30 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - Satu catatan ringkas

Kami kru yang mengendalikan laman blog ini (sebenar nya aku sorang aje dong.. ) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat dimana sahaja anda berada, juga kepada pengunjung yang pernah singgah di blog ini, mohon ampun maaf zahir dan batin. Walau pun hanya sekadar Blog tapi bagi aku ia mampu membuat orang ketawa, menangis, hiba, insaf, marah, geram, sakit hati dan yang paling bahaya ia lah membuat orang boleh ditahan tanpa bicara...Akta apa itu???

Hari ini hari terakhir berpuasa di bulan Ramadhan. Besok 1 Syawal (1 Oktober 2008) dan semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagi kanak-kanak memang ia amat menyeronok kan, dapat baju & kasut baru, dapat duit raya, main bunga api ( boleh ke ??..aku tak pasti). Mereka tidak peduli bapak ada duit ke tidak untuk beli keperluan mereka..., begitu lah seronok nya jadi kanak-kanak. Aku terkenang masa umur 5 atau 6 tahun, bagaimana aku tidur dengan kasut baru pada malam hari raya, emak dan bapak aku nak tanggalkan, aku tak bagi. Anak bongsu aku pun buat benda yang sama macam aku... Seronok kan jadi bebudak!!!, tapi P.Ramlee dah tulis dalam lagu yang aku tak boleh dengar bila hari raya iaitu 'Dendang Perantau'.Aku akan menangis bila dengar lagu ini dalam suasana hari raya, tapi hari lain OK pulak !!!. Bait bait nya yang berbunyi :

apa kan daya masa tak akan kembali...
hancur musnah lah semua nya..
impian yang murni tinggal menjadi, kenang kenangan ku
hanya rangkaian kata dengan lagu
Dendang Perantau.

Bagi remaja lain pula, kadang-kadang kerenah mereka lebih teruk dari kanak-kanak. Mereka akan berpasang-pasangan kesana kemari atas tiket hari raya. Di rumah mereka akan menghadap TV. Mereka tidak mahu menziarahi kaum keluarga / saudara mara walau pun dipaksa. Mereka hanya dengan kumpulan mereka. Walau pun tidak semua begitu, tapi itu lah realiti nya. Bagi Ibu & bapa pulak keadaan bercampur baur. Gembira ada, sedih ada, Pening kepala pun ada.
Bagi aku, aku gembira menyambut hari raya tahun ini kerana anak-anak telah membesar dan keluarga aku, Allahdulillah seperti 'rumah ku surga ku'. Cuma oleh kerana harga barang yang melambung naik yang disebab kan oleh kenaikan harga minyak menyebab kan aku sekeluarga membeli keperluan ala kadar saja sebab lepas raya kita masih perlu terus kan kehidupan kan....!!!

http://sudirmandua.com/wp-content/uploads/2008/05/pix2.jpg

Aku jugak sedih dan insaf kerana ada antara kawan dan rakan aku telah tiada. Hari raya tahun tahun lepas mereka ada tapi hari raya tahun ini mereka telah kembali kerahmatullah. Al-Fatihah untuk mereka. Insaf kerana mungkin tahun depan aku jugak mungkin tak berpeluang menyambut Hari raya seperti mereka.
Seperti Hari raya yang lepas lepas, aku sekeluarga akan menziarahi pusara ibu dan bapa di Kg.Kuantan, Kuala Selangor. Selepas itu terus ke Ipoh untuk menziarahi pusara ibu dan bapa isteri aku dan berhari raya disana. Hari Isnin kembali bekerja.... Sekian.

Allah Hu Akbar !!


Information’s you must know about your Car Tyres - Part2

Step for maintaining proper tire condition

Just a look won't do it



Tire rotation reduces irregular wear

Tire ware visual check

29 September 2008

Information’s you must know about your Car Tyres - Part1

Studies of tire safety show that maintaining proper tire pressure, observing tire and vehicle load limits,and inspecting tires for cuts, slashes, and other irregularities are the most important things you can do to avoid tire failure, such as tread separation or blowout and flat tires. These actions, along with other care and maintenance activities, can also:

- Improve vehicle handling

- Help protect you and others from avoidable breakdowns and accidents

- Improve fuel economy

- Increase the life of your tires.


