negatif sengaja direka dan
dipaksakan terhadap masyarakat kita, agar tidak mempercayai Pakatan.
Persepsi ini bukan sahaja menambat langkah Pakatan ke Putrajaya, malah
membantutkan pendemokrasian politik Malaysia. Bagaimana pula kerugian
ini ditebus dengan pampasan yang setimpal?
Keadilan yang dilengah-lengahkan, adalah keadilan yang dinafikan. Memohon maaf selepas lima tahun gagal menebus dosa anda. Kita perlu bezakan antara hitam dengan putih sebelum membuat keputusan. Ini kerana manusia yang gagal membezakan antara hitam dengan putih akan termakan dengan propaganda gambar video hitam-putih.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com
1 comment:
Pastikan adik2 semua keluar mengundi nanti.. Keluar mengundi PAS, PKR @ DAP walaupun adik2 mendapat saguhati atau duit daripada UMNO dan Barisan Nasional... Walaupun adik2 terpaksa berada di kem Barisan Nasional, pastikan adik2 mengundi PAS, PKR @ DAP... Asalkan Bukan UMNO.... OK!!! :-)
Adik2 semua jgn bersangka buruk kpd kawan2 yg berada di kem Barisan Nasional.... Mereka mungkin terpaksa menurut desakan mak ayah atau sapa2... Tapi takpa.. Jangan risau, mereka tetap akan undi Pakatan Rakyat ( Pesan awal2 kat mereka. Kita tiada pilihan )... Undi adalah rahsia.. Kita tentukan..
Tolong bantu kawan2 kita yang sedang berkempen di laman2 di bawah....
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=18
http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1
http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics
http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=6
Post a Comment