Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang diserang penyakit jantung. Antaranya asap rokok, tekanan perasaan, kandungan lemak tinggi, kurang bersenam, darah tinggi dan kencing manis.
1. Asap rokok dikenalpasti penyebab utama sakit jantung. Asap rokok ini akan mempercepatkan pembekuan darah, menggalakkan pemendapan lemak pada dinding jantung dan mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
2. Seseorang yang mengalami tekanan perasaan seperti cepat marah, sentiasa bermuram (tidak ceria) akan menyebabkan denyutan jantungnya semakin meningkat dan sekali gus menyebabkan tekanan darahnya turut meningkat.
3. Pengambilan lemak yang terlalu tinggi seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak turut memberi kesan kepada jantung seseorang dan membahayakan kesihatan mereka.
4. Senaman penting menguatkan jantung sekali gus mampu membaiki pengaliran darah ke jantung.
5. Darah tinggi akan menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah, malah keadaan ini menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar peluang serangan sakit jantung.
6. Pesakit kencing manis mempunyai peluang yang lebih tinggi mendapat serangan penyakit jantung
PETUA MENGHINDARI PENYAKIT JANTUNG
"Sedikit perubahan boleh membawa banyak makna dalam hidup anda," Nasihat daripadaPengarah Yayasan Jantung Malaysia yang juga Perunding kardiologi, Datuk Dr Khoo Kah Lin yang menyenaraikan 10 petua untuk mengekalkan jantung yang sihat iaitu :-
Merokok boleh menebalkan darah dan meningkatkan kecenderungannya membeku. Darah beku dalam arteri menuju ke jantung boleh menyebabkan serangan jantung, manakala pembekuan darah dalam arteri ke otak boleh mengakibatkan strok. Sesiapa yang terdedah secara teruk kepada asap rokok juga menerima risiko serangan jantung sebanyak 30 peratus.
Fikir dulu sebelum anda makan. Lebihkan sajian ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan, selain kurangkan daging dan lemak. Ini boleh mengelak pengerasan pada arteri, satu daripada punca tekanan darah tinggi, strok dan penyakit jantung. Perhatikan juga pengambilan garam kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah kepada mereka yang hipertensif. Menyalai, memanggang dan mengukus cara bijak untuk memasak makanan.
Tunjukkan teladan yang baik kepada anak anda supaya mereka tidak mengamalkan tabiat buruk kesihatan. Katakan 'tidak' bagi minuman keras/liquor
3) Kawal berat badan
4) Bersenam selalu
Luangkan 30 minit untuk berjalan ke kedai dan menaiki tangga atau bersukan. Masukkan kegiatan yang anda gemari seperti berenang, bermain badmiton atau berkebun dalam agenda mingguan.
Bertenang menghadapi dugaan hidup yang penuh cabaran. Sentiasa mengukir senyuman pada kehidupan dan relaks kerana ia bukan saja
membuatkan anda bahagia, malah anda akan berasa sihat. Mereka yang agresif , cepat marah dan tidak penyabar cenderung mendapat penyakit jantung.
6) Jalani pemeriksaan tekanan darah untuk mengesan hipertensi
Kaji latar belakang keluarga untuk mengetahui sama ada anda mempunyai keluarga yang menghidap penyakit jantung.
7) Kawal tahap kolesterol
Kurangkan pengambilan kuning telur kerana ia mengandungi kolesterol tinggi. Lupakan organ daging. Walaupun ia kaya dengan zat besi dan protein, organ daging juga kaya dengan lemak dan kolesterol.
8) Periksa jika anda ada penyakit kencing manis.
Jika anda berpenyakit kencing manis, anda mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit jantung jika anda gagal mengawal pemakanan dan diri anda.
9) Jalani pemeriksaan kesihatan
Temui doktor setahun sekali untuk menjalani pemeriksaan secara menyeluruh walaupun anda merasakan diri anda sihat. Doktor akan memeriksa untuk mengesahkan status kesihatan anda.
10) Jantung untuk kehidupan
Jaga dan belailah jantung anda supaya anda boleh hidup lebih lama.
Kesimpulan :
Sebenarnya, hidup ini tidaklah begitu susah seperti dibayangkan dan serangan jantung bukan pengakhir zaman. Anda tidak boleh mengubah usia, jantina atau gen, tetapi anda boleh amalkan gaya hidup positif dan memperbaiki kesihatan jantung. Ia cuma memerlukan perubahan minda iaitu sentiasa berfikir proaktif.
Sekiranya anda mengamalkan salah satu antara punca di atas, maka anda mempunyai potensi yang besar untuk diserang penyakit jantung. Antara langkah mengatasi masalah penyakit jantung termasuk berusaha berhenti merokok, melakukan aktiviti bersenam, mendapat rehat yang cukup (for muslim-sentiasa jaga solat & hubungan dengan Allah - manusia yang memberikan ketenangan jiwa) dan mengambil ubat seperti yang diarahkan.
"Jadi, jika anda belum terfikir untuk membelai jantung anda, hari ini adalah hari terbaik untuk memulakannya"
No comments:
Post a Comment