What information's you must know about your car tires




Where you can find these information ?




Temperature resistance

Treadware Number


Traction


Max. load capacity & tire speed symbol



Manufacturing date



Release Tension 1

.


28 September 2008

Ahli Perniagaan ditembak ketika ke Masjid Pulau Melaka

KOTA BHARU, 27 September: Seorang ahli perniagaan ditembak mati ketika beliau dan keluarganya sedang dalam perjalanan hendak menunaikan sembahyang Isyak dan tarawih di Masjid Pulau Melaka, Jalan Pulau Melaka di sini malam ini

Mohamad Salleh, 60-an, dipercayai ditembak dua das tembakan oleh dua lelaki yang menaiki motosikal, semasa beliau sedang memandu pacuan empat rodanya jenis Toyota Hilux untuk ke masjid kira-kira 8.15 malam.

Difahamkan Mohamad terkena tembakan yang dilepaskan dari bahagian hadapan menerusi cermin kenderaannya, mengakibatkannya cedera di kepala dan dada serta meninggal di tempat kejadian.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, akibat tembakan itu, kenderaan Mohamad terbabas dan melanggar tiga buah kenderaan lain di bahu jalan.

“Selepas kejadian, isteri Mohamad dan sepupu wanitanya keluar dari kenderaan dan menjerit minta tolong daripada orang ramai yang berada berdekatan tempat kejadian,” kata saksi tersebut ketika ditemui di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mazlan Lazim mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk dibedah siasat. - Bernama & kelantankini.com


Gambar-gambar di lokasi kejadian:

Tragedi pembunuhan di Pulau Melaka

Tragedi pembunuhan di Pulau Melaka..2


27 September 2008

Gamucci Micro Electronic Cigarette for smoker's


Rechargeable: The 'cigarette' can be used again and again

Finally, every smoker’s dream came true, a cigarette that’s not bad for you. Inventors have created an electric cigarette which gives a nicotine hit while still managing to avoid the smoking ban.

The small white stick, which looks just like a proper cigarette, contains a chamber that vapourises pure liquid nicotine into a puff of steam.

Smokers can inhale the vapours as they would a cigarette smoke and still get the buzz - without taking in any harmful substances.

Nicotine is its only ingredient, unlike tobacco alternatives which contain over 4,000 chemicals and tar. The electric cigarette is battery powered, has a glowing red tip and tastes like the real thing.


Makers claim it can be used inside pubs and restaurants despite the national smoking ban as it has no flame and does not produce smoke. They also say the cigarette cannot cause lung cancer as it only contains nicotine.

The stick, called Gamucci Micro Electronic Cigarette, uses small cartridges which are filled with the liquid substance.

Gamucci's next venture is cartridges that are flavoured with mint, apple, cherry, chocolate and coffee.


Untuk kawan-kawan yang masih merokok ini adalah satu altenatif sebab beli sekali tapi boleh pakai banyak kali. Lagi pun rokok makin mahal, tapi rokok yang ini pun tak tahu berapa harga nya?

Pembuat rokok ni mendakwa bahawa :
1. Hisap rokok ni tidak menyebabkan kanser.

