31 March 2010

Sambutan Hari Pahlawan: Selepas 23 tahun, akhir nya kerajaan akur Majlis Fatwa



KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Kerajaan pada Rabu memutuskan lokasi sambutan Hari Pahlawan yang sering diadakan di Tugu Negara pada setiap 31 Julai akan dipindahkan ke Putrajaya, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pemindahan lokasi itu adalah sebagai mematuhi garis panduan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini yang menyatakan sambutan itu tidak boleh diadakan di kawasan yang mempunyai patung menyerupai manusia.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bersama antara Kementerian Pertahanan dan Jabatan Perdana Menteri pada Rabu.

"Pada tahun ini kita akan adakan sambutan di satu tempat yang tertakluk kepada Perdana Menteri tetapi dataran tetap akan dibuat atas persetujuan bersama antara Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Malaysia dan Jakim.

"Elemen-elemen perayaan kali ini akan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jakim dan disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Zahid berkata perkara itu turut dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah beliau meminta permbinaan dataran yang berkeluasan dua hingga tiga ekar itu disegerakan.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata pihaknya akan menimbang cadangan bagi menjadikan dataran itu sebagai tempat perhimpunan yang menepati kehendak Majlis Fatwa Kebangsaan dan pada masa yang sama dapat memberi gambaran kepada masyarakat tentang pengorbanan dan jasa pahlawan-pahlawan negara.

Dalam pada itu, menerusi portal rasmi Majlis Fatwa Kebangsaan, http://e-fatwa.intranetportal.my, telah diwartakan dua fatwa mengenai Hari Pahlawan iaitu amalan seperti tiupan 'Last Post', bertafakur dengan menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan 'Rouse' yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

Selain itu bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu atau di tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak.- http://bernama.com.my

----------------------------------------------------------------------------------------------

Fatwa Berkaitan Tugu Negara

Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan
Tarikh Keputusan : 21 Sep, 1995
Tarikh Mula Muzakarah : 21 Sep, 1995
Tarikh Akhir Muzakarah : 21 Sep, 1995
Oleh : Muzakarah Kali Ke-39

Keputusan
Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.
Aku cuma nak kata:
Alhamdulillah !, setelah 23 tahun fatwa dikeluarkan akhir nya kerajaan akur. Diharap apa yang kerajaan umumkan ini ada lah ikhlas dan tidak mempunyai apa apa motif yang tersembunyi.

Asas nya ada untuk kita merasa curiga kerana sebelum ini pun PAS sebagai pendesak paling kuat supaya amalan kalungan bunga di tugu peringatan dihapuskan. Mungkin suara PAS masa tu tak berapa kuat maka kerajaan tak berapa nak dengar. Sekarang senario nya telah berbeza. Suara PAS sudah semakin kuat. Mahu tidak mahu kerajaan terpaksa ikut dan buat.


Kesimpulan nya, jika kita sebagai seorang Islam sudah tentu gembira dengan perkembangan ini.
Sekian......dan dibawah ini aku paparkan keyataan media Ketua Penerangan PAS Pusat untuk direnung dan dikongsi bersama.

KENYATAAN MEDIA
TUGU: AKHIRNYA UMNO HENTI AMALAN SYIRIK DAN AKUR
TEGURAN PAS, MAJLIS FATWA


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan syukur kepada Alllah swt kerana akhirnya Umno-BN mengumumkan akan berhenti melakukan upacara meletakan bunga dan bertafakur di hadapan Tugu Negara yang jelas perbuatan syirik dan khurafat.

Pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam membuktikan dakwaan PAS selama ini bahawa perbuatan itu adalah dosa besar Umno kepada Allah swt adalah benar. Beliau yang juga Naib Presiden Umno, mengumumkan semalam bahawa Upacara memperingati Hari Pahlawan tidak akan dilakukan di Tugu Negara lagi mulai tahun ini dan akan dipindahkan di Putrajaya dalam bentuk majlis yang berbeza.

PAS tegas menolak amalan meletakan bunga dan bertafakur di Tugu Negara setiap 1 Julai sempena Hari Pahlawan, dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang berbincang pada 6 – 7 Oktober, 1987 juga telah mengeluarkan fatwa berhubung isu ini. Ianya adalah amalan yang bercanggah dengan Islam dan syirik.

Rakyat, khususnya kaum Melayu selalu bertanya. Apa beza PAS dan Umno? dua-dua parti yang dipimpin Melayu dan Islam, kenapa tidak boleh bersatu?

PAS berharap, isu Tugu Negara ini membuka mata rakyat bahawa PAS dan Umno memang jelas berbeza. Walaupun Umno mengaku Islam tetapi mereka jelas menolak syariat Islam yang ditetapkan oleh Allah swt.

Isu ini juga jelas membuktikan bahawa Islam dan Politik tidak dapat dipisahkan. PAS yakin, Umno akhirnya mengambil keputusan ini setelah tertekan bila mana PAS serius membawa isu ini hinggalah ke pentas Politik.

Walaupun Umno mempunyai Biro Agama dan Menteri Agama, tetapi mereka mengambil masa 23 tahun untuk memahami Fatwa Majlis Kebangsaan. Hakikatnya perkara ini tidak perlu dibawa ke Majlis Fatwa jika Umno benar-benar memahami Islam dan berjuang atas nama Islam. Walaupun Umno bangga mengatakan mereka berjaya membawa syiar Islam dengan wujudnya Tabung Haji, Pusat Zakat, Masjid-masjid besar dan sebagainya, tetapi 23 tahun mereka menafikan Fatwa syirik yang dikeluarkan Majlis Fatwa.

