Silaturrahim bersama teman-teman ICMI
Selanjutnya Klik sini - sumber anwaribrahimblog.com
Pemukiman BNBBC ke luar negara berfaedah
KUALA LUMPUR 5 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau selaku Ketua Whip Barisan Nasional (BN) telah meluluskan pemukiman Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) ke luar negara pada bulan ini kerana program itu berfaedah.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pemukiman atau lawatan sambil belajar mulai 7 hingga 19 September itu adalah peluang baik untuk mendedahkan wakil rakyat BN terhadap pelbagai perkara baru.
''Ya, saya meluluskan (pemukiman) ini yang merupakan hasil daya usaha BNBBC dan mereka boleh memilih lokasi di mana saja dan menganjurkannya pada bila-bila masa jika program berkenaan membina,'' katanya. Selanjutnya Klik sini - sumber utusan online
dan lagi berita berkaitan di bawah.............
Program pemukiman bukan halang wakil rakyat BN
KOTA KINABALU 5 Sept. - Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) menafikan bahawa program pemukiman di luar negara kelab itu bertujuan menghalang wakil rakyat BN menyertai pembangkang yang diuar-uarkan akan menubuhkan kerajaan baru pada 16 September ini.
Timbalan Pengerusi BNBBC, Datuk Bung Moktar Radin menegaskan, tuduhan tersebut tidak benar sama sekali dan pada masa yang sama, hanya 70 peratus Ahli Parlimen yang akan menyertai program itu.
''Program ini tidak ada kena mengena dengan dakwaan pembangkang yang kononnya mengatakan akan ada Ahli-ahli Parlimen BN melompat parti sebelum 16 September ini.
''Program ini bertujuan untuk pendidikan dalam bidang pertanian dan BNBBC pun belum memutuskan siapa akan pergi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, turut menafikan perkara yang sama dan memberitahu program yang dirancang dari 7 hingga 19 September itu adalah untuk lawatan sambil belajar. Selanjutnya Klik sini - sumber utusan online
Hai Datuk Seri Najib!! duit siapa la yang akan di ambil nanti untuk "retreat" ini ?? duit poket Datuk Seri ke?? atau duit Pak Lah ke?? atau duit mereka sendiri ke?? atau duit UMNO ke?? atau duit BN ke?? atau duit KERAJAAN MALAYSIA ke??. Kalau duit Kerajaan Malaysia yang digunakan untuk membiayai "retreat" ini tentu sekali ia adalah duit rakyat Malaysia. Duit rakyat Malaysia termasuk lah duit pembayar cukai dan duit pembayar cukai termasuk lah duit aku. Kalau guna duit sendiri takpe lah jugak kan!!. Untuk apa mereka buat semua ini ???..tidak lain dan tidak bukan hanya lah untuk mempertahankan KUASA dua tiga kerat manusia yang sekarang ini ibarat telur dihujung tanduk. Tidak pernah berlaku dalam bulan Ramadhan pergi "retreat" kat luar negara... betul-betul tak masuk akal atau pun mereka ini semua menganggap yang aku dan kita semua ini budak kecik yang tak berakal. Beri apa alasan pun semua orang akan kata betul. Mengapa lah tak serik-serik lagi nak menipu.....
Lagi satu yang aku hairan, kata tak akan ada MP BN yang nak lompat...Habis tu yang Phobia tu pasal apa pulak ??...mula-mula buat akujanji. Oleh kerana ada MP yang tak nak sain, maka di buat pulak "retreat" supaya pada 16 Sept. 2008 nanti MP-MP yang nak lompat tidak berada di dalam negara dan lepas itu pada 17 Sept. 2008, terpampang lah nanti di muka depan akhbar perdana " ANWAR PEMBOHONG - 16 Sept. tidak jadi kenyataan" dan tajuk-tajuk lain seumpama nya.
Nak di jadi kan cerita, DSAI pun keluar negara, tapi tak jauh la.... ke Indonesia aje untuk lawatan sambil kerja dan jumpa sahabat-sahabat di sana. Hai pelik bin ajaib, di Malaysia ni banyak sungguh perkara yang berlaku secara kebetulan.
Aku berpendapat bahawa DSAI banyak memperolehi pengajaran dan pengalaman semasa di dalam UMNO. Pengalaman ini digunakan oleh DSAI sebaik mungkin untuk mengharubirukan kembali UMNO/BN. Mungkin cerita 16 Sept. pada awal nya adalah paluan gendang kosong oleh DSAI. Bila acapkali disebut maka ia nya menyerap masuk kedalam minda semua rakyat termasuk lah pemimpin peminpin parti yang berkuasa di peringkat pusat. Nampak nya paluan DSAI semakin membuahkan hasil. Taktik dan cara ini kerap digunakan oleh Tun Mahathir semasa pemerintahan beliau.
Semoga diizinkan ALLAH, DSAI dapat membentuk Kerajaan Baru pada 16 Sept. 2008 ini bagi menyelamatkan Malaysia demi untuk kemakmuran rakyatnya, tapi kalau tak jadi pun aku tak rugi apa-apa..........betul tak??
* Artikel terbaru yang ada kaitan BN-BBC Pergi Lawatan Belajar Bila Balik Kerajaan Dah Bertukar
No comments:
Post a Comment