2. Boleh hisap dimana mana sebab tidak ada api dan tidak berasap.

3. Rokok ini guna bateri 'rechargeable'

4. Rasa nya sama macam rokok biasa.

Sila ke Website rokok ini untuk lebih detail : http://www.gamucci.com/gamucci

26 September 2008

Meeting Bush VS Meeting MT UMNO

US President George W. Bush (centre) makes remarks during a meeting with members of congress including the presidential candidates John McCain (left) and Barack Obama (right). Top Democrats angrily accused McCain of sabotaging an astronomically expensive deal to bail out Wall Street and shore up the US economy

Semalam 25/9 di Amerika Syarikat, Presiden George Bush menjemput kedua-dua calun presiden yang bertanding iaitu Senator Barack Obama dari Demokrat dan Senator John McCain dari Republikan untuk duduk semeja berbincang bagaimana mendepani dan mengatasi krisis ekonomi di Negara 'Super Power' itu. Dalam siaran TV sebelum ini Bush mendesak supaya Kongres meluluskan pelan menyelamat (bailout) bernilai RM700 bilion bagi membetulkan semula ekonomi negara sambil berkata "our entire economy is in danger."Mereka boleh duduk semeja demi negara mereka.

Senator John McCain menyatakan akan menangguh kan kempen untuk sama-sama menangani krisis. Aku bukan nya suka sangat dengan mereka-mereka ni, tapi cara mereka bertanggungjawab keatas negara mereka membuatkan aku kagum dengan mereka.


Lain pulak senario nya di Malaysia. Hari ini UMNO mengadakan mesyuarat tergempar MT nya. Sudah tentu isu pokok yang akan dibincang ialah isu peralihan kuasa. Dalam keadaan ekonomi yang merudum akibat tempias dari krisis ekonomi di Amerika dan dunia umum nya, pemimpin di negara kita masih tak habis-habis dengan perebutan kuasa sesama sendiri. Sorang tak nak turun dan sorang lagi sibuk suruh turun. Tak boleh ke lupakan dulu soal perebutan tersebut. Cuba lah berbincang bagaimana nak mengatasi kelembapan ekonomi yang menyebab kan rakyat terbanyak merasa gelisah dan tidak selesa.

Jangan lah membuat keputusan secara Add-Hock.
Contoh paling jelas, kerajaan kita add-hock naikkan harga minyak sebanyak 78 sen… Tapi sekarang ni minyak dah turun, tapi bukannya nak turunkan secara add-hock jugak. Bila nak turun macam kura-kura dan di iringi dengan berbagai alasan yang kadang-kadang mengarut. Apa kah mesyuarat MT UMNO itu nanti akan menghentikan perebutan kuasa antara mereka. Aku rasa tidak. Silap-silap ia akan memporak perandakan lagi Parti yang memerintah, khusus nya UMNO. Negara Malaysia ini kecil aje tapi kecoh nya macam lah negara ni besar sangat. Lain lah kalau macam India, Amerika, Rusia, OK lah jugak kalau nak gaduh. Pelik !!, Singapura pun kecil jugak tapi tak gaduh-gaduh pun politik diaorang. Ekonomi Singapura pun tak lah teruk sangat kalau nak banding dengan Malaysia.

25 September 2008

Jenayah kejam bulan Sept.2008 (TOP 5) - Selamat, aman & makmur ???


1. Pengerusi JKKP Bukit Merah mati ditembak - 2/9/08

BAGAN SERAI 2 Sept. - Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) Bukit Merah, Taib Ali, 61, mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di hadapan sekolah anaknya di Jalan Gunung Semanggol-Bukit Merah dekat di sini hari ini. Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) cawangan Ranting serta Timbalan Ketua UMNO Cawangan Bukit Merah dan pernah menjadi Ketua Kampung Bukit Merah selama 30 tahun, mati di tempat kejadian akibat cedera parah ditembak pada telinga kanannya. Berita penuh klik disini (utusan online)


2. Mayat kerani ditemui leher hampir putus - 7/9/08

KLANG 7 Sept. - Mayat seorang kerani ditemui tertiarap dengan keadaan lehernya hampir putus dipercayai akibat disembelih di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Perepat di sini hari ini. Mayat mangsa, S. Rupenthiran, 19, yang bekerja di sebuah kilang ais di Pelabuhan Klang dekat sini ditemui oleh majikannya kira-kira pukul 10 pagi. Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusuf berkata, siasatan awal mendapati selain leher mangsa disembelih, terdapat beberapa tetakan di bahagian belakang kepala, kaki dan badannya. Berita penuh klik disini (utusan online)


3. 3 mati tragedi samun waktu sahur di Shah Alam - 9/9/08

SHAH ALAM 9 Sept. – Belum pun hilang kesedihan dan trauma kehilangan isteri tersayang dibunuh penyamun dalam tragedi ngeri di rumahnya di sini pagi ini, seorang ahli perniagaan dikejutkan pula dengan berita ibunya meninggal dunia. Dalam kejadian di D’Kayangan, Seksyen 13 di sini pukul 4.45 pagi ini, Mohd. Yusof Abdul, 66, seorang bekas pegawai polis, menerima dugaan besar apabila isterinya, Raja Noriana Raja Ahmad, 41, dijadikan tebusan oleh sekumpulan penyamun warga Indonesia yang memecah masuk rumah mereka. Peristiwa yang berlaku ketika beliau dan isteri serta dua anak tirinya bangun untuk bersahur itu, berakhir dengan kematian isterinya yang ditikam di leher, belakang dan dikelar di rusuk kiri oleh dua daripada empat perompak terbabit. Berita penuh klik disini (utusan online)


4. Lai Ying Xin diculik, dibunuh & dibakar - 16/9/08

JOHOR BAHRU 16 Sept. – Seorang pelajar perempuan cemerlang berusia 16 tahun yang diculik Khamis lalu, dipercayai menjadi mangsa bunuh dan bakar apabila mayatnya ditemui dalam keadaan hangus di Kulai Jaya di sini hari ini. Lebih malang, mayat Lai Ying Xin (gambar) itu yang mendapat 7A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007 hanya ditemui sehari selepas keluarganya dikatakan membayar RM33,000 sebagai wang tebusan bagi membebaskan mangsa yang ketika itu disangkakan masih hidup. Berita penuh klik disini dan disini


5. Isteri bekas ADUN Bukit Tambun mati ditikam - 23/9/08

PULAU PINANG 23 Sept. — Isteri bekas anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Tambun mati dipercayai ditikam di pekarangan rumahnya di Taman Tambun Indah, Simpang Ampat dekat sini malam tadi. Berita penuh klik disini (utusan online)


- Pelaku jenayah akhir-akhir ini semakin bertambah kejam dan sadis. Apa kah penjenayah-penjenayah ini tidak mempunyai keluarga seperti emak, ayah, adik, kakak atau abang ??....Kemana hilang nya pegangan agama mereka ini ??? Entah lah....salah siapa agak nya ???

.

24 September 2008

Kerajaan umum penurunan harga minyak 10 sen

Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan sebanyak 10 sen lagi harga minyak berkuatkuasa esok.

Berikutan itu, harga minyak petrol jenis RON 97 kini turun kepada RM2.45 seliter manakala harga RON 92 pula turun kepada RM2.30 seliter.

Kerajaan juga mengumumkan pengurangan minyak diesel, juga sebanyak 10 sen, kepada RM2.40 seliter.

Ketika mengumumkan penurunan harga minyak tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ia diputuskan dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini. "Keputusan ini diambil setelah mengambil kira harga purata minyak dunia untuk tempoh sebulan terakhir ini," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Harga-harga berkenaan, tambah beliau, ditentukan dengan mengambil kira harga sebenar petrol daripada 1 September hingga 22 September lalu. Abdullah berkata, untuk tempoh sebulan terakhir ini, harga minyak dunia telah mengalami turun naik yang ketara. "Namun secara purata, ia telah menurun sedikit berbanding harga purata sebelumnya. Namun begitu, nilai ringgit berbanding dolar Amerika pula menyusut sepanjang tempoh yang sama.

"Oleh itu, mengaplikasikan formula yang digunapakai oleh kerajaan dalam menentukan harga runcit sebelum ini, pengurangan sebanyak 10 sen ini merupakan nilai pengurangan maksimum yang dapat diberikan oleh Kerajaan. "Pelarasan harga minyak ini juga merupakan pelarasan harga yang kedua dilakukan oleh Kerajaan setelah pelarasan pertama dilakukan pada 23 Ogos yang lalu," katanya. Sebelum ini, kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen.

Sehubungan, perdana berkata, kerajaan berharap penurunan harga minyak yang berkuatkuasa esok, akan dapat meringankan beban orang ramai, terutamanya dalam menyambut hari raya Aidilfitri.

Sumber : Malaysiakini.com


Komen Aku : Sebagai seorang Muslim, aku mengucapkan syukur Alhamdulillah diatas penurunan harga bahan bakar tersebut. Walaupun bagi aku penurunan tu rendah tapi sekurang kurang nya dapat juga meringan kan beban. Sekarang ini, apa yang menjadi tandatanya ialah berkenaan harga barang-barang keperluan seharian. Ada kah akan ada penurunan pada harga barang-barang keperluan seharian kita ???. Jika semasa kenaikan harga minyak tempohari menyebabkan kenaikan berantai kepada semua sektor perkhidmatan dan barangan pengguna, apa kah dengan penurunan harga minyak terbaru yang sekarang ini berjumlah 25 sen (15+10 sen), harga barangan dan lain-lain tidak ikut turun. Ada kah teori domino tidak terjadi ??.

Matematik mudah harga minyak semasa

Kiraan harga minyak sekarang 1 barrel(tong) = 159 liter 1 USD = RM3.471

Harga minyak semasa = USD92.92 setong

Dulu USD145 x 3.30 (Rate semasa) / 159 liter = RM3.00 – RM0.30 (Subsidi) =RM2.70

Skrg USD92.92 x 3.47 (Rate semasa) / 159 liter = RM2.03 – RM0.30 (Subsidi) =RM1.73

Kerajaan jual => RM2.45 per liter

Harga tanpa subsidi => RM2.03 per liter

Kita tanggung kerajaan = RM0.42 per liter (2.45 - 2.03)

Sekarang kita pulak yang subsidi kerajaan bukannya kerajaan kasi kita subsidi

Sekian

23 September 2008

Saudara Lim Guan Eng, gua tabik springgg !!!!

22 September 2008, Seberang Perai, Penang, telah berlaku satu kebakaran yang melibatkan kehilangan nyawa. Sebanyak 2 orang terkorban dalam kebakaran ini.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah tiba di tempat kejadian pada petang hari itu. Ketibaan beliau disambut oleh mangsa kebakaran, ramai yang berasa sedih pada ketika itu, begitu juga dengan saudara Lim Guan Eng.


Ramai yang akan kata, ini hanya lakonan politik. Tetapi, ini adalah apa yang diminta oleh rakyat jelata iaitu pemimpin negara meluangkan masa untuk bersama sama dengan rakyat.

Dengan harapan, langkah Lim Guan Eng ini akan mewujudkan satu kesedaran di kalangan pemimpin pemimpin negara yang menganggap diri mereka berada di tahap yang berlainan dengan rakyat jelata!Harap mereka yang hanya duduk di office dengan hawa dingin turun padang supaya kesusahan rakyat dirasai!

myLot User Profile

Tips nak HACK Petrol Pump

Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas selayang.... masa-masa tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu. Aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga2.52 sen kat pam minyak jadi 1.98 or suka ati korang la nak letak berapa sen... mula2 mmg aku tak percaya... tapi......

1. Korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapapun... dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu... x kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV
2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.
3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau)yang bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer harga la
4. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi
5. then korang tekan enter - 3x
6. then korang tekan '0' , '0', '1', '9', '8' (1.98 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka
7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi
8. tekan butang clear - 2x
9. Then korang tekan berapa puluh korang nak isi
10.Tekan enter lepas dah masukkan nilai isian (klick 'Artikel penuh' untuk langkah seterusnya)


pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang

"woi apa engko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!"

