01 April 2011

Petrol RON97 naik 20 sen

Maaf ye kawan kawan. Ini bukan lah gurauan April Fools.
Harga minyak Petrol naik lagi. Walaupun yang naik ialah RON97, nampak sangat kerajaan dengki untuk rakyat mendapatkan produk yang berkualiti.

Pakat lah ramai ramai pakai RON95 sebab kerajaan tahu rakyat tak kisah. Minyak gas (minyak tanah) pun kalau kerajaan kata bagus untuk isi kat kereta dan harga nya pulak RM1.00 seliter, pakat ramai pengguna akan tukar minyak gas. Itu lah kebanyakan standard pengguna di Malaysia. Asal boleh......

Sept 2009 - RM 2.00
July 2010 - RM 2.10
Nov 2010 - RM 2.15
Dec 2010 - RM 2.30
Jan 2011 - RM 2.40
Feb 2011 - RM 2.50
April 2011 - RM 2.70

Sama ada BN terlalu yakin akan memperolehi kemenangan dalam Pilihanraya Negeri Sarawak atau BN cuba beri signal bahawa Pilihanraya Umum tidak akan diadakan pada waktu terdekat ini.

* Inilah kegilaan kerajaan kita. Memperkenalkan RON95 minyak mesin rumput yang layak untuk negara bukan pengeluar minyak, tetapi telah dikhaskan untuk rata-rata rakyat pendapatan sederhana dan rendah di sebuah negara pengeluar minyak paling berkualiti! - edyesdotcom.blogspot.com

Berita nya seperti dibawah:

RON97 petrol up 20 sen from tomorrow

April 01, 2011
The jump is due to unrest in oil-rich North Africa. — Reuters file pic
KUALA LUMPUR, April 1 — The pump price for RON97 petrol will go up 20 sen a litre to RM2.70/litre effective midnight, a source said today.

It is the highest jump this year as world oil prices have spiked due to unrest in oil-rich North Africa.

“We received the confirmation notice this evening about the 20 sen rise,” a source told The Malaysian Insider.

The price of the higher-grade RON97 rose 10 sen effective January 31 after a similar hike in early January 2011. It had earlier spiked to RM2.30 last December 1.

It is understood prices of other fuel grades will remain unchanged as only RON97 prices are determined by a market float.

The government had said it would review all options to ensure that it can maintain the price of the RON95 grade, used by most motorists, despite rising global prices.-http://www.themalaysianinsider.com


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

3 comments:

Anonymous said...

