Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

16 September 2008

Tidak Kesampaian kah Agenda 16 Sept.??

Barisan pemimpin Pakatan Rakyat menyambut Hari Malaysia ke-45


Lautan manusia menyambut Hari Malaysia ke-45 di Stadium MBPJ Kelana Jaya 15 Sept.2008
Klik sini untuk melihat lebih banyak gambar-bambar sambutan

Syabas DSAI khusus nya dan Pakatan Rakyat amnya. Walau pun sampai saat ini masih belum ada kapastian tentang Kerajaan Baru, tapi bagi aku DSAI tetap telah berjaya berdasarkan dari tindak balas kerajaan. Untuk apa tiba-tiba Pak Lak memaksa Akujanji kepada MP BN ?, untuk apa hantar MP BN ke Taiwan ?, masa bulan puasa pulak tu dan mengapa Pak Lah kerap terbang ke Sabah & Serawak sejak DSAI memukul gendang 16 September. Sedangkan sebelum ini Pak Lah selalu dilihat lebih berminat terbang ke Australia dari tempat lain.

Peralihan Kerajaan bukan sesuatu yang mudah. Yang berkuasa mahu mempertahan kan kuasa nya dari dirampas oleh orang yang tak punya kuasa.


Pak Lah perlu mengakui bahawa majoriti mahu kan beliau turun. Masaalah nya pada siapa kuasa harus diberi sebelum beliau turun. Ada 2 kumpulan yang merebut kuasa dari beliau iaitu kumpulan Tun Mahathir, Najib dan Muhyiddin. Kumpulan satu lagi ialah Pakatan Rakyat yang di ketuai DSAI. Pak Lah pasti turun, Insyaalah, tapi pada siapa harus diserahkan kuasa ?.Itu lah yang membuatkan Pak Lah pening.

Bagi aku, permainan belum tamat, bahkan baru saja bermula. Aku harap DSAI mesti berhati hati sebab sekarang adalah saat kritikal.
Sidang akhbar petang tadi DSAI menyatakan "I'm not joking" dan aku nak tunggu berita malam ini untuk tengok bagaimana pemimpin kerajaan membelasah DSAI dengan bantuan TV3.

Nota : Klik sini untuk melihat lebih banyak gambar-bambar sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium MBPJ Kelana Jaya 15 Sept.2008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...