Oleh SHARILFUDDIN SAARI
KUALA LUMPUR 14 Sept. – Penahanan tiga orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin adalah keputusan kerajaan dan ia tidak sepatutnya dipersoalkan oleh mana-mana menteri termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberi peringatan itu sebagai reaksinya kepada kenyataan Zaid di Kota Bharu hari ini bahawa kerajaan tidak sewajarnya menggunakan ISA untuk menahan mereka sebaliknya perlu diadili mengikut sistem perundangan negara.
Menurut beliau, tindakannya meluluskan penahanan di bawah ISA itu adalah bagi pihak kerajaan yang memerintah, selaras dengan kedudukannya sebagai menteri Kabinet, bukannya ‘orang di luar kerajaan’.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan bahawa Malaysia akan berdepan krisis pemerintahan jika setiap menteri yang ada pandangan tersendiri mula mempersoal dan membahaskan tugas menteri yang lain secara terbuka melalui media.
“Zaid ada dalam Kabinet, jika dia ada pendapat yang tersendiri, dia seharusnya membawa kepada Perdana Menteri. Jika setiap ahli Kabinet yang ada pendirian sendiri berbahas secara terbuka dalam media, kita akan berdepan dengan krisis pemerintahan.
“Kalau seorang ahli Kabinet melaksanakan tugasnya, yang lagi satu mengkritiknya secara terbuka, saya tak tahu ke mana kita dan saya tak tahu apa akan terjadi,” katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam kenyataannya kepada pemberita hari ini, Zaid yang tidak bersetuju dengan penggunaan ISA dalam penahanan terbaru itu memberitahu, pelbagai undang-undang terdapat di negara ini yang boleh digunakan bagi mengadili atau menghukum individu yang dikatakan menimbulkan ketegangan kaum. Berita Penuh sila klik Utusan Malaysia On-line
Komen Aku : Sejak Pak Lah menerajui Kerajaan memang banyak keputusan, tindakan atau pengumuman yang mengarut dan tidak konsisten yang diambil oleh Kerajaan tapi di YES kan oleh YES MAN dalam kerajaan. Walaupun mungkin dalam hati kebanyakan Ahli-ahli politik kerajaan, pembuat dasar kerajaan dan pegawai tinggi kerajan tidak bersetuju, namun terpaksa jugak angguk, tapi sampai bila ??. Lama kelamaan ia nya menjadi duri dalam daging dan api dalam sekam atau macam iceberg. Mungkin Zaid Ibrahim dah tak boleh nak tahan dah, maka diluah kan lah apa yang terbuku dihati.
Syed Hamid kata perlu ada semangat setiakawan. Semangat setiakawan memang bagus. Aku masa pergi Team Building pun ditekan kan bersungguh sungguh semangat setiakawan ini.
Aku pulak kata Polis ada semangat setiakawan, Penyamun pun ada semangat setiakawan. Syed Hamid nak pilih Konsep setiakawan yang mana??.. Setiakawan Polis ke? atau setiakawan Penyamun ??...tak ingat ke cerita P. Ramlee yang mana antara dailog nya ialah "kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan". Kepada yang faham apa yang tersirat bagus lah, pada yang tak faham, nasib kau lah Labu....
Sekian
No comments:
Post a Comment