31 January 2011

Saman ekor: 1 lagi kes Penganiayaan yang diteruskan


Gambar hiasan

Terkejut terima saman menunggang laju

30/01/2011 7:03pm

KANGAR – Seorang warga emas, Bakar Ismail, 85, tidak pernah memiliki motosikal berkuasa 500cc tetapi beliau menerima saman kerana menunggang motosikal berkuasa besar itu melebihi had laju di lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban pada 30 Julai lepas.

Petani yang hanya memiliki motosikal jenama Honda berkuasa 70cc itu dan telah lama tidak ke Kuala Lumpur bimbang namanya akan disenarai hitam oleh pihak berkuasa jika tidak membayar saman itu.

Bakar yang menetap di Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, dekat sini, berkata, beliau dikehendaki membayar saman itu secepat mungkin atau sebelum 28 Februari ini sebelum dikenakan tindakan senarai hitam.

Beliau berkata, selepas menerima saman itu, anaknya, Mohd Noor, 47 telah mengemukakan masalah itu kepada cawangan Trafik Perlis yang kemudian memintanya merayu kepada Ibu Pejabat Trafik Bukit Aman dengan bukti kukuh bagi membatalkan saman itu. – Bernama

Aku cuma nak kata:

Ini baru 1 kes yang dilapurkan. Mungkin ada banyak kes lagi yang tidak dilapur. Sudah pasti kes seperti diatas gara-gara ada orang menggunakan nombor pendaftaran kenderaan orang lain. Tak ke naya pakcik tu....

Sebab itu lah saman ekor ini tidak relevan. Ia nya hanya menyenangkan kerja Polis tetapi menyusahkan pengguna keseluruhan nya.


Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

30 January 2011

PRK Dun Tenang: Lintas Langsung (LIVE) Proses Pengiraan Undi



Live - Tenang by-election results
(Thanks to anilnetto.com)


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

PRK Dun Tenang: Lintas Langsung (LIVE) hari Pengundian & Pengiraan Undi (Updated)


Sumber gambar dari twitter teresa kok

Terima Kasih kepada http://n05tenang.pas.org.my

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

29 January 2011

PRK Dun Tenang: Jika calon BN menang bermakna....

..

Jika pengundi DUN Tenang memilih untuk mengundi BN dan BN menang dalam pilihanraya ini, inilah isyarat yang dihantar oleh para pengundi kepada parti yang memerintah;

1. BN bebas menghapuskan subsidi harga barang pada masa depan kerana pengundi Tenang tidak terkesan dan tiada sebarang masalah dengan kenaikan harga petrol dan barang-barang keperluan lain kerana harga komoditi getah dan sawit sedang melambung pada waktu ini.

2. MCA bebas menghina Islam dan nilai-nilai Islam sebab orang melayu Islam di Tenang tidak kisah dengan komen-komen komponen BN yang menghina Islam asalkan BN terus memberi perhatian kepada tuntutan-tuntutan orang melayu dalam meneruskan kelangsungan hidup semasa pilihanraya ini.

3. FELDA akan terus memanipulasikan peneroka FELDA dengan perkhidmatan yang bertaraf rendah tetapi dicajkan dengan mahal kepada para peneroka kerana peneroka di DUN Tenang tetap akan mengenang jasa BN dalam menubuhkan FELDA walaupun penyalahgunaan dana FELDA untuk pelbagai tujuan yang tidak menguntungkan peneroka telah didedahkan dengan seluas-luasnya.

4. UMNO bebas memilih calon yang mewakilinya walaupun calon itu dibuktikan di mahkamah telah tidak menjalankan amanah dengan adil dan saksama sebagaimana sepatutnya kerana pengundi Tenang masih mengundi Azahar walaupun dia pernah diturunkan pangkat dan gagal menjalankan tugas sebagai ADO dengan adil dan saksama.

5. PAS akan terus lemah di Johor dan orang melayu Johor tidak ada peluang untuk membuat rundingan yang lebih menguntungkan dengan Kerajaan BN kerana Kerajaan BN tidak gusar sedikit pun bahawa rakyat tidak akan menyokong mereka dalam mana-mana pilihanraya.
- http://dunbpayong.blogspot.com

UNDILAH PAS DAN BN AKAN LEBIH MENGHARGAI ANDA!

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/

26 January 2011

PRK Dun Tenang: Chua Soi Lek yang rendah moral nya semakin biadap



Isu nya bermula dalam kempen PRK Tenang. Untuk menjauhkan dan menakutkan masyarakat cina dari memberi undi kepada calon PR/PAS, maka Presiden MCA yang berstatus pelakon Porno ini memainkan isu calon PAS tidak mahu bersalam dan isu negara Islam.

Pada mula nya isu yang dimainkan mendapat sokongan sekutu nya iaitu TS Muhyiddin Yassin dan Datuk Ghani Osman. Apabila disedari isu sensitif ini boleh memakan diri & backfire semula kepada BN maka baru lah TS Muhyiddin Yassin meminta MCA idak mengekploitasi isu calon PAS Normala Sudirman tidak mahu bersalam dengan lelaki (baca disini). Menteri Agama juga memberi amaran dan tidak ketinggalan Mufti Perak pun mengeluarkan kenyataan yang menghentam dan meminta Chua Soi Lek memohon maaf. Cuma yang diam tak berbunyi ialah PERKASA.


"Kami sebagai individu Muslim, kami (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan. - Calon PAS, Normala Sudirman

Pelakon Porno yang diangkat menjadi Presiden MCA dan sekutu UMNO tidak mengendahkan langsung kecaman kecaman tersebut. Sebalik nya dengan angkuh Pelakon Porno ini mempersoalkan pulak nilai nilai Islam.

Siapa yang mendapat untung bila isu salam & Negara Islam menjadi panas kalau bukan PAS/PR. Sebelum ini apa yang selalu dipasak kedalam kepala orang melayu yang rata rata berugama Islam bahawa DAP lah yang paling anti Islam. Apabila timbul isu salam ini, sudah seharus nya masyarakat melayu/Islam menilai semula sokongan mereka kepada UMNO dan sekutu mereka.

Satu lagi yang buat aku hairan ialah mengapa Tun Mahathir dan pengkagum pengkagum nya tidak langsung mahu mengulas isu Negara Islam yang didakwa oleh pelakon porno akan ditegakkan jika PAS/PR memerintah. Bukan kah Negara Malaysia ini adalah sebuah Negara Islam seperti apa yang telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir sebelum ini (baca disini).

Ooooo....mungkin Tun sudah lupa......

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

23 January 2011

Ceramah kempen PRK DUN Tenang: APCO & cabaran debat

Ceramah DS Anuar Ibrahim dalam kempen PRK DUN Tenang

Memulakan kempen pertamanya dalam pilihan raya DUN Tenang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas mahu berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung rancangan 100 Pakatan Rakyat sekiranya menawan Putrajaya.

Mengulas sindiran Najib bahawa Anwar akan demam, dengan nada tegas, ketua pembangkang membidas bahawa beliau akan tetap hadir walaupun diserang penyakit itu. Seterus nya disini

APCO dan cabaran debat gegarkan Tenang



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

22 January 2011

Sesat di Tenang & baik nya penyokong PAS


Sumber Gambar: Dari karatijau.blogspot

Gambar ini diambil semasa penamaan calun PRK Dun Tenang pagi tadi. Di faham kan mamat yang keseorangan memakai baju berlambang dacing BN yang berada di dalam kumpulan penyokong PAS/ PR ialah Bendahari UMNO bahagian Gopeng. Nama nya Abd. Razak bin Abdullah.

Tidak lah diketahui samada mamat ini tersesat dan terpisah dari kumpulan penyokong BN atau sengaja menyesatkan diri nya untuk menimbulkan provokasi supaya nanti media boleh menyalahkan penyokong PAS/PR bertindak agresif dan besok keluar lah dalam media tajuk berita "penyokong PAS/PR samseng". Nasib baik penyokong PAS/PR buat tak kisah saja.

Andaikata mamat ini berada di Afrika Selatan, dah lama dah kena kapak bila tersilap masuk kumpulan.

Andaikata mamat ini penyokong PAS/PR, rasa nya tidak lah sampai mati di kerja kan tetapi mau lunyai juga lah dibuat nya.

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Lintas Langsung Hari Penamaan Calun PRK DUN Tenang N.05

Terima Kasih kepada albanjari online & blog cina islam

(Ada banyak gambar gambar menarik didalam LIVE ini)



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!

14 January 2011

Ahli Akademik tolong jangan bercakap macam Ketua Cawangan Umno

KUALA LUMPUR 14 JAN : PAS merasa hairan dengan segelintir ahli akademik pengampu yang memberi kenyataan seperti ketua cawangan Umno.

