
Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 9 malam ini waktu Malaysia.
“Sebuah kereta yang mengandungi bahan letupan merempuh pintu pagar Hotel Marriot malam ini dan setakat ini jumlah kematian mencecah 40 orang.
“Bagaimanapun jumlah kematian dijangka terus meningkat dan serangan ini dipercayai satu serangan berani mati,” kata Ketua Polis Islamabad, Asghar Raza Gardazi. Ujar beliau, kebanyakan mangsa mati akibat terjun dari bangunan setinggi enam tingkat itu.
Hotel tersebut yang terkenal sebagai penginapan pilihan di kalangan pelancong asing dilaporkan rosak teruk dan berpuluh-puluh kenderaan dilaporkan turut musnah. Api yang marak turut memusnahkan beberapa tingkat bangunan hotel berkenaan.
Sejam sebelum kejadian, Presiden yang baru dilantik Asif Ali Zardari melakukan ucapan pertama di Parlimen yang terletak beberapa ratus meter dari hotel berkenaan.
Ini merupakan kejadian serangan bom kali kedua di hotel 290 bilik itu, namun letupan hari ini merupakan yang paling teruk dilaporkan pernah berlaku di ibu negara Pakistan.
– Reuters

No comments:
Post a Comment