Allah sendiri memperingatkan dalam Al-Quran, bahawa semua dosa besar akan diampunkan kecuali Syirik. Dan jelaslah bahawa saranan Majlis Fatwa ini serius dan Umno-BN telah menyesatkan rakyat dengan melakukan upacara syirik ini sejak tahun 1963 iaitu tarikh ia dibina dengan kos RM 1.3 juta ketika itu.

PAS menghormati pengorbanan dan jasa pahlawan negara. Oleh itu PAS mahu majlis kesyukuran dan tahlil serta memberikan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga pahlawan yang telah gugur menjadi program rasmi sempena Hari Pahlawan. Bukannya bertafakur dan membazir duit untuk meletakan bunga ditugu yang tidak bernyawa itu.

PAS juga berharap agar Umno menghapuskan semua amalan syirik dan khurafat yang mereka lakukan termasuk amalan menepung tawar dan menabur beras kuning seperti yang dilakukan oleh Datuk Ismail Sabri dalam Majlis pelancaran Van Umno Bahagian Wangsa Maju minggu lepas.

PAS yakin rakyat semakin cerdik dan melihat siapa sebenarnya yang memperjuangkan Islam dan siapa sebenarnya yang mengkhianati Islam.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

30 March 2010

Din Beramboi Koma, terkena virus rats pee



PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Mior Ahmad Fuad atau Din Beramboi dimasukkan ke Hospital Selayang semalam dan berada dalam keadaan koma.

Bagaimanapun, pengarah dan pelakon, Afdlin Shauki ketika dihubungi mStar Online memberitahu bahawa doktor masih lagi menunggu sehingga 24 jam bagi melihat perkembangan Din sama ada stabil atau tidak.

"Doktor mengesahkan Din telah terkena virus kencing tikus, namun masih lagi mencari punca air kencing tersebut dari mana, sama ada dari pemakanan, jangkitan ataupun secara langsung.

"Saya difahamkan ketika itu, Din sedang melakukan penggambaran untuk programnya bersama binatang di Zoo baru-baru ini.

"Saya juga difahamkan berlaku pendarahan dalaman dan buat masa ini dia masih lagi dalam keadaan koma dan kritikal," jelasnya.

Sementara itu, menurut jurucakap Airtime Management Programme (AMP), pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca sebenar penyampai itu dikejarkan ke hospital.

"Kita akan memberitahu pihak media jika ada apa-apa perkembangan mengenai Din.

"Sama-sama kita doakan supaya beliau kembali sihat," katanya.

Begitu juga beberapa rakan DJ turut mengesahkan yang mereka juga menerima berita mengenai keadaan Din Beramboi.

Mereka menyatakan rasa terkejut dan sedih.

DJ Suria FM, Lin melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online menyatakan bahawa mereka semua berhasrat untuk menziarahi Din Beramboi di hospital esok. - www.mstar.com.my

* Organ dalamannya telah berhenti dan gagal berfungsi dan doktor memberikan tempoh 24 hingga 48 jam untuk abang Din. Sama-sama, kita doakan agar semuanya selamat dan cepat sembuh. Amin.

Terbaru, Din Beramboi sedang memerlukan darah jenis “O” untuk dengan kadar segera. Jadi kepada pembaca Sensasi Selebriti yang berdarah O, sila ke hospital selayang untuk dermakan darah anda… Urgent, tolong sebarkan!- http://www.budiey.com

Aku cuma nak kata:
Pagi pagi dengar celoteh merapu dia dengan Aznil membuatkan aku gelak sorang sorang. Aku doa kan semoga beliau cepat sembuh. Amin!!!


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


Maut dilanggar ketika sedang mengisi minyak (Video CCTV)-Updated: Video telah didelete 2/4/2010

KUALA LUMPUR 29 Mac – Seorang lelaki yang sedang mengisi minyak keretanya maut apabila dilanggar sebuah kereta yang terbabas akibat satu kemalangan di sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah dekat sini Ahad malam.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning berkata, mangsa, Mohd. Yusri Abdul Wahab, 32, dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan disahkan meninggal dunia 2.15 pagi tadi akibat kecederaan parah di kepalanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa baru sampai ke stesen minyak berkenaan dan kemudian keluar untuk mengisi minyak keretanya jenis Proton Iswara.

"Sedang mangsa mengisi minyak, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Hyundai Getz yang merempuh mangsa dan mengakibatkan mangsa cedera parah di keseluruhan badannya.”

"Siasatan awal mendapati Hyundai Getz yang dipandu oleh seorang perempuan berusia 23 tahun itu terbabas, setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di jalan raya berhampiran stesen minyak itu.

“Pemandu perempuan itu hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Polis sedang mengambil keterangan daripada pemandu kereta jenis Hyundai Getz itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Aku cuma nak kata:
Apa apa pun Al-Fatihah disedekah kan untuk arwah yang menjadi mangsa. Kesilapan orang lain, orang lain yang terima padahnya menjadikan ianya dipanggil takdir atau sudah sampai ajal.

Di bawah adalah video dari CCTV. Kalau di perhatikan kereta yang dikatakan terbabas itu langsung tidak nampak macam nak membrek pun. Nampak meluncur laju macam tekan pedal minyak.


Nasib baik impak dari pelanggaran tersebut tidak melibatkan kebakaran dan letupan. Kalau tidak, pasti lebih ramai lagi yang akan tercedera dan terkorban.


Sekian

Info dari Pasejati : Mangsa tu adalah suami kepada jururawat hukm kat tempat aku... perempuan cina 23 tahun mabuk..lari lepas langgar kereta orang lain sebelum kemalangan tu..takde lesen.. sedih tengok anak merangkak keluar dari kereta..al fatihah

update: 2 April 2010
Nota: Atas permintaan waris dan sahabat Allahyarham supaya tidak lagi menyiarkan video tersebut di dalam blog ini (sila rujuk ruang komen). Oleh itu aku delete link video tersebut dan aku meminta maaf kepada keluarga dan sahabat Allahyarham atas kesilapan aku. Terima Kasih

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!

Live-Sidang Dun Perak-30 Mac 2010

(Thanks to anilnetto.com)

Live-Perak State Assembly sitting

We will be following what’s happening in and around the Perak State Assembly this morning.

*Untuk Live update serta gambar gambar yang lain sila ke-
1. http://anje-online.blogspot.com
2. http://idhamlim.blogspot.com

28 March 2010

Tun M tepuk air di dulang terpercik muka sendiri



Dr M: Kepercayaan Melayu terhadap Umno terhakis
Jimadie Shah Othman-Mac 27, 10

Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Menurut Mahathir, prestasi Umno pada pilihan raya tahun 2008 adalah terlalu buruk dan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.

“Kita lihat seolah-olah kerajaan memberi layanan kepada mereka daripada apa yang ada pada kita. Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana ada sipolan yang tak tau Umno dan BN hampir kalah.

Jangan biadap

“Masa saya jadi PM, ada juga tuntutan, tapi jangan la biadap ,” kata Mahathir.

Beliau berkata tuntutan dan desakan pada zaman itu tidaklah sebiadap seperti hari ini.

“Saya bukan rasis, saya keturunan orang Melayu.nak aman,hidup rukun dan damai.negara dapat dibangunkan. hampir 50 tahun tak ada masalah yang besar dihadapi kecuali tahun 1969 dan 1987. Tak ada tuntutan yang bukan bukan dari mana-mana pihak..

“Zaman Tunku (Abdul Rahman), Tun Razak, (Tun) Hussein dan zaman saya, tak ada tuntutan yang bukan-bukan. Apa yang saya perkatakan adalah benar belaka, negara kita unik, penduduk pelbagai kaum, negara lain, penduduk tempatan tak akan beri hak kepada pendatang,orang lain melainkan guna syarat-syarat yang ketat seperti guna bahasa tempatan, budaya tempatan,” kata Mahtahir.

Katanya, orang Melayu amat bermurah hati dan sanggup berkongsi negara ini hampir tanpa sebarang syarat yang ketat.

Umno lemah


Bagaimanpun akibat kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno adalah lemah, maka golongan berkenaan mula berani menuntut perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan ia ditambah burukkan lagi dengan bantuan parti pembangkang yang memuatr-belitkan perkara itu.

“10 peratus anak Melayu yang berada di universiti, anak Melayu yang melanjutkan pengajian ke luar negeri, pun tak ramai. Kita boleh buat banci,,siapa yang lebih ramai?

“Ramai penuntut Melayu dapat biasiswa.kita beri sebab tak ada duit atau duit tak cukup. Yuran setahun RM60 ribu, mana ibu bapa Melayu yang mampu. Zalimkah kita bagi biasiswa untuk tambah Melayu berpelajaran?” soal Mahathir lagi.

Selain itu, menurut Mahathir, bukan Melayu juga tidak seharusnya mempertikaikan kedudukan Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan.

“Keris ialah simbol bangsa kita. Kita hargai. nak guna simbol kita pun tak kan nak kena minta maaf? Hanya kerana satu kaum nak hidup bahagia, kaum satu lagi hidup sengsara?” soalnya.

Justeru, kerana keadaan sedemikian orang Melayu, kata Mahathir memerlukan NGO seperti Perkasa bagi memperjuangkan hak mereka.

Rintihan rakyat

Kata beliau lagi, tanpa menamakan pihak yang bertanggungjawab: “Kita taklah tuntut banyak banyak..dia dah pergi, biarlah dia pergi.”

Mahathir bagaimanapun mengingatkan kerajaan supaya perlu mendengar pandangan dan rintihan daripada semua rakyat tanpa mengira kaum. Ini kerana, katanya, sebagai sebuah negara yang demokratik, membentuk sebuah kerajaan bergantung kepada sokongan undi.

“Oleh itu, penting bagi kerajaan dengar rintihan rakyat, di samping cuba mengambil kira pandangan mereka (rakyat). Bukan daripada satu kaum tetapi daripada semua kaum.

“Orang Melayu perlu mengambil kira orang India serta Cina dan di Sabah atau Sarawak,” katanya.

Beliau berkata walaupun jumlah mereka tidak ramai dan tidak dapat menentukan siapa yang akan memerintah, namun orang Melayu perlu beringat bahawa kemenangan bukan bergantung kepada ratusan ribu undi tetapi kelebihan satu undi sahaja,

“Satu undi itulah yang akan menentukan menang atau kalah seseorang atau sesebuah parti. Hendak menang atau kalah bukan kerana ribuan undi, dua tiga undi pun boleh menentukan menang atau kalah.

"Kalau mereka ada rintihan dan perasaan tidak puas hati, harus dengar. Kalau tutup telinga atau desakan mereka tidak didengar, dalam pilihan raya, akan kalah," katanya.