Menurut laporan Harakah Daily. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, mereka cuba berlakon seperti orang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, hakikatnya masyarakat kampus kenal siapa mereka itu.

"Mereka hanya memberi kritikan kepada Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat yang dianggap boleh memusnahkan negara kerana negara akan pincang dari segi kewangan," ujarnya.

Tambahnya, rakyat tidak mendengar pula komen mereka mengenai projek Menara Warisan 100 tingkat yang bernilai RM5 bilion, peruntukan kepada projek Permata sebanyak RM111 juta, pada hal ia bukan sebuah kementerian, tarafnya seperti belia 4B Rembau sahaja.

"Ahli akademik pengampu ini membisu ketika wang negara difaraid kepada Apco Yahudi sebanyak RM77 juta setahun," ujarnya.
Mereka juga, katanya tidak memberi apa-apa komen mengenai subsidi kepada penjana kuasa (IPP) sebanyak RM19 bilion, sedangkan untuk 27 juta rakyat sebanyak RM11 bilion dihapuskan.

Beliau menambah, ketika rakyat bawahan mengikat perut kerana kenaikan harga barang akibat kenaikan harga petrol, waktu ini mana suara ahli akademik pengampu itu.

Justeru, kata Idris PAS juga hendak mengingatkan kepada ahli akademik sedemikian agar jangan merosakkan nilai akademik dan memalukan status intelektual dengan memberi komen untuk mengampu dan tidak mempunyai nilai akademik.

"Mereka ini ialah kelompok yang tidak popular di kampus baik dari segi pengajaran dan penyelidikan. Kelebihan yang ada ialah mengampu penguasa negara dengan harapan untuk naik pangkat."Jangan kerana nila setitik, susu sebelanga rosak," katanya lagi.

Beliau berkata, ahli akademik yang hendak menjadi pengampu dan melawan arus kebangkitan rakyat supaya memikirkan dengan matang, sekarang bukan zaman batu, tetapi zaman rakyat boleh mengetahui maklumat beribu batu. Sepatutnya, kata beliau sebagai ahli akademik mereka cuba membentuk pemikiran rakyat dengan berfakta, walaupun teguran itu terkena kepada Pakatan Rakyat.

"Inilah politik Malaysia yang diidam-idamkan oleh rakyat Malaysia," ujarnya.- tvsnews.net

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

11 January 2011

Kesan ETP ialah kenaikan harga barangan/produk


Kesan Daripada ETP Kian Ketara, Kata Najib

PUTRAJAYA, 11 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa berkata kesan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kian ketara apabila keyakinan sektor perniagaan dan para pelabur terhadap ekonomi Malaysia kini semakin tinggi.

"Ini boleh kita lihat daripada prestasi Bursa Malaysia yang telah mencecah tahap penutup tertinggi pada 7 Januari, iaitu 1,572.21 mata," katanya.di "Update Program Transformasi Ekonomi" ke-tiga di sini.

Najib juga berkata Laporan Perniagaan Antarabangsa Grant Thornton yang terkini menunjukkan 50 peratus perusahaan sederhana hingga besar positif tentang prospek ekonomi Malaysia pada tahun ini.

"Ini menunjukkan tahap keyakinan tertinggi untuk Malaysia sejak penyertaan kita dalam laporan tersebut," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Merujuk kepada Laporan Frost & Sullivan, Najib berkata jumlah keluaran industri automotif diunjurkan mencecah paras tertinggi baru sebanyak 623,000 unit tahun ini, iaitu peningkatan 4.1 peratus berbanding tahun lepas.

"Petanda-petanda positif ini amat menggalakkan dan kerajaan akan terus berusaha sehingga matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi tercapai," katanya.

Perdana Menteri pada Selasa mengumumkan 19 lagi projek permulaan (EPP) di bawah ETP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan kasar negara dan mewujudkan 35,000 pekerjaan baharu.

Sebelum ini, 18 EPP telah diumumkan sejak ETP dilancarkan pada 25 Okt tahun lalu.

"Seperti yang anda boleh lihat, ETP telah memulakan tahun ini dengan kukuh dengan bergerak pantas dan melonjak ke hadapan dengan lebih banyak EPP dan perkembangan," kata Najib.

