Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

11 January 2011

Kesan ETP ialah kenaikan harga barangan/produk


Kesan Daripada ETP Kian Ketara, Kata Najib

PUTRAJAYA, 11 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa berkata kesan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kian ketara apabila keyakinan sektor perniagaan dan para pelabur terhadap ekonomi Malaysia kini semakin tinggi.

"Ini boleh kita lihat daripada prestasi Bursa Malaysia yang telah mencecah tahap penutup tertinggi pada 7 Januari, iaitu 1,572.21 mata," katanya.di "Update Program Transformasi Ekonomi" ke-tiga di sini.

Najib juga berkata Laporan Perniagaan Antarabangsa Grant Thornton yang terkini menunjukkan 50 peratus perusahaan sederhana hingga besar positif tentang prospek ekonomi Malaysia pada tahun ini.

"Ini menunjukkan tahap keyakinan tertinggi untuk Malaysia sejak penyertaan kita dalam laporan tersebut," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Merujuk kepada Laporan Frost & Sullivan, Najib berkata jumlah keluaran industri automotif diunjurkan mencecah paras tertinggi baru sebanyak 623,000 unit tahun ini, iaitu peningkatan 4.1 peratus berbanding tahun lepas.

"Petanda-petanda positif ini amat menggalakkan dan kerajaan akan terus berusaha sehingga matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi tercapai," katanya.

Perdana Menteri pada Selasa mengumumkan 19 lagi projek permulaan (EPP) di bawah ETP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan kasar negara dan mewujudkan 35,000 pekerjaan baharu.

Sebelum ini, 18 EPP telah diumumkan sejak ETP dilancarkan pada 25 Okt tahun lalu.

"Seperti yang anda boleh lihat, ETP telah memulakan tahun ini dengan kukuh dengan bergerak pantas dan melonjak ke hadapan dengan lebih banyak EPP dan perkembangan," kata Najib.

"Seperti sedia maklum, kejayaan sesuatu perkara hanya boleh dilihat selepas dilaksanakan dengan baik. Dengan melaksanakan projek ini serta projek terdahulu, kesan ekonominya akan dilihat dengan jelas tidak lama lagi," katanya.

ETP adalah satu usaha menyeluruh untuk melengkapkan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ia dipacu oleh 12 Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) iaitu minyak, gas dan tenaga; kelapa sawit, perkhidmatan kewangan; pemborongan dan peruncit; pelancongan; perkhidmatan perniagaan; elektrikal dan elektronik; kesihatan; kandungan dan infastruktur komunikasi; pendidikan; pertanian; dan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang.

Melalui NKEA ini, 131 EPP telah disasarkan untuk menerajui pembangunan ekonomi negara, sekaligus mencapai taraf negara berpendapatan tinggi dengan pendapatan perseorangan sebanyak US$15,000 setahun dan menjana 3.3 juta peluang pekerjaan.

"Kita sememangnya fokus sepenuhnya pada hasilnya dan dengan pelaksanaannya, saya berharap akan dapat menggembleng majoriti rakyat yang berkeyakinan terhadap usaha kerajaan ini dan membantu mengubah kumpulan minoriti bersama-sama menyertai usaha ini."

"Lagi pun, ini merupakan agenda transformasi nasional dan kita mesti menarik penyertaan semua pihak, di dalam semangat sebenar 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan," kata Najib.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Datuk Seri Idris Jala berkata keyakinan adalah kejayaan utama sebarang transformasi ekonomi.

Bagi Malaysia, katanya negara telah menerima peningkatan permodalan pasaran kira-kira 30 peratus kepada kira-kira RM152 bilion bagi tempoh lima bulan lepas.

"Kekayaan yang diwujudkan sejak tempoh itu ialah RM152 bilion. Banyak wang telah diwujudkan di dalam tempoh hanya lima bulan. Ia adalah wang sebenar (bermakna) jika anda mahu menunaikannya, anda boleh menjual saham berkenaan dan menjadikannya wang," katanya.

Jala berkata penyertaan para pelabur tempatan dan dari seberang laut di dalam projek EPP sehingga ini turut dicerminkan daripada keyakinan di mana mereka membuat ikrar pelaburan jangka panjang di negara ini. - BERNAMA

Aku cuma nak kata:

Betul ke apa yang DS Najib cakap ni ?. Beliau kata kesan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kian ketara apabila keyakinan sektor perniagaan dan para pelabur terhadap ekonomi Malaysia kini semakin tinggi.

Aku nak tanya pula, apa manafaat nya kepada rakyat kalau keyakinan pelabur semakin tinggi dan waktu yang sama kenaikan harga barang dan kenaikan kos sara hidup rakyat pun semakin tinggi jugak ?.

Jangan lah nak bohong rakyat dengan indeks saham yang mencecah tahap penutup tertinggi. Indeks saham boleh diturun naik kan. Lagi pun itu adalah perkara biasa dalam bursa saham. Mengapa bila indeks jatuh tak mahu pula kaitkan dengan kejatuhan ekonomi.

Dulu kerajaan selalu bagi contoh dengan menunjukkan peningkatan jualan kenderaan persendirian untuk menunjukkan ekonomi bagus. Sedangkan sebenar nya bukan sebab ekonomi bagus, tetapi sebab hutang jualbeli kereta telah dipanjangkan sehingga 10 dan 15 tahun.

Kesimpulan nya, aku berpendapat kesan sebenar Program Transformasi Ekonomi (ETP) ialah kenaikan harga berbagai produk/barangan cuma diubah nama nya kepada macam macam istilah.

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...