Media Cina, India diberi amaran

Pada ucapannya itu, Mahathir turut meminta media bahasa Cina dan India supaya melapor dengan benar.

“Tolong buat laporan yang benar. jangan putar belit kenyataan saya. Saya harus prihatin kepada nasib orang Melayu. Saya yakin ahli perkasa bukan berniat tidak adil terhadap bukan Melayu tapi tuntut hak mereka. Tuntut hak adalah tindakan yang adil,” katanya.

Beliau juga mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya jangan melupakan rintihan dan tuntuan orang Melayu.

“Nak negara berada dalam keadaan aman, adil, saksama sesama kaum, nak keadilan dalam pengagihan kekayanaan dalam negara kita. Bukan kita nak rebut tapi jangan ambil yang sedikit yang kita ada untuk diberi kepada mereka yang dah ada,” katanya lagi.

Mahathir mengakhiri ucapannya dengan meminta Perkasa supaya berperanan secara bijak, dan bukan untuk mendabik dada.

Selesai ucapannya, Mahathir dianugerahkan 'Bintang Perkasa Pribumi Negara' yang pertama oleh presiden NGO itu.

Beliau dianugerahi selendang merah bertulis "Bintang Pribumi Perkasa" serta kalimah Allah dan Muhmmad. Songkok hitamnya juga turut diganti dengan tengkolok berwarna emas.

Ia diikuti dengan laungan “Hidup Tun” sebanyak tiga kali. - http://www.malaysiakini.com

Aku cuma nak kata:

1. Wujudnya begitu ramai NGO Melayu kerana mereka dah tak percaya lagi pada UMNO, itu kata Tun M. Bagi pendapat aku pula, wujud nya kumpulan NGO ini ialah kerana ramai antara mereka yang sebelum ini dapat projek/tender dan seumpama nya secara mudah di zaman Tun dan Pak Lah tetapi selepas tsunami politik mereka hilang semua itu.

2. Tun menyalahkan kekalahan BN pada PRU 2008 dan wujud nya kerajaan lemah yang tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu. Tun ini mudah lupa rupa nya. Beliau lah yang menyebabkan orang melayu dilihat lemah. Kalau dah beliau sendiri menelanjangkan raja raja melayu secara tak beradap semasa krisis perlembagaan 1993, bagaimana beliau mahu bangsa asing hormat pada bangsa melayu.

3. Tun M juga minta media Cina dan India supaya melaporkan dengan benar. Mengapa tak tegur media melayu sekali. Awat!!!, media melayu macam Utusan Malaysia dan Berita Harian tu banyak punya betul?.

4. Aku rasa lebih baik lah Tun ikut macam Pak Lah. Selepas bersara, langsung tak ganggu dan tak menyusahkan orang.

Itu aje...Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


27 March 2010

Jangan bermusuh dengan Perkasa jika mahu menang pilihan raya - Ibrahim Ali


Majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Perkasa

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada parti-parti politik negara ini khususnya Umno agar tidak “bermusuh” dengan pertubuhan bukan kerajaan itu, yang berusia dua tahun, jika mahukan sokongan dalam pilihan raya umum.

Pada masa yang sama Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mahu Umno kembali kepada landasan perjuangan asal jika mahu kekal berkuasa.

“Orang berkata Perkasa hendak bersaing dengan Umno. Kita bukan bersaing dengan mana-mana parti, kita bukan bertanding dalam pilihan raya.

“Tetapi jangan bermusuh (dengan Perkasa) jika mahu menang pilihan raya, kalau bermusuh mereka akan rugi."

“Kami mahu parti-parti politik ambil tindakan proaktif,” kata beliau dalam ucapan pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Perkasa di sini hari ini.

Ia dirasmikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - Mstar

Aku cuma nak kata:

Belum pun apa apa lagi, presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sudah pun bercakap besar walau pun tidak lah sampai besar kepala.

Aku sendiri pun tak faham, apa kah jika sesuatu parti bermusuh dengan Perkasa makna nya parti tersebut akan kalah pilihanraya. Wah ! hebat nya Perkasa ni ye... Itu baru 2 tahun. Kalau 20 tahun lagi, apamacam?...


OK lah, aku punya pendapat:


1. Datuk Ibrahim Ali sebenar nya terpaksa meyediakan satu platform lain supaya nama dan batang tubuh nya akan terus mendapat perhatian media dan rakyat. Ini kerana beliau sudah tidak diterima oleh mana mana parti politik. PRU13 pun tak lama lagi dan nasib Ibrahim Ali ini tak tahu lagi. Oleh itu lebih baik sedia kan payung sebelum hujan.

2.
Perkasa sebenar nya menyusahkan Perdana Menteri yang saban hari melaungkan konsep 1 Malaysia. Bagi lah alasan apa pun untuk menafikan bahawa Perkasa bukan rasis. Apa? ingat rakyat yang berbilang kaum ini bodoh sangat ke?.

3.
Sikit sikit pasal melayu. Melayu begitu, melayu begini. Sudah sudah lah memomok kan orang melayu dengan hantu jembalang yang konon nya akan menggugat orang melayu. Kalau pun betul melayu terpinggir dan merempat ditanahair sendiri, salah siapa?. Bukan kah salah UMNO yang menjadi tulang belakang BN. Siapa yang bunuh tulisan Jawi?, siapa yang hapus biasiswa?, siapa yang tukar pelajaran sains ke bahasa inggeris? dan siapa yang sekat bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Aku sebenar nya dah nampak lama dah bahawa UMNO memang tak boleh diharap untuk membela orang melayu secara keseluruhan nya. Yang banyak di bela hanya lah melayu UMNO. Sebab itu bila selepas PRU12, apabila mereka terpaksa buat sesuatu untuk menambat semula hati orang melayu dan rakyat umum nya.

4.
Aku tak nafi Tun Mahathir banyak menyumbang untuk kebaikan orang melayu tetapi oleh kerana Tun terlalu lama berkuasa maka keburukan nya juga banyak. Banyak juga dasar-dasar di zaman Tun Mahathir yang merugikan orang melayu. Apabila membaca kembali sejarah, aku lihat dasar-dasar Tun Razak lebih banyak memberi munafaat kepada orang melayu secara keseluruhan. Contoh nya seperti buku hijau termasuk lah Felda dan mendaulatkan bahasa melayu (baca sini).

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


26 March 2010

Al Fatihah: Ahli parlimen Hulu Selangor kembali kerahmatullah



25/3/10-Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak. Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi. Baca seterus nya di http://www.malaysiakini.com

Aku cuma nak kata:
Al-Fatihah untuk Allahyarham dan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Sebelum ini, dengan menggunakan agensi/badan berkaitan, BN berjaya mengelakkan diadakan pilihanraya. Bermula dari kes 3 kerusi di Perak , Kota Siputeh di Kedah dan terbaharu Adun Titi Tinggi di Perlis yang berjaya dipujuk agar menarik balik perletakan jawatan. Dalam keadaan BN cuba mengelak, tiba tiba terpaksa juga berhadapan pilihanraya apabila kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong akibat kematian wakil nya dari PR (PKR).


Mesti ada yang kata PR perasan akan menang kalau ada pilihanraya. Soal nya disini bukan menang atau kalah. Persoalan nya ialah BN takut kepada pilihanraya. Apatah lagi jika terpaksa masuk pilihanraya dan kalah.....lagi lah, boleh jadi gila dibuat nya. Apatah lagi rekod-rekod pilihanraya kecil sebelum ini yakni selepas PRU12 tidak memihak kepada BN iaitu BN kalah 7 dari 9 pilihanraya kecil (PRK).


Sekian........

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


25 March 2010

Hari Polis ke 203 (1807-2010)


Selamat menyambut Hari Polis yang ke 203 (1807-2010) kepada seluruh anggota dan organisasi Polis Diraja Malaysia.

Aku dan kita sebagai rakyat Malaysia tidak dapat menolak bahawa peranan PDRM amat penting, walaupun kita tahu dalam PDRM ada polis jahat dan ada polis baik sama ada ianya berpangkat atau tiada pangkat. Semoga PDRM akan dapat memperbaiki perkhidmatan dengan penuh Intergriti, Jujur, dan Amanah. Tidak lupa juga semoga PDRM akan sentiasa mendukung undang-undang tanpa memilih bulu demi memastikan keamanan negara terjamin.

Dikesempatan ini, dalam masa yang sama aku mengakui masih ramai anggota PDRM yang baik dan jujur dalam perkidmatan nya. Oleh itu aku mengucapkan selamat hari polis kepada mereka khususnya dan kepada sahabat-sahabat dan kenalan aku am nya.

Kepada anggota PDRM yang jahat, cukup lah dan bertaubat lah. Anda tidak berhak untuk mendapat ucapan dari aku. Hormat lah pada logo Polis yang anda pakai sebab di logo Polis itu ada kalimah Allah dan Muhammad.

Kesimpulan nya, Polis ini ada masa kita suka dia dan ada masa kita menyampah dengan dia. Apa tidak nya. Kita marah dengan Polis trafik bila Polis trafik saman kita dan kita juga rasa seronok dan berterima kasih pada Polis trafik bila anggota nya bertugas di lampu isyarat untuk melancarkan perjalanan kita ketika waktu puncak tak kira panas atau hujan.

Sekian.....


Nota: untuk hiburan semata-mata

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

24 March 2010

Saham judi: Saifuddin, Berahim Ali bertikam lidah



Ahli parlimen bebas, Datuk Ibrahim Ali dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mengambil peluang semasa ucapan Kulim Bandar Baharu di Dewan Rakyat hari ini, bagi membangkitkan isu fitnah.

Ketika ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Ibrahim bangun mencelah dan berkata dakwaan yang ditimbulkan Saifuddin semalam merupakan satu fitnah besar,

"Saya tidak pernah ada saham judi seperti dituduh.

"Saya berani bersumpah dan junjung al-Quran," katanya.

Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang kemudiannya bangun dan menjelaskan, ucapannya semalam boleh dirujuk di dalam Hansard Dewan Rakyat.

Ibrahim (kanan) yang berang kemudiannya berkata Saifuddin telah masuk dan keluar pelbagai parti politik.

"Ini lebih daripada katak puru," katanya yang kemudiannya mencetuskan pertikaman lidah antara kedua-dua pihak.

Pelakuan yang berlarutan selama beberapa minit itu kemudian menyebabkan Zulkifli meminta kedua-dua pihak menyelesaikan kes mereka di luar dewan.

Zulkifli kemudiannya meneruskan ucapan yang menyentuh isu penggunaan kalimah Allah.

Dalam sidang media selepas itu, Ibrahim berkata beliau akan mengambil tindakan mahkamah ke atas Saifuddin (kiri), dan juga Malaysiakini serta wartawannya, Salhan K Ahmad kerana menerbitkan berita berkenaan.

Katanya, berita yang mengaitkan beliau dengan saham syarikat judi itu merupakan satu fitnah terhadapnya.

Beliau juga mencabar Saifuddin supaya mengulangi dakwaannya itu di luar dewan.

Menurut Ibrahim, beliau 'sibuk' ketika Saifuddin membuat dakwaan tersebut di dalam dewan dan tidak sempat mencelah untuk menjelaskan kedudukannya.

Katanya lagi, beliau juga memanggil wartawan Malaysiakini dengan nama 'dajal' kerana menurutnya, Salhan menulis berita tersebut dengan "tidak bertanggungjawab,"

“Sepatutnya terus dapatkan penjelasan dari saya dan (penjelasan saya) masuk serentak dgengan dakwaan yang tidak betul,” tulisnya dalam SMS kepada Salhan.

Usaha Salhan untuk mendapatkan reaksi Ibrahim pagi tadi dibalas dengan SMS yang berbunyi: “Tak payah lah, ...memang Malaysiakini jahat”.- http://www.malaysiakini.com

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


23 March 2010

Adun Titi Tinggi, Perlis letak jawatan - akan ada kah PRK ?

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn hari ini mengumumkan perletakan jawatannya.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, mengesahkan menerima surat berkenaan.

Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan. - Malaysiakini




Aku cuma nak kata:

Mengapa agak nya Yip Sun Onn meletak jawatan ?. Adakah kerana Dr. Choo Chor dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Pertumbuhan Bandar Baru menggantikan Yip Sun Onn ? (baca sini).

Kalau tak silap, kali terakhir PRK ialah di Bagan Pinang, Port Dickson. Mengikut rekod PRK selepas PRU12, BN tewas dalam 7 daripada 9 pilihanraya kecil sebelum ini – 1 daripadanya, di Penanti, tidak ditandingi. BN hanya menang di Batang Ai dan Bagan Pinang. Keadaan begini menyebabkan BN tidak begitu selesa bila ada nya pilihanraya kecil dan seboleh boleh nya mencuba supaya PRK tidak perlu diadakan, dan antara badan yang boleh diharap membantu ialah SPR atau Mahkamah rayuan.

Apa kah SPR akan sekali lagi memainkan peranan untuk mendapatkan penangguhan supaya PRK tidak perlu diadakan seperti apa yang telah dibuat di DUN Kota Siputeh, Kedah tempoh hari ?. Kita tunggu dan lihat.


Jika PRK diadakan di Titi Tinggi, sudah pasti salah satu isu-isu pilihan raya yang utama ialah cadangan kerajaan untuk memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan atau 'Goods and Services Tax' (GST). Cadangan yang amat tidak popular dan tidak memihak kepada kerajaan BN.

Mari kita lihat siapa yang kenaaaa...... Sekian.........


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


22 March 2010

Empat artis disenaraikan muflis @ bankrap



KUALA LUMPUR 22/3/10: Beberapa artis di Malaysia, termasuk seorang berpangkat Datuk, yang masih aktif dalam bidang hiburan telah disenaraikan muflis atau bankrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM).

Surat itu yang turut dihantar kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) memaklumkan hasrat meminta kerjasama Karyawan dan Seniman menyalurkan maklumat terkini mengenai artis muflis terbabit.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, berkata perkara terbabit sesuatu yang serius ketika dunia hiburan mulai diberi sokongan penuh oleh kerajaan. Ia perlu ditangani bersama demi menjaga imej artis supaya tidak dipandang negatif oleh masyarakat.

'Setakat ini Karyawan dimaklumkan mengenai empat artis yang diisytihar bankrap, termasuk Datuk berkenaan. Semua adalah lelaki.

'Sebagai pemimpin persatuan artis, saya melihat langkah JIM menghubungi kami bukan untuk memalukan sesiapa tetapi mencari jalan menyelesaikan masalah supaya artis yang menghadapi masalah ini lebih bersikap bertanggungjawab dan tidak lari membayar hutang,' katanya.

Menurut Datuk Freddie, jumlah hutang empat artis itu pada pihak bank sehingga diiktiraf bankrap tidak diberitahu.

Namun, sebagai persatuan, Karyawan memberi 'lampu hijau' jika empat artis itu melantik pihaknya sebagai orang tengah.

'Saya sedar hal begini lebih bersifat peribadi, justeru jika artis menghadapi masalah bankrap tidak mahu kita campur tangan, Karyawan tidak boleh buat apa-apa.

'Cuma ingin saya jelaskan, masalah bankrap perlu diselesaikan bagi mengelak kemudahan yang ada digantung. Jika artis itu buat tidak faham, tidak mustahil pihak JIM akan berhubung dengan pihak produksi atau majikan artis itu.

'Katakan artis itu berlakon drama atau filem mahupun menyanyi, JIM boleh berurusan dengan majikan artis itu sama ada produser atau promoter untuk membuat potongan bayaran bagi membolehkan artis bankrap itu menjelaskan tunggakan pada bank,' katanya.

Presiden Seniman, Encik Harun Salim Bachik, pula berkata: 'Sebelum apa jua tindakan diambil, ia perlu diteliti. Apa saja aspek bantuan dikehendaki Jabatan Insolvensi, Seniman tiada masalah menghulurkan bantuan.

'Perkara ini membabitkan artis yang sering tampil di media dan lebih baik nama mereka tidak didedahkan untuk menjaga maruah. Andai nama tersebar menerusi media, periuk nasi mereka akan terjejas.' - Metro Ahad.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

21 March 2010

Omar Atan di tahan di Laos tanpa pendakwaan


Omar Atan menunjukkan paspotnya yang dibatalkan pada saat akhir dan ditahan ketika hendak menaiki pesawat pulang ke Malaysia dari Laos. - Foto THE STAR Oleh RAYMOND OOI

ALOR SETAR 21/3/10: Omar Atan, seorang peniaga, dipercayai menjadi mangsa penganiayaan apabila merengkuk dalam penjara di Laos hampir 10 bulan tanpa mengetahui sebabnya.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh, berkata penahanan Omar, 59, di Penjara Punthong, Vientiane, sejak 13 Mei tahun lalu adalah meragukan kerana belum ada pendakwaan terhadapnya.

Menurutnya, Omar dibebaskan sementara, selepas isterinya meninggal dunia tiga hari lalu dan pulang ke tanah air semalam. "Omar sendiri tidak diberitahu mengapa beliau ditahan," kata Muhd Khairun ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, dekat sini, hari ini.

Katanya, Omar pergi ke Laos atas dasar menolong kawan dengan menjadi jurubahasa, dipercayai untuk urusan pengambilan pekerja asing, kerana dia fasih berbahasa Thailand tetapi ditahan ketika hendak pulang selepas berada di negara itu selama tiga hari.

"Penahanannya itu sangat meragukan kerana dia telah dibenarkan melepasi pintu keluar Laos dan pasportnya juga telah dicop, namun sejurus selepas itu dia ditahan semula oleh badan berkuasa negara itu," katanya.

Muhd Khairun berkata, pembebasan sementara Omar selama 10 hari adalah kebenaran khas daripada Perdana Menteri Laos dan ia pertama kali dalam sejarah tahanan diberi pembebasan seumpama itu.

"Pihak Pemuda Umno akan memberi pembelaan yang terbaik dalam kes ini supaya dapat dibuktikan kepada kerajaan Laos bahawa Omar tidak bersalah," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan Laos supaya Omar diberi pembebasan sepenuhnya.

Sementara itu, Omar yang baru sampai dari Kuala Lumpur bersama dengan anak-anaknya, bersyukur kerana hasratnya untuk menziarahi kubur arwah isterinya menjadi kenyataan.

"Saya diberitahu tentang kematian isteri tiga hari lalu oleh Wisma Putra dan sangat terkilan kerana tidak sempat berjumpa dan mendengar suaranya sejak ditahan 10 bulan lalu," katanya sambil menitiskan air mata.

Omar berkata, perkara pertama yang akan dibuatnya apabila sampai di Perlis nanti adalah menziarahi pusara isteri kesayangannya.

"Saya harap Wisma Putra dapat membantu supaya pihak yang menyebabkan saya ditahan dapat dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Bapa kepada empat orang anak itu berkata, tempoh 10 hari yang diberikan itu akan digunakan sepenuhnya untuk melepaskan rindu bersama anak-anaknya. - Bernama.com

Aku cuma nak kata:
Pertama sekali aku bersimpati dengan apa yang menimpa Saudara Omar Atan dan mengucap takziah atas kematian isteri beliau. Aku tak mahu nak berspekulasi bahawa beliau salah atau tidak. Kena aniaya atau tidak. Kalau di Malaysia pun bila pihak berkuasa tangkap orang luar, berbagai alasan yang boleh diberi untuk menjustifikasikan penangkapan tersebut.

Mengikut dari apa yang diberitakan dalam media, aku berpendapat bahawa Omar mungkin ditahan dibawah akta yang kalau di Malaysia dipanggil ISA. Oleh itu tak payah lah Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh dan yang seangkatan dengan nya berpura pura dengan keyataan bahawa penahanan tersebut meragukan kerana belum ada pendakwaan terhadap Omar. Bukan kah ISA di Malaysia adalah penahanan tanpa didakwa dan dibicara ?.

Apa apa pun aku harap pihak UMNO yang nak menolong saudara Omar ini tolong lah dengan ikhlas dan sebaik mungkin dan jangan hanya untuk mendapatkan 'political milage'. Aku cakap sebab aku ada jumpa 1 entry seperti dibawah. Betul ke tidak.... Wallahualam!!!!

Alhamdulillah, akhirnya Omar Johor (panggilan orang kampung) dibenarkan pulang atas ehsan PM Laos sebagai memberi ruang dan peluang kepadanya untuk menziarahi pusara isterinya yang telah 3 hari meninggal akibat kompilasi pelbagai penyakit. Al Fatihah buat arwah isetri beliau.

Omar Johor merupakan orang kuat politik UMNO di kampung saya, kepulangan mendapat perhatian dari sahabat handai yg memang mengenali beliau. Tetapi sejak penahanannya tidak ada siapa yg memperdulikan nasibnya sehingga anak sulungnya sendiri membuat rayuan kepada pihak media meminta simpati kerajaan menyelesaikan kemelut yg dihadapi bapanya. Setelah kepulangannya diusahakan oleh kerajaan melalui Pemuda UMNO Malaysia, maka hari ini baru saya nampak batang hidung peminpim2 UMNO di peringkat bahagian pun mencelah-celah kononnya mereka begitu prihatin terhadap nasib yang merundung keluarga malang ini. Inilah politik berkala wawasan Bahagian Padang Besar.

Pun begitu, saya harap Pemuda UMNO Malaysia dapat mengambil tindakan tertentu supaya beliau dibebaskan setelah ditahan hampir 10 bulan tanpa pendakwaan. Apatah lagi beliau masih mempunyai anak-anak yang masih bersekolah yang perlu diberi perhatian.- http://cikguazam.blogspot.com

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


19 March 2010

Isu Arak di Parlimen: Rembau yang terpaku dan terpukau & Pasir salak yang menyalak dan terselak



Klip video diatas adalah sebahagian perbahasan di Dewan Rakyat pada 17 Mac 2010 yang membabitkan DS Anuar Ibrahim (MP Pmtg. Pauh), Saifuddin Nasution (MP Machang), Khairy Jamaluddin (MP Rembau) dan Tajuddin bin Abdul Rahman (MP Pasir Salak). Perbahasan yang membuatkan Khairy Jamaluddin diam terpaku dan Tajuddin pula panas punggung kerana panas dan pedas, seolah olah dia yang makan cili, pada hal Saifuddin menyebut secara umum dan tidak pun menyebut nama.

Merujuk kepada klip video diatas, berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.

"Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.

"Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja," katanya.

Maknanya, tambah Saifudin, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja.

"Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.

Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.

Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.

Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.

Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.

Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.

TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung;

"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata.'

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.

Saifudin menyambung;

“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marah kenapa, duduklah.

YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa?

Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;

“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.

Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?

Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin.
Sumber: www.erapakatan.com

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


18 March 2010

Teguran YDP Agong & Gelagat Ahli Parlimen Negara luar

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke12 telah bermula selepas perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong dan akan berakhir 15 April.

Dalam titah ucapan perasmian, baginda menegur segelintir Ahli-Ahli Parlimen kerana mempamerkan tingkah laku dan tutur kata yang tidak mencerminkan keperibadian sebagai wakil rakyat.

Titah baginda lagi, segala perbuatan dan tindakan wakil rakyat sentiasa diperhatikan oleh rakyat, maka Ahli-Ahli Parlimen hendaklah berhujah dengan bernas dan tidak membangkitkan perkara remeh-temeh yang boleh menjejaskan maruah sendiri dan kemuliaan dewan…

Yang di-Pertuan Agong memang patut menegur dan memperingatkan Ahli Parlimen kerana kalau sudah menjadi tidak terkawal, tak mustahil akan jadi seperti gambar gambar dibawah. Dalam pada kena tegur pun, mereka tak peduli dan buat jugak Parlimen itu macam dalam sarkas. (baca sini)

Secara kebetulan masa 'check' email dan 'mailing list', aku dapat gambar-gambar aksi Ahli-Ahli Parlimen atau Kongres negara negara luar semasa berada didalam dewan untuk perbahasan. Pada pendapat aku, suasana di dalam Parlimen Malaysia masih terkawal. Saksikan lah, kadang kadang lawak jugak aksi diaorang ni kan!!!


Rusia


Mexico


Korea Selatan


Jepun


Itali


India (Aku bagi anugerah best picture)


Ukraine


Turki


Taiwan

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


16 March 2010

Berpantang maut sebelum ajal: Wanita mengandung nyaris maut dirempuh kren











Berpantang maut sebelum ajal. Hanya itu lah saja yang boleh dilafazkan apabila melihat keadaan kenderaan yang terlibat dengan kemalangan yang berlaku.

ALLAH maha berkuasa, wanita hamil 9 bulan ini selamat walau pun jika dilihat dari keadaan keretanya yang hancur dan berada dibawah kren yang melanggarnya....dan diharapkan anak yang dikandung nya juga selamat. InsyaAllah !.

Berita mengenai kemalangan tersebut boleh di baca di www.sinarharian.com.my

Untuk melihat lebih banyak gambar kemalangan sila ke laman asal di http://amrazd90.blogspot.com (Terima Kasih amrazd90)


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


15 March 2010

Peter Graves, bintang 'Mission Impossible' era 70an meninggal dunia



Aktor Peter Graves, bintang siri TV 'Mission Impossible' dari tahun 1967-73 meninggal dunia kerana serangan jantung di rumahnya di Pacific Palisades, California . Beliau lahir pada 1926 dan meninggal pada 14 Mac 2010 dalam usia 83 tahun. Siri 'Mission Impossible' amat popular pada masa itu.

Aku masih ingat lagi, yang best nya ialah bila 'start' aje cerita tu, Peter Graves ini akan dengar arahan dari tape dan lepas tu ayat seperti dibawah akan kedengaran sebelum tape itu musnah.

"As always, should you or any of your IM force be caught or killed, the Secretary will disavow any knowledge of your actions. Good luck, Jim. This tape will self-destruct in five seconds."

Menteri Dalam Negeri sahkan rombakan peringkat tertinggi polis

Sehari selepas menafikan laporan akhbar China Press bahawa Tan Sri Musa Hassan akan melepaskan jawatan Ketua Polis Negara (KPN), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari mengesahkan akan berlaku rombakan peringkat tertinggi pasukan polis.

“Berhubung pucuk pimpinan polis, saya akui, rombakan akan berlaku tetapi masa dan bentuk peralihan itu akan ditentukan bukan kerana desakan atau tekanan daripada media tetapi dibuat oleh kerajaan dan pemimpin kebangsaan.”

Sabtu lalu, akhbar harian Cina itu menyiarkan laporan bahawa Musa telah mengemukakan surat perletakan jawatannya kepada Hishamuddin dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beberapa jam selepas berita itu disiarkan, Musa dan Hishamuddin segera menafikannya.

Kementerian Dalam Negeri juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada China Press menuntut penjelasan mengapa berita itu disiarkan sedangkan kerajaan