"Seperti sedia maklum, kejayaan sesuatu perkara hanya boleh dilihat selepas dilaksanakan dengan baik. Dengan melaksanakan projek ini serta projek terdahulu, kesan ekonominya akan dilihat dengan jelas tidak lama lagi," katanya.

ETP adalah satu usaha menyeluruh untuk melengkapkan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ia dipacu oleh 12 Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) iaitu minyak, gas dan tenaga; kelapa sawit, perkhidmatan kewangan; pemborongan dan peruncit; pelancongan; perkhidmatan perniagaan; elektrikal dan elektronik; kesihatan; kandungan dan infastruktur komunikasi; pendidikan; pertanian; dan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang.

Melalui NKEA ini, 131 EPP telah disasarkan untuk menerajui pembangunan ekonomi negara, sekaligus mencapai taraf negara berpendapatan tinggi dengan pendapatan perseorangan sebanyak US$15,000 setahun dan menjana 3.3 juta peluang pekerjaan.

"Kita sememangnya fokus sepenuhnya pada hasilnya dan dengan pelaksanaannya, saya berharap akan dapat menggembleng majoriti rakyat yang berkeyakinan terhadap usaha kerajaan ini dan membantu mengubah kumpulan minoriti bersama-sama menyertai usaha ini."

"Lagi pun, ini merupakan agenda transformasi nasional dan kita mesti menarik penyertaan semua pihak, di dalam semangat sebenar 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan," kata Najib.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Datuk Seri Idris Jala berkata keyakinan adalah kejayaan utama sebarang transformasi ekonomi.

Bagi Malaysia, katanya negara telah menerima peningkatan permodalan pasaran kira-kira 30 peratus kepada kira-kira RM152 bilion bagi tempoh lima bulan lepas.

"Kekayaan yang diwujudkan sejak tempoh itu ialah RM152 bilion. Banyak wang telah diwujudkan di dalam tempoh hanya lima bulan. Ia adalah wang sebenar (bermakna) jika anda mahu menunaikannya, anda boleh menjual saham berkenaan dan menjadikannya wang," katanya.

Jala berkata penyertaan para pelabur tempatan dan dari seberang laut di dalam projek EPP sehingga ini turut dicerminkan daripada keyakinan di mana mereka membuat ikrar pelaburan jangka panjang di negara ini. - BERNAMA

Aku cuma nak kata:

Betul ke apa yang DS Najib cakap ni ?. Beliau kata kesan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kian ketara apabila keyakinan sektor perniagaan dan para pelabur terhadap ekonomi Malaysia kini semakin tinggi.

Aku nak tanya pula, apa manafaat nya kepada rakyat kalau keyakinan pelabur semakin tinggi dan waktu yang sama kenaikan harga barang dan kenaikan kos sara hidup rakyat pun semakin tinggi jugak ?.

Jangan lah nak bohong rakyat dengan indeks saham yang mencecah tahap penutup tertinggi. Indeks saham boleh diturun naik kan. Lagi pun itu adalah perkara biasa dalam bursa saham. Mengapa bila indeks jatuh tak mahu pula kaitkan dengan kejatuhan ekonomi.

Dulu kerajaan selalu bagi contoh dengan menunjukkan peningkatan jualan kenderaan persendirian untuk menunjukkan ekonomi bagus. Sedangkan sebenar nya bukan sebab ekonomi bagus, tetapi sebab hutang jualbeli kereta telah dipanjangkan sehingga 10 dan 15 tahun.

Kesimpulan nya, aku berpendapat kesan sebenar Program Transformasi Ekonomi (ETP) ialah kenaikan harga berbagai produk/barangan cuma diubah nama nya kepada macam macam istilah.

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

05 January 2011

The $1million car: 34-year-old Peugeot

4th January 2011

Mahmoud Ahmadinejad has received a $1million bid for his 34-year-old car, only a day after it was put up for sale.

The Iranian president, who is auctioning his 1977 white Peugeot sedan to raise money for a low-income housing project, has been made the offer by a foreign source.

The project is aimed at disabled and young people in a move by the 54-year-old, who took charge of Iran in 2005, to appeal to fulfill a campaign promise to put a roof over the head of every poor Iranian.

An Iranian Sunday newspaper said various bids from abroad have been received by the multilingual website set up yesterday for the auction, including $1 million (£645,000), but it did not elaborate on the identity of the bidders.

The top bidders will be invited to the auction, which will be held in mid-February in the south-western city of Abadan.