Hehehehehe..Aku pun terkena Daaa..Aku dapat kat SINI



Photo of the day: 23 Sept. 08 - Africans immigration to Europe

Would-be immigrants arrive at the port of Los Cristianos on Spain's Canary island of Tenerife September 23, 2008. Some of the 125 migrants that were intercepted aboard a make-shift boat sailing from Africa to Europe. (REUTERS/Santiago Ferrero)
Photobucket

22 September 2008

Marriott Hotel Islamabad - before and after bombing

BEFORE







AFTER


A huge bomb crater is visible outside the Marriott hotel in Islamabad,
which continues to burn
after the explosion.

Cars in the hotel's car park were destroyed by the blast.


21 September 2008

Serangan bom di Hotel Marriot, 60 terbunuh

ISLAMABAD 20 Sept. – Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dan lebih 200 cedera setelah sebuah trak yang sarat dengan bahan letupan meletup di Hotel Marriot, di sini hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 9 malam ini waktu Malaysia.

“Sebuah kereta yang mengandungi bahan letupan merempuh pintu pagar Hotel Marriot malam ini dan setakat ini jumlah kematian mencecah 40 orang.

“Bagaimanapun jumlah kematian dijangka terus meningkat dan serangan ini dipercayai satu serangan berani mati,” kata Ketua Polis Islamabad, Asghar Raza Gardazi. Ujar beliau, kebanyakan mangsa mati akibat terjun dari bangunan setinggi enam tingkat itu.

Hotel tersebut yang terkenal sebagai penginapan pilihan di kalangan pelancong asing dilaporkan rosak teruk dan berpuluh-puluh kenderaan dilaporkan turut musnah. Api yang marak turut memusnahkan beberapa tingkat bangunan hotel berkenaan.

Sejam sebelum kejadian, Presiden yang baru dilantik Asif Ali Zardari melakukan ucapan pertama di Parlimen yang terletak beberapa ratus meter dari hotel berkenaan.

Ini merupakan kejadian serangan bom kali kedua di hotel 290 bilik itu, namun letupan hari ini merupakan yang paling teruk dilaporkan pernah berlaku di ibu negara Pakistan.

– Reuters


Serangan bom kali pertama 26 Januari 2007

30 months ago: Pakistani security personnel seal off the blast site with white sheets outside the Marriott hotel in Islamabad, 26 January 2007. A suicide bomber killed a security guard and himself when he set off explosives strapped to his body outside the Marriott Hotel in the Pakistani capital Islamabad, the interior minister said. The powerful blast, which could be heard across the city, occurred when the guard prevented the attacker from entering the heavily-protected five-star hotel

“Nation in Distress”-Lin Hao is a true hero of China

Basketball star and flag-bearer of Chinese Delegation Yao Ming and 9 year old Lin Hao, a pupil fron quake-hit area in southwest China's Sichuan province, parade into the National Stadium at the opening ceremony of the Beijing 2008 Olympic Games in Beijing, China, Aug. 8, 2008. According to media reports, when the May 12 tremor struck, Lin Hao risked his life and suffered multiple injuries for rescuing his schoolmates from the collapsed buildings. He was later awarded the title of "Teenage Hero in Earthquake Rescue and Relief." (Xinhua/Liu Dawei)

As many all know, I did watch the opening ceremony and made a post about it underneath. What I did not know and had no idea of was the story of Lin Hao. My eyes was actually filled with tears when I read the statement below made by Vonnie and especially that line: "Because I am the class captain, if I don't do it who will?" was really touching. He was such a brave boy and deserves to be recognised! Lin Hao is a true hero of China.


