Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

25 April 2011

Plat Kereta Sultan Kelantan: Muhammad ke-V



Sekali pandang tak ada apa pun yang pelik dan 'special' gambar diatas ini. Gambar ialah Kenderaan rasmi KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Diambil semasa baginda merasmikan Sambutan Jubli Emas Pondok Pasir Tumboh pada hari Jumaat 22 April 2011.

Yang menarik nya ialah 'plate number' kereta tersebut. Plate tersebut ditulis dalam bentuk tulisan jawi.

Untuk makluman, tulisan jawi dikeluarkan dari pembelajaran sekolah kebangsaan pada 1969 oleh Menteri Pelajaran masa itu Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Aku darjah 3 masa tu. Lama kelamaan tulisan jawi semakin terpinggir sehingga beberapa tahun lepas, akhbar Utusan Melayu(jawi) pun lingkup. Penerbitan terakhir nya pada januari 2006. Masa tu bukan main lagi juak juak UMNO menjadi juara untuk membela tulisan jawi konon nya. Jenis dasar penipu, lama lama senyap.

Satu satu nya negeri yang masih cuba mendaulatkan tulisan jawi hanya lah Kelantan. Bukan setakat cakap tapi diiringi dengan pelaksanaan apabila Sultan Kelantan sendiri menggunakan tulisan jawi pada kereta baginda.

Sekian.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

1 comment:

suahati said...

Alhamdulillah, bila agaknya semua yg lain2 terutama pehak berkuasa lain akan turut mempelupuri tulisan jawi ini........nampaknya mesjid dan pejabat agama pun dah tidak berminat nak guna tulisan jawi ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...