PERBEZAAN ANTARA ISLAM DAN PAS
PAS sering melaungkan slogan Islam sehingga masyarakat orang Islam menjadi keliru. Bahkan ada yang beranggapan kononnya PAS itu adalah ISLAM, dan ISLAM itu adalah PAS. Dan mana-mana parti politik selain daripada PAS, parti tersebut bukanlah parti Islam yang tulen. Islam yang betul ialah Islam bawaan PAS sahaja. Parti lain semuanya tidak betul. Bahkan keIslaman ahli-ahli parti lain boleh dipertikaikan oleh PAS. Inilah ideologi PAS yang sangat-sangat merbahaya kepada masyarakat ramai. Hal ini wajib segera dihapus dan dihentikan. Justeru di sini disenaraikan beberapa alasan yang menerangkan betapa PAS itu bukan Islam dan Islam itu bukan PAS. Semoga Allah menyedarkan kita semua.
1. Islam adalah Agama -- Manakala PAS adalah sebuah parti politik.
2. Seseorang yang mahu masuk Islam, wajib mengucap dua kalimah syahadah sedangkan mahu masuk PAS tidak wajib mengucap kalimah syahadah.
3. Islam menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai panduan manakala PAS menjadikan undang-undang tubuhnya sebagai panduan.
4. Islam tidak ada Presiden, Ahli Jawatankuasa Agung, Mursyidul Am, Ketua Pemuda, Ketua Kawasan dan lain-lain jawatan -- Tetapi, dalam PAS ada jawatan-jawatan tersebut.
5. Islam disebar dan diperjuangkan oleh Rasulullah manakala dalam Pas tiada Rasul, pemimpin PAS bukan rasul.
6. Islam ciptaan Allah sedangkan PAS ditubuhkan oleh manusia bermula tahun 1951 sahaja.
7. Islam agama yang sempurna dan tinggi -- PAS parti yang tidak sempurna.
8. Islam dianuti oleh manusia dan jin -- PAS hanya terbatas kepada manusia sahaja, jin tidak boleh masuk PAS.
9. Islam boleh dianuti oleh seluruh warga dunia -- PAS hanya boleh dianggotai oleh warganegara Malaysia sahaja.
10. Islam ada hukum dan peraturan dalam akidah dan syariah -- PAS tidak ada hukum dan peraturan tersebut.
11. Dalam Islam ada hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram (5 dasar hukum) -- dalam dasar undang-undang tubuh PAS tidak ada dasar hukum tersebut.
12. Adanya Islam tidak tertaluk di bawah akta pertubuhan (Islam tak perlu daftar di bawah undang-undang pendaftaran pertubuhan) -- PAS wajib daftar, tak daftar tak boleh bergerak.
13. Masuk Islam tak perlu guna borang ahli ada pencadang, penyokong, dan bayar yuran pada setiap tahun -- masuk PAS kena isi borang dan bayar yuran.
14. Islam bukan alat untuk dapatkan pangkat YB serta gaji dan elaun -- dengan PAS boleh dapat pangkat dan gaji.
15. Umur taklif dalam Islam akil baligh (15 tahun) -- umur boleh masuk PAS 18 tahun.
16. Dalam Islam orang Islam boleh berkahwin sesama Islam walaupun berlainan parti -- jika PAS itu Islam, tentu orang PAS sesama mereka sahaja yang boleh berkahwin.
17. Islam tidak boleh pecat penganutnya -- PAS boleh pecat ahlinya.
18. Keluar Islam murtad -- keluar PAS tidak ada apa-apa jauh sekali dengan murtad.
19. Rukun Islam ada 5 perkara -- rukun PAS berapa perkara? Tidak ada.
20. Dalam Islam tiada perebutan dan pertandingan jawatan -- dalam PAS berebut jawatan.
21. Islam melarang keras caci-maki, mencarut, fitnah-memfitnah -- dalam PAS tidak dilarang, malah menjadi satu amalan harian Pas, bahkan kata Nik Aziz menjadi Sunat sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-Lahab.

22. Pas boleh memamki hamun, Islam tak boleh.
23. Pas boleh menipu, berbohong dan putarbelit, Uslam melarangnya.
24. Pas boleh adjust hukum ikut kehendak politik, Islam syumul dan benar dari dahulu hingga kiamat.
25. Pas menjadikan agama Islam sebagai alat politik, Islam tidak boleh diperalatkan untuk tujuan mendapatkan undi
26. PAS menjadikan syaitan sebagai sahabat sedangkan dalam Islam, syaitan adalah musuh yg amat nyata.

Anonymous said...

kat blogger kerajaan korg htr komen hina kerajaan takde plak nak approved?knp?takut ka?

Ahmad Tarmizi said...

Saya publishkan komen Anonymous 11:55.
PERBEZAAN ANTARA ISLAM DAN PAS ?
Bagaimana pulak PERBEZAAN ISLAM DAN UMNO?
Tajuk pun dah salah....
Kalau perbezaan Islam dan Buddha atau hindu, OK la jugak...
Atau tajuk Perbezaan PAS dan UMNO, baru betul...

Kita bercakap atas fakta.PAS parti politik sama macam UMNO.Cuma PAS mendakwa dia Parti Islam dan UMNO pulak kejap kata parti Islam kejap tidak. Pasal apa nak marah kalau kita nak pilih parti mana yg kita suka.

Bagi saya kalau pun PAS & UMNO sama sama buruk. Saya akan pilih yg terbaik antara yg terburuk.

Satu lagi, saya nak orang yg memimpin saya lebih baik dari saya dari segi pegangan & amalan agama nya.Dalam konteks ini saya lebih suka pemimpin2 PAS dari UMNO. Apasal salah ke?..

Guna akal guna fikiran, tengok pemimpin mana2 parti yg disukai dan lepas tu pilih sendiri.

Pengalaman saya....
Masa saya kaki Nightclub, tonggang arak & main judi dulu saya memang suka ngan UMNO, tapi bila dah berhenti dan fikir pasal ugama, saya suka pulak pada PAS. Kalau Anonymous 11:56 nak sokong UMNO, silakan. Malaysia kan negara demokrasi.

Sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...