Kami kru yang mengendalikan laman blog ini (sebenar nya aku sorang aje dong.. ) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat dimana sahaja anda berada, juga kepada pengunjung yang pernah singgah di blog ini, mohon ampun maaf zahir dan batin. Walau pun hanya sekadar Blog tapi bagi aku ia mampu membuat orang ketawa, menangis, hiba, insaf, marah, geram, sakit hati dan yang paling bahaya ia lah membuat orang boleh ditahan tanpa bicara...Akta apa itu???
Hari ini hari terakhir berpuasa di bulan Ramadhan. Besok 1 Syawal (1 Oktober 2008) dan semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagi kanak-kanak memang ia amat menyeronok kan, dapat baju & kasut baru, dapat duit raya, main bunga api ( boleh ke ??..aku tak pasti). Mereka tidak peduli bapak ada duit ke tidak untuk beli keperluan mereka..., begitu lah seronok nya jadi kanak-kanak. Aku terkenang masa umur 5 atau 6 tahun, bagaimana aku tidur dengan kasut baru pada malam hari raya, emak dan bapak aku nak tanggalkan, aku tak bagi. Anak bongsu aku pun buat benda yang sama macam aku... Seronok kan jadi bebudak!!!, tapi P.Ramlee dah tulis dalam lagu yang aku tak boleh dengar bila hari raya iaitu 'Dendang Perantau'.Aku akan menangis bila dengar lagu ini dalam suasana hari raya, tapi hari lain OK pulak !!!. Bait bait nya yang berbunyi :
apa kan daya masa tak akan kembali...
hancur musnah lah semua nya..
impian yang murni tinggal menjadi, kenang kenangan ku
hanya rangkaian kata dengan lagu
Dendang Perantau.
Bagi remaja lain pula, kadang-kadang kerenah mereka lebih teruk dari kanak-kanak. Mereka akan berpasang-pasangan kesana kemari atas tiket hari raya. Di rumah mereka akan menghadap TV. Mereka tidak mahu menziarahi kaum keluarga / saudara mara walau pun dipaksa. Mereka hanya dengan kumpulan mereka. Walau pun tidak semua begitu, tapi itu lah realiti nya. Bagi Ibu & bapa pulak keadaan bercampur baur. Gembira ada, sedih ada, Pening kepala pun ada. Bagi aku, aku gembira menyambut hari raya tahun ini kerana anak-anak telah membesar dan keluarga aku, Allahdulillah seperti 'rumah ku surga ku'. Cuma oleh kerana harga barang yang melambung naik yang disebab kan oleh kenaikan harga minyak menyebab kan aku sekeluarga membeli keperluan ala kadar saja sebab lepas raya kita masih perlu terus kan kehidupan kan....!!!
Aku jugak sedih dan insaf kerana ada antara kawan dan rakan aku telah tiada. Hari raya tahun tahun lepas mereka ada tapi hari raya tahun ini mereka telah kembali kerahmatullah. Al-Fatihah untuk mereka. Insaf kerana mungkin tahun depan aku jugak mungkin tak berpeluang menyambut Hari raya seperti mereka. Seperti Hari raya yang lepas lepas, aku sekeluarga akan menziarahi pusara ibu dan bapa di Kg.Kuantan, Kuala Selangor. Selepas itu terus ke Ipoh untuk menziarahi pusara ibu dan bapa isteri aku dan berhari raya disana. Hari Isnin kembali bekerja.... Sekian.
Allah Hu Akbar !!
3 comments:
selamat hari raya, bertemu kita di ipoh, Insyallah
ahmad, selamat hari raya dan semoga Tuhan memberkati u dan keluarga sama sekali
Thanks Johnny Ong
Post a Comment