Tarikh 16 September yang dicanang kan oleh DSAI setiap hari memang memberi kesan terutama nya kepada BN umum nya dan UMNO khas nya. Bagi kita rakyat biasa, mungkin kita kata tak kesah. Jadi takpe, tak jadi pun takpe. Bagi UMNO tarikh itu memang merimaskan mereka dan apabila tarikh itu berlalu tanpa apa-apa perubahan mereka menarik sedikit nafas lega. Lihat lah photo diatas, sehelai bunting/banner yang digantung di Bangunan UMNO. Sebelum ini tak pernah pun UMNO cerita pasal penubuhan Malaysia. 20 tahun lebih dah aku tinggal disini tak pernah sekali pun....,aleh aleh semalam,aku tengok benda tu dah tergantung. Message yang aku nampak dibunting tu ialah nak bagi tahu yang BN masih berkuasa. Ini ayat yang tertulis ' 16 SEPTEMBER 2008, SEMPENA HARI PENUBUHAN MALAYSIA BN TERUS MEMERINTAH NEGARA'. Tak tahu lah pulak sama ada bunting/banner yang tersebut digantung di semua bangunan UMNO seluruh Malaysia. Ada teman-teman lain nampak ??...
Sekian
Sekian
No comments:
Post a Comment