Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

04 January 2011

Bonus Tahun Baru: Harga Petrol RON 97 naik 10 sen


KUALA LUMPUR 4 Jan. - Harga minyak petrol RON 97 sekali lagi diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen menjadi RM2.40 seliter berkuat kuasa esok.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal RM1.90 seliter.

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman, kenaikan harga minyak petrol RON 97 sebanyak 10 sen adalah kerana mengikut harga pasaran minyak mentah dunia.

Menurutnya, ketika ini harga pasaran minyak mentah dunia mencecah AS$100 setong.

"Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran semasa.

"Ketika ini, kerajaan tidak lagi menanggung subsidi untuk minyak petrol RON 97 dan kenaikan ini memang tidak dapat dielakkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, kenaikan itu mengikut perkiraan yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Pada 1 November lepas, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter dan pada hujung bulan itu juga ia sekali lagi mengalami kenaikan sebanyak 15 sen menjadi RM2.30 sen seliter.

Aku cuma nak kata:

Lain yang aku jangka, lain pulak yang naik. Ingat kan minyak masak, rupa nya minyak petrol RON 97 yang naik dulu. Memang kerajaan tak nak bagi orang pakai minyak berkualiti, pakai lah minyak murah RON 95 yang mudah terbakar apabila berlaku pelanggaran.

Nampak gaya nya tahun ini kita awal awal lagi telah dihidangkan dengan 'Pesta kenaikan harga barang'. Kepada yang masih 'demam' sambutan tahun baru 2011, boleh juga menyambut kenaikan ini. Bermula dengan minyak petrol yang kemudian nya akan berjangkit kepada barangan lain. Cuma beza nya kenaikan barangan yang lain lain itu tidak diumum kan. Dia nya naik dengan sendiri.

Kepada Perdana Menteri, jangan cakap lagi 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' sebab aku menjadi semakin meluat.....

Aku rasa aku berhak merasa marah sebab aku seorang pembayar cukai, yang mana duit yang aku bayar itu digunakan juga untuk menampung elaun Perdana Menteri, isteri dan lain lain.

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

1 comment:

abu nu'man said...

salam... mohon linkkan blog kami di sini... http://dppwm.blogspot.com.

syukran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...