25 April 2011

Plat Kereta Sultan Kelantan: Muhammad ke-V



Sekali pandang tak ada apa pun yang pelik dan 'special' gambar diatas ini. Gambar ialah Kenderaan rasmi KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Diambil semasa baginda merasmikan Sambutan Jubli Emas Pondok Pasir Tumboh pada hari Jumaat 22 April 2011.

Yang menarik nya ialah 'plate number' kereta tersebut. Plate tersebut ditulis dalam bentuk tulisan jawi.

Untuk makluman, tulisan jawi dikeluarkan dari pembelajaran sekolah kebangsaan pada 1969 oleh Menteri Pelajaran masa itu Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Aku darjah 3 masa tu. Lama kelamaan tulisan jawi semakin terpinggir sehingga beberapa tahun lepas, akhbar Utusan Melayu(jawi) pun lingkup. Penerbitan terakhir nya pada januari 2006. Masa tu bukan main lagi juak juak UMNO menjadi juara untuk membela tulisan jawi konon nya. Jenis dasar penipu, lama lama senyap.

Satu satu nya negeri yang masih cuba mendaulatkan tulisan jawi hanya lah Kelantan. Bukan setakat cakap tapi diiringi dengan pelaksanaan apabila Sultan Kelantan sendiri menggunakan tulisan jawi pada kereta baginda.

Sekian.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

22 April 2011

Hadkan penjualan nasi lemak disekolah: NASI LEMAK MAKANAN TERBAIK UNTUK BADAN..!


KUALA LUMPUT 21 April - Garis panduan makanan sihat di sekolah yang dikemaskini dengan memberi tumpuan kepada beberapa perkara baru termasuk kekerapan sesuatu makanan itu dijual, dijangka diedarkan bulan depan untuk dilaksanakan di kantin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pematuhan garis panduan terbaru itu dapat memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah kesihatan mereka seperti berat badan berlebihan.

“Kalau dulu kita hanya katakan (makanan dalam) senarai ini boleh dijual di sekolah tapi (dalam garis panduan yang dikemaskini), kita kata kena ada kekerapan (yang perlu diikuti), contoh nasi lemak, berapa kali boleh dijual seminggu…mee goreng, berapa kali boleh dijual di sekolah.

“Itu semua kita akan beri garis panduan yang teliti. Bukan garis panduan secara orang kata am…bahawa terpulang kepada kantin sekolah membuatnya. Oleh itu banyak kantin sekolah tidak menjual makanan yang betul,” katanya. - www.selangorkini

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa tiba-tiba heboh pasal nasi lemak punca kanak-kanak gemuk? Menteripun cepat-cepat bagi komen pasal obesiti ini. Adakah mereka gemuk kerana makan nasi lemakkah? Hal sekecil ini betul-betul menggelikan hati!

Apa tidaknya? Hal sekecil ini tiba-tiba mendapat liputan meluas dengan pelbagai pakar dari pelbagai institusi turut terpanggil dengan masalah GEMUK!

NASI LEMAK mengandungi 5 bahan utama yang diperlukan badan! Sains mengakuinya factor ini. Nasi lemak mengandungi;
1. Karbohidrat
2. Protein
3. Vitamin
4. lemak
5. garam galian

Budak tahun 5 pun dah didedahkan perkara ini. Kenapa VVIP di Malaysia tiba-tiba risau pasal NASI LEMAK sampai ada menteri yang melawat kantin-kantin sekolah.

Yang membuat rakyat Malaysia GEMUK bukan NASI LEMAK! Tetapi makanan moden!

KFC, MARY BROWN, SUGARBUN, McDONALD, FIZZA, AISKRIM, SOSEJ, HOTDOG, ROTI JOHN, dan beratus-ratus jenis lagi…!

Kenapa pula menteri-menteri tidak memantau semua premis makanan moden ini?

Very doubtful!

Semua menteri yang ada pada hari ini tidak gemukpun! Walaupun dari kecil mereka menjamah nasi lemak! Saya 100% yakin tidak seorangpun menteri hari ini ‘Lahir sahaja terus makan KFC dan semua makanan moden di atas!’ Itu belum termasuk makanan hebat-hebat di hotel-hotel!

Tolonglah jangan perbesarkan perkara sekecil ini! Kesian makcik-makcik yang baru sahaja cuba menambah pendapatan secara kecil-kecilan dengan berjual nasi lemak. Rezeki tidak seberapa inipun kita nak sekat! Kita bukan hidup di zaman Firaun!

Please Mssrs….jangan mudah melatah!

oleh Om Tomato

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

16 April 2011

Live: Hari pengundian Pilihanraya Negeri Sarawak

(Thanks to anilnetto.com)


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

01 April 2011

Petrol RON97 naik 20 sen

Maaf ye kawan kawan. Ini bukan lah gurauan April Fools.
Harga minyak Petrol naik lagi. Walaupun yang naik ialah RON97, nampak sangat kerajaan dengki untuk rakyat mendapatkan produk yang berkualiti.

Pakat lah ramai ramai pakai RON95 sebab kerajaan tahu rakyat tak kisah. Minyak gas (minyak tanah) pun kalau kerajaan kata bagus untuk isi kat kereta dan harga nya pulak RM1.00 seliter, pakat ramai pengguna akan tukar minyak gas. Itu lah kebanyakan standard pengguna di Malaysia. Asal boleh......

Sept 2009 - RM 2.00
July 2010 - RM 2.10
Nov 2010 - RM 2.15
Dec 2010 - RM 2.30
Jan 2011 - RM 2.40
Feb 2011 - RM 2.50
April 2011 - RM 2.70

Sama ada BN terlalu yakin akan memperolehi kemenangan dalam Pilihanraya Negeri Sarawak atau BN cuba beri signal bahawa Pilihanraya Umum tidak akan diadakan pada waktu terdekat ini.

* Inilah kegilaan kerajaan kita. Memperkenalkan RON95 minyak mesin rumput yang layak untuk negara bukan pengeluar minyak, tetapi telah dikhaskan untuk rata-rata rakyat pendapatan sederhana dan rendah di sebuah negara pengeluar minyak paling berkualiti! - edyesdotcom.blogspot.com

Berita nya seperti dibawah:

RON97 petrol up 20 sen from tomorrow

April 01, 2011
The jump is due to unrest in oil-rich North Africa. — Reuters file pic
KUALA LUMPUR, April 1 — The pump price for RON97 petrol will go up 20 sen a litre to RM2.70/litre effective midnight, a source said today.

It is the highest jump this year as world oil prices have spiked due to unrest in oil-rich North Africa.

“We received the confirmation notice this evening about the 20 sen rise,” a source told The Malaysian Insider.

The price of the higher-grade RON97 rose 10 sen effective January 31 after a similar hike in early January 2011. It had earlier spiked to RM2.30 last December 1.

It is understood prices of other fuel grades will remain unchanged as only RON97 prices are determined by a market float.

The government had said it would review all options to ensure that it can maintain the price of the RON95 grade, used by most motorists, despite rising global prices.-http://www.themalaysianinsider.com


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...