Terkejut terima saman menunggang laju
30/01/2011 7:03pm
KANGAR – Seorang warga emas, Bakar Ismail, 85, tidak pernah memiliki motosikal berkuasa 500cc tetapi beliau menerima saman kerana menunggang motosikal berkuasa besar itu melebihi had laju di lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban pada 30 Julai lepas.
Petani yang hanya memiliki motosikal jenama Honda berkuasa 70cc itu dan telah lama tidak ke Kuala Lumpur bimbang namanya akan disenarai hitam oleh pihak berkuasa jika tidak membayar saman itu.
Bakar yang menetap di Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, dekat sini, berkata, beliau dikehendaki membayar saman itu secepat mungkin atau sebelum 28 Februari ini sebelum dikenakan tindakan senarai hitam.
Beliau berkata, selepas menerima saman itu, anaknya, Mohd Noor, 47 telah mengemukakan masalah itu kepada cawangan Trafik Perlis yang kemudian memintanya merayu kepada Ibu Pejabat Trafik Bukit Aman dengan bukti kukuh bagi membatalkan saman itu. – Bernama
Aku cuma nak kata:
Ini baru 1 kes yang dilapurkan. Mungkin ada banyak kes lagi yang tidak dilapur. Sudah pasti kes seperti diatas gara-gara ada orang menggunakan nombor pendaftaran kenderaan orang lain. Tak ke naya pakcik tu....
Sebab itu lah saman ekor ini tidak relevan. Ia nya hanya menyenangkan kerja Polis tetapi menyusahkan pengguna keseluruhan nya.
Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment