Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

19 September 2008

Turunkan harga minyak serta merta !

Image courtesy of The Star Online


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak agar Kerajaan Malaysia menurunkan serta merta harga minyak petrol dan diesel dipasaran. Berdasarkan laporan agensi tenaga dari Amerika, Energy Information Administration harga minyak dunia telah mengalami penurunan yang banyak bermula dari minggu keempat bulan Julai 2008.
Pada 5 Jun yang lalu, Kerajaan telah memecahkan rekod penderitaan rakyat dengan menaikkan harga minyak petrol sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1.00 setiap liter. Harga baru petrol dan diesel di pam adalah RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.
Pada ketika itu harga minyak dunia adalah sekitar USD 126.06 setong dan pada 6 Jun ia jatuh kepada USD 121.36 setong. Dari tempoh itu hinggalah ke hari ini harga minyak dunia yang tertinggi direkodkan adalah pada minggu pertama bulan Julai 2008 iaitu sebanyak USD 137.11 dan kemudiannya menurun hingga sekarang.
Kerajaan hanya menurunkan harga minyak petrol sebanyak 15 sen dan menjadikan harga baru petrol kepada RM2.55 seliter, manakala harga diesel diturunkan sebanyak lapan sen menjadikan harga baru runcitnya sebanyak RM2.50 pada 23 Ogos 2008. Walaubagaimana pun penurunan itu belum cukup buat rakyat.
Berdasarkan statistik semasa, harga minyak pada minggu pertama bulan September 2008 adalah USD 106.41 setong dan pada minggu kedua bulan September 2008 adalah USD 98.53 setong.
Harga terkini yang dilaporkan sejak awal bulan Ogos 2008 sebenarnya adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan harga semasa Kerajaan mengumumkan kenaikkan harga minyak yang berkuatkuasa pada 50 Jun 2008. Jika mengikut harga minyak dunia sekarang Kerajaan Malaysia sewajarnya menurunkan harga minyak sekurang-kurangnya kepada RM 1.92 seliter iaitu harga asal sebelum 5 Jun 2008.
Pemudawilayah juga akan menghantar memorandum kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada minggu hadapan sekiranya kerajaan enggan menurunkan harga minyak. Seharusnya Kerajaan mengambil langkah segera dan Menteri KPDHEP tidak seharusnya mempermainkan rakyat dengan mewar-warkan akan menurunkan harga minyak tanpa adanya sebarang perlaksanaan segera.
Pemudawilayah mengecam tindakan itu kerana dilihat cuba mengambil kesempatan politik walhal ketika menaikkan harga minyak pada bulan Jun yang lalu Kerajaan bertindak secara mengejut tanpa memberikan gambaran awal pada rakyat.
Oleh itu, Pemudawilayah mendesak Kerajaan menurunkan harga minyak serta merta bagi meringankan beban rakyat pada hari ini.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Sumber : Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

AKU SETUJU !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kiraan harga minyak sekarang 1 barrel(tong) = 159 liter 1 USD = RM3.471
Harga minyak semasa = USD92.92 setong
Dulu USD145 x 3.30 (Rate semasa) / 159 liter = RM3.00 – RM0.30 (Subsidi) =RM2.70
Skrg USD92.92 x 3.47 (Rate semasa) / 159 liter = RM2.03 – RM0.30 (Subsidi) =RM1.73
Kerajaan jual => RM2.55 Harga tanpa subsidi => RM2.03
Kita tanggung kerajaan = RM0.52 per liter.

Skrg kita lak yg subsidi kerajaan bukannya kerajaan kasi kita subsidi

* Kiraan ni dapat dari seorang yg bagi komen guna nickname shardanny dalam Laman TKO. Secara umum nya kiraan tu boleh lah di pakai.

Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...