I think the most heart-pounding moment was when china's team entered, the crowd roared and the little boy who survived the Sichuan earthquake who walked with Yao Ming is an amazing boy, he not only managed to save himself from the wreckage but went back in the wreckage to save his classmates and his only reason was "Because I am the class captain, if I don't do it who will?". A 9 year old boy whose maturity truly exceeds his age =D
- Vonnie @ Batgwa.Community

I was one of many people who questioned "who is that little boy?" when he came out with Yao Ming and like Vonnie said, I even thought he was Yao's son for a moment! Before all that, however, there was actually some difficulties for Lin Hao to get into the bird's nest because he wasn't an "athlete" therefore security didn't let him in. Here is an article in more detail.

Source : http://fairytale-promise.blogspot.com/ (The Chinese blog)

Komen Aku : Kisah seorang budak lelaki yang terselamat dalam kejadian gempa bumi di Sichuan, China yang patut dijadi kan satu tauladan untuk di ikuti dan di contohi. Walaubagaimana pun aku bukan nak fokus pada budak itu tapi pada bendera yang di pegang nya. Cuba perhati kan budak lelaki mangsa gempa bumi itu, mengibarkan bendera Negara China dalam keadaan terbalik sebagai simbol atau isyarat “Nation in Distress” akibat gempa bumi yang melanda.

Agak nya ini lah yang cuba nak diberi tahu oleh blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (kickdefella.wordpress.com), bahawa mengibar bendera secara terbalik itu bukan satu kesalahan atau di anggap tidak menghormati bendera, sebalik nya untuk menunjuk kan ketidaktentuan/keadaan kesedihan/keadaan yang mendukacitakan dalam negara. Mungkin di Negara lain, berbuat begitu tidak menjadi masaalah tapi di Malaysia bagaimana???..jangan cari pasal......

20 September 2008

After three nights, blogger's out

Blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (kickdefella.wordpress.com) was released from police custody at 1pm today after being detained for three nights by the Commercial Crimes Investigation Department (CCID).

- Berita sebelum ini 'Seorang lagi blogger ditahan'

Sumber: Malaysiakini.com

BN TERUS MEMERINTAH NEGARA

Tarikh 16 September yang dicanang kan oleh DSAI setiap hari memang memberi kesan terutama nya kepada BN umum nya dan UMNO khas nya. Bagi kita rakyat biasa, mungkin kita kata tak kesah. Jadi takpe, tak jadi pun takpe. Bagi UMNO tarikh itu memang merimaskan mereka dan apabila tarikh itu berlalu tanpa apa-apa perubahan mereka menarik sedikit nafas lega. Lihat lah photo diatas, sehelai bunting/banner yang digantung di Bangunan UMNO. Sebelum ini tak pernah pun UMNO cerita pasal penubuhan Malaysia. 20 tahun lebih dah aku tinggal disini tak pernah sekali pun....,aleh aleh semalam,aku tengok benda tu dah tergantung. Message yang aku nampak dibunting tu ialah nak bagi tahu yang BN masih berkuasa. Ini ayat yang tertulis ' 16 SEPTEMBER 2008, SEMPENA HARI PENUBUHAN MALAYSIA BN TERUS MEMERINTAH NEGARA'. Tak tahu lah pulak sama ada bunting/banner yang tersebut digantung di semua bangunan UMNO seluruh Malaysia. Ada teman-teman lain nampak ??...

Sekian

19 September 2008

ISA: Teresa Kok dibebaskan

Sep 19, 08 1:19pm

Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini selepas disiasat selama seminggu. Beliau dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur jam 1 petang.

Beliau berada di balai polis berkenaan selama 40 minit untuk proses urusan pembebasan sebelum keluar bersama ibu bapanya (foto kiri), peguamnya Sankara Nair dan pembantunya Mandy Ooi.


DAP memaklumkan satu sidang media berhubung pembebasan itu akan diadakan di ibu pejabatnya di Petaling Jaya jam 3.30 petang.

Exco kanan kerajaan Selangor itu ditahan bawah ISA menjelang tengah malam Jumaat lepas.

Beliau antara tiga orang yang ditahan minggu lalu bawah kontroversi itu selepas penangkapan editor Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng. Tan dibebaskan Sabtu lepas, sementara Raja Petra masih ditahan.


Untuk berita penuh sila ke Malaysiakini.com atau Utusan online


Turunkan harga minyak serta merta !

Image courtesy of The Star Online


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak agar Kerajaan Malaysia menurunkan serta merta harga minyak petrol dan diesel dipasaran. Berdasarkan laporan agensi tenaga dari Amerika, Energy Information Administration harga minyak dunia telah mengalami penurunan yang banyak bermula dari minggu keempat bulan Julai 2008.
Pada 5 Jun yang lalu, Kerajaan telah memecahkan rekod penderitaan rakyat dengan menaikkan harga minyak petrol sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1.00 setiap liter. Harga baru petrol dan diesel di pam adalah RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.
Pada ketika itu harga minyak dunia adalah sekitar USD 126.06 setong dan pada 6 Jun ia jatuh kepada USD 121.36 setong. Dari tempoh itu hinggalah ke hari ini harga minyak dunia yang tertinggi direkodkan adalah pada minggu pertama bulan Julai 2008 iaitu sebanyak USD 137.11 dan kemudiannya menurun hingga sekarang.
Kerajaan hanya menurunkan harga minyak petrol sebanyak 15 sen dan menjadikan harga baru petrol kepada RM2.55 seliter, manakala harga diesel diturunkan sebanyak lapan sen menjadikan harga baru runcitnya sebanyak RM2.50 pada 23 Ogos 2008. Walaubagaimana pun penurunan itu belum cukup buat rakyat.
Berdasarkan statistik semasa, harga minyak pada minggu pertama bulan September 2008 adalah USD 106.41 setong dan pada minggu kedua bulan September 2008 adalah USD 98.53 setong.
Harga terkini yang dilaporkan sejak awal bulan Ogos 2008 sebenarnya adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan harga semasa Kerajaan mengumumkan kenaikkan harga minyak yang berkuatkuasa pada 50 Jun 2008. Jika mengikut harga minyak dunia sekarang Kerajaan Malaysia sewajarnya menurunkan harga minyak sekurang-kurangnya kepada RM 1.92 seliter iaitu harga asal sebelum 5 Jun 2008.
Pemudawilayah juga akan menghantar memorandum kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada minggu hadapan sekiranya kerajaan enggan menurunkan harga minyak. Seharusnya Kerajaan mengambil langkah segera dan Menteri KPDHEP tidak seharusnya mempermainkan rakyat dengan mewar-warkan akan menurunkan harga minyak tanpa adanya sebarang perlaksanaan segera.
Pemudawilayah mengecam tindakan itu kerana dilihat cuba mengambil kesempatan politik walhal ketika menaikkan harga minyak pada bulan Jun yang lalu Kerajaan bertindak secara mengejut tanpa memberikan gambaran awal pada rakyat.
Oleh itu, Pemudawilayah mendesak Kerajaan menurunkan harga minyak serta merta bagi meringankan beban rakyat pada hari ini.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Sumber : Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

AKU SETUJU !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kiraan harga minyak sekarang 1 barrel(tong) = 159 liter 1 USD = RM3.471
Harga minyak semasa = USD92.92 setong
Dulu USD145 x 3.30 (Rate semasa) / 159 liter = RM3.00 – RM0.30 (Subsidi) =RM2.70
Skrg USD92.92 x 3.47 (Rate semasa) / 159 liter = RM2.03 – RM0.30 (Subsidi) =RM1.73
Kerajaan jual => RM2.55 Harga tanpa subsidi => RM2.03
Kita tanggung kerajaan = RM0.52 per liter.

Skrg kita lak yg subsidi kerajaan bukannya kerajaan kasi kita subsidi

* Kiraan ni dapat dari seorang yg bagi komen guna nickname shardanny dalam Laman TKO. Secara umum nya kiraan tu boleh lah di pakai.

Sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...