Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

13 September 2008

ISA mengganas - Penulis Blog, Exco & Wartawan jadi mangsa

Heboh satu negara gara-gara kebiadapan AHMAD ISMAIL, Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera. Lepas tu bergaduh pulak dengan rakan sebantal UMNO iaitu Koh Tsu Koon, Pemangku Presiden GERAKAN. Ia nya mengingatkan aku kepada peristiwa Operasi Lalang 1987, Plot cerita nya lebih kurang sama. Cuma pemain-pemain utama nya saja yang berbeza.

Pada 1987, apabila timbul persaingan antara pemimpin dua komponen utama Barisan Nasional (BN) - UMNO dengan MCA, politik negara secara tiba-tiba menjadi panas apabila tercetus isu keistimewaan orang Melayu dan isu pendidikan yang dibangkitkan oleh kaum Cina. Pemain-pemain utama ketika itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Tan Sri Muhamad Muhd Taib dan Tan Sri Mohamad Rahmat di sebelah UMNO dan Tan Sri Lee Kim Sai di pihak MCA. Kemuncaknya ialah UMNO mengadakan perhimpunan di Stadium TPCA, Kampung Baru, manakala MCA dan DAP pula mengadakan perhimpunan di sebuah tokong Cina tidak jauh dari Stadium Merdeka. Najib, Muhd Taib dan Mohamad Rahmat berucap berapi-api dengan diiringi jeritan Hidup Melayu. (Aku tak mahu detail kan ucapan mereka - bahaya )

Apabila Operasi Lalang diadakan yang anehnya PAS yang tidak terbabit tetapi entah bagaimana dua pemimpinnya - Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar - turut ditahan di bawah ISA dan apa yang mengecewakan ialah pemimpin-pemimpin besar yang terbabit secara langsung dalam isu politik negara ketika itu, bebas dan mereka berada di luar negara ketika operasi berkenaan.

Operasi Lalang berulang kembali pada 12 September 2008 dan yang jadi mangsa nya buat masa ini adalah Raja Petra, Penulis Malaysia Today, Y.B. Teressa Kok Ahli Parlimen daripada DAP dan juga Tan Hoon Cheng, wartawan daripada akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily. Kesemua penahanan ini berlaku dalam tempoh 12 jam sejak tengah hari semalam. Aku merasakan akan ada lagi tangkapan yang dibuat, cuma nak cari sebab aje..., DSAI tolong lah behati-hati dan berjaga-jaga. Rasa nya tak bagitau pun DSAI dah 'ALERT'

* Sebelum ni Pemimpin Kerajaan pun dok ulang 2,3 kali pasal ISA. Aku dah agak akan ada sesuatu tangkapan akan berlaku waktu terdekat ni.


TAHANAN PERTAMA-RAJA PETRA KAMARUDDIN

Raja Petra & isteri semasa penamaan calun PRK Permatang Pauh 16-8-2008

Siapa yang tidak kenal Raja Petra, seorang penulis laman web/blog Malaysia Today yang mendapat 1 juta hit sehari. Malaysia Today adalah laman web yang paling berani dalam pendedahan berkenaan skandal-skandal yang melibatkan pemimpin-pemimpin Kerajaan Malaysia yang tidak diceritakan di media arus perdana.

Penahanan beliau dibawah ISA dikatakan disebabkan oleh artikel beliau yang menghina Islam. Kalau ini lah alasan penahanan beliau, bagaimana dengan seorang Artis yang bernama Rosnah Mat Aris yang mengutuk Siti Khadijah, isteri Rasulullah SAW yang telah membuatkan umat Islam di Malaysia marah berkenaan kata-kata yang dilemparkan nya di dalam sebuah rancangan di stesen TV, mengapa tidak ditahan. Tun Mahathir dulu pun lagi teruk dia kutuk Rasulullah SAW,tak ada tindakan apa-apa, sebab apa ?, sebab dia perdana menteri. Kasim Ahmad - anti hadis, Astora Jabat, Dr Mashitah yang banyak kata-kata nya mengelirukan umat Islam, mengapa mereka ini langsung tidak diusik, sedang kan mereka ini lah antara yang menyumbang dalam mengelirukan umat Islam di Malaysia.

Oleh itu aku berpendapat Raja Petra ditahan bukan sebab artikel beliau yang menghina Islam ( Pemimpin Kerajaan BN/UMNO nak cerita pasal Islam, nak tergelak...). Penahanan nya lebih kepada pendedahan berani beliau sebelum ini. Harap bersabar RPK.....


Siapa dia ni ? sebelum ni aku tak kenal pun. Rupa nya dia adalah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina daripada Sin Chew Daily. Apa sebab beliau pun di tahan ISA ??. Dikatakan sebab penahanan beliau adalah kerana penulisan berita berkenaan kenyataan Ahmad Ismail, Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera dalam ucapannya semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang menyatakan Cina adalah kaum pendatang di Malaysia.

Apa yang pelik dan membuat aku kehairanan ialah, apabila Ahmad Ismail yang terang-terangan mengaku beliau menyatakan sedemikian dan berdegil untuk tidak meminta maaf dan terus menerus menghentam masyarakat Cina sehingga ada penyokongnya yang sengaja mengoyak gambar Koh Tsu Koon, hanya dikenakan hukuman dalaman parti sahaja dan tidak di tahan atau disoal siasat sedang kan telah ada lapuran Polis yang di buat terhadap beliau. Sepatut nya Ahmad Ismail boleh ditahan di bawah samada AKTA HASUTAN atau pun ISA, kerana apa yang dilakukan oleh banjingan ini adalah amat serius yang boleh mencetuskan rusuhan kaum. Kalau tidak masa kan ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal terpaksa beri amaran yang secara 'indirect' nya ditujukan kepada Kerajaan BN/UMNO. Ketika isu yang membabitkan Ahmad Ismail telah hampir reda, tercetus satu lagi kontroversi membabitkan ketua pembangkang di DUN Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, yang juga setiausaha Umno negeri dan ahli DUN Penaga. Dalam satu sidang akhbar, Azhar telah mensasarkan wartawan Sin Chew Daily,Tan Hoon Cheng, Azhar dilaporkan berkata bahawa apa yang ditulis itu boleh mencetuskan rusuhan kaum dan jika ia berlaku, maka wartawan tersebut sepatutnya ditembak. Sila klik disini untuk cerita penuh.

Kesian engkau wahai Tan Hoon Cheng, engkau tulis apa yang Ahmad Ismail cakap dan Ahmad Ismail pun tak nafikan apa yang dia cakap. Engkau kena tangkap ISA, dia tidak....Undang-undang apa kah yang kita nak panggil kalau bukan undang undang rimba.


TAHANAN KETIGA-Y.B TERESSA KOK

Penahanan Teressa Kok ini dikatakan berpunca dari isu berkaitan dengan penulisan papan tanda Jawi di Kuala Lumpur dan juga kenyataan Teressa Kok berkenaan laungan azan seperti yang difitnah oleh Khir Toyo sehingga mencetus keadaan yang tidak selesa. Beliau yang juga exco kerajaan Selangor ditahan pada jam 11:18 malam ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...