Abdullah Dan Najib Tukar Portfolio Kementerian, Komited Dengan Peralihan Kuasa
PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertukar portfolio pertahanan dan kewangan sebagai sebahagian daripada proses penyerahan kuasa daripada Perdana Menteri kepada timbalannya itu pada Jun 2010.
Kedua-dua pemimpin juga komited dengan tempoh peralihan kuasa seperti yang ditetapkan sebelum ini, dan untuk pemilihan Umno pada Disember ini, Abdullah akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan Najib sebagai Timbalan Presiden parti.
Bercakap pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Najib di sini hari ini, Perdana Menteri berkata portfolio kewangan adalah penting dalam mengambil kira situasi ekonomi semasa dan ketidaktentuan ekonomi dunia.
Katanya beliau yakin Najib akan dapat melaksanakan peranannya yang amat penting itu terutama dalam memastikan ekonomi teguh dan kuat menghadapi cabaran.
Abdullah berkata dengan kedudukan Najib sebagai Menteri Kewangan kini, beliau (Najib) boleh memainkan peranan yang lebih penting apabila berada di New York untuk menghadiri Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan.
Ini kerana, sebagai Menteri Kewangan, Najib akan dapat menemui pelabur dan pengurus dana semasa di New York nanti, kata Perdana Menteri.
Abdullah turut mengumumkan Najib kini mengambil alih jawatan Timbalan Pengerusi Khazanah sejajar dengan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan. Jawatan itu sebelum ini disandang oleh Abdullah. Najib pula berkata langkah Perdana Menteri melantiknya sebagai Menteri Kewangan menggambarkan keikhlasan Abdullah bahawa beliau adalah penggantinya kelak.
"Ia melambangkan keyakinan Perdana Menteri pada saya sebab saya akan sentiasa bincang dan rujuk pada Perdana Menteri, khususnya berkaitan dengan ekonomi, hala tuju ekonomi dan keutamaan ekonomi, supaya dasar-dasar kerajaan lebih jelas dan tepat," kata Najib.
Ditanya mengenai penurunan harga minyak mentah dunia sekarang, Abdullah berkata: "Lagi turun lagi baik." Harga minyak mentah dunia semalam mencatatkan US$92 setong.
Bagaimanapun Abdullah berkata penurunan harga minyak dunia itu juga akan menyebabkan pengurangan pendapatan Petronas. Ditanya sama ada harga pengguna bagi petrol dan diesel akan dikurangkan, Abdullah berkata: "Tunggulah lain kali."
Sumber : BERNAMA http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=359676
Komen Aku:
Pasal tukar portfolio tu ada berbagai spekulasi di dalam benak aku. Tak kan lah hanya kerana untuk menghadiri Persidangan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan terus tukarportfolio. Mengapa tidak sebelum ini. Apa pasal pulak Pak Lah nak pegang portfolio pertahanan, ada apa-apa ke ??, jangan main kasar sudah la.... atau dah tak sanggup nak pikul ekonomi Malaysia yang makin merundum maka letak atas bahu Najib pulak, atau pun persediaan untuk Najib jadi PM sebab Menteri kewangan adalah hiraki tertinggi sebelum PM. DSAI pun sebelum di pecat dari TPM adalah Menteri Kewangan (Klik sini untuk info).
Pasal minyak dunia turun, mengapalah PM aku bercakap tidak menggunakan akal tetapi menggunakan kepala lutut. Dulu minyak naik bila rakyat kata petronas untung, share lah sikit dengan rakyat, beliau kata itu duit PETRONAS, kita tak boleh usik. Sekarang bila minyak dah turun, apa kena mengena pulak dengan rakyat kalau pendapatan PETRONAS kurang. Pi mai Pi mai, rakyat jugak yang kena dan jadi mangsa.
RAKYAT : Pak Lah, minyak global dah turun.
PAK LAH : Baguslah... Apahal pulak ??
RAKYAT : Kita punya minyak bila mau turun?
PAK LAH : Ehhh.. engkorang ni pakai otak lah... kalau minyak global dah turun.. negara kita pun rugi, kitakan negara pengeluar minyak. Nak buat macam mane?
Sekian
No comments:
Post a Comment