Old: The 34-year-old car is wanted by a number of foreign suitors, according to an Iranian newspaper

And online offers can be made until the end of January. Foreign bidders paid £43 to register, while locals pay around £30.

The president had made a point of being seen in the humble white Peugeot 504 saloon when he was Tehran mayor before becoming president in 2005.

He has rarely used the car in the past years, however, probably because of security measures.


Auction: Official photographs of the car show that Mr Ahmadinejad took good care of his car, made in 1977

The car would probably be worth around $2,000 on the local market. Lack of housing has always been a major concern in Iran, where a quarter of the 75-million population live in rented apartments and nearly a third of a family's income goes to pay the rent.

Official statistics say the government has built more than 140,000 housing units in the first half of 2011. It has promised to build nearly 1 million units by March 2011. - www.dailymail.co.uk

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

04 January 2011

Bonus Tahun Baru: Harga Petrol RON 97 naik 10 sen


KUALA LUMPUR 4 Jan. - Harga minyak petrol RON 97 sekali lagi diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen menjadi RM2.40 seliter berkuat kuasa esok.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal RM1.90 seliter.

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman, kenaikan harga minyak petrol RON 97 sebanyak 10 sen adalah kerana mengikut harga pasaran minyak mentah dunia.

Menurutnya, ketika ini harga pasaran minyak mentah dunia mencecah AS$100 setong.

"Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran semasa.

"Ketika ini, kerajaan tidak lagi menanggung subsidi untuk minyak petrol RON 97 dan kenaikan ini memang tidak dapat dielakkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, kenaikan itu mengikut perkiraan yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Pada 1 November lepas, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter dan pada hujung bulan itu juga ia sekali lagi mengalami kenaikan sebanyak 15 sen menjadi RM2.30 sen seliter.

Aku cuma nak kata:

Lain yang aku jangka, lain pulak yang naik. Ingat kan minyak masak, rupa nya minyak petrol RON 97 yang naik dulu. Memang kerajaan tak nak bagi orang pakai minyak berkualiti, pakai lah minyak murah RON 95 yang mudah terbakar apabila berlaku pelanggaran.

Nampak gaya nya tahun ini kita awal awal lagi telah dihidangkan dengan 'Pesta kenaikan harga barang'. Kepada yang masih 'demam' sambutan tahun baru 2011, boleh juga menyambut kenaikan ini. Bermula dengan minyak petrol yang kemudian nya akan berjangkit kepada barangan lain. Cuma beza nya kenaikan barangan yang lain lain itu tidak diumum kan. Dia nya naik dengan sendiri.

Kepada Perdana Menteri, jangan cakap lagi 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' sebab aku menjadi semakin meluat.....

Aku rasa aku berhak merasa marah sebab aku seorang pembayar cukai, yang mana duit yang aku bayar itu digunakan juga untuk menampung elaun Perdana Menteri, isteri dan lain lain.

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

02 January 2011

Rak jualan mula kosong petanda harga minyak masak akan naik ?





Foto diatas aku ambil semasa membeli barangan keperluan dapur di Supermarket Giant, Setia Alam pada 2 Jan. 2011 jam 3.55 petang. Supermarket lain tak tahu lah pulak, tapi setahu aku sebelum ini tak ada masaalah. Berlambak minyak masak kat rak tu.

Yang kelihatan kosong ialah minyak masak 5 kg dan yang tinggal hanya lah 1kg dan 3 kg. Kebanyakan pengguna termasuk aku akan membeli minyak 5kg berbanding 3kg kerana harga nya. Minyak 5kg berharga lebih kurang RM13.00 dan 3kg berharga RM9.00 lebih. Oleh itu lebih untung kalau beli yang 5kg.

Kalau ikut pengalaman lampau, keadaan begini menunjuk kan bahawa minyak masak akan naik harga. Betul atau tidak ?. Wallahhualam!!!.

Di rak jualan pun dah ada tulis peringatan ' hanya dibenar beli 2 botol sahaja'.

Tanya menteri ?..., Boleh percaya ke cakap menteri yang perbelanjaan nya semua ditanggung ?.

Apa apa pun bersiap sedia lah supaya apabila harga naik nanti tak lah terkejut beruk, marah sana sini. Aku dah lali dah dengan janji KERAjaan ni....., banyak yang auta dari yang betul. Pastu mengaku dia saja yang pandai perintah, orang lain bodoh tak reti perintah...

Pooodahh!!!!

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...