Kalau tanya aku, aku pun hairan sebab nama-nama yang terlibat dalam isu-isu panas ini adalah seperti Ahmad Ismail, Tan Hoon Cheng, Khir Toyo, Teressa Kok, Raja Petra, Datuk Seri Najib dan mungkin ada beberapa nama yang aku tak tahu. Cuba lah lihat siapa yang kena dan siapa pulak yang tak kena.
Walau bagaimana pun aku respek dengan Dato' Seri Syed Hamid Albar. Beliau begitu yakin dan lancar apabila berdepan dengan wartawan walau pun banyak hujah nya boleh di pertikaikan , tidak seperti Pak Lah yang kalau bercakap, kita tak paham apa yang diperkatakan. Dalam Berita TV3 Jam 8.00, tak nampak pulak Pak Lah bagi Komen. Mana dia pergi ????...
Beliau juga banyak memberi kredit kepada pihak Polis. Aku tak pernah buruk sangka dengan Polis, cuma yang menyebabkan orang marah dan menyampah dengan Polis ialah kerana Polis terpaksa mengikut arahan Ahli-ahli politik kerajaan dalam mempertahankan kedudukan mereka.
* Dalam temuramah secara langsung di studio TV3, Pengacara minta komen Syed Hamid tentang kenyataan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang mendakwa ada lebih kurang 15 nama dalam senarai yang mungkin ditangkap. Syed Hamid kata dia tak ada maklumat tersebut dan minta Salahuddin bagi pada dia. Betul ke dia tak tahu??...sama-sama lah kita tunggu dan lihat.
Sekian
No comments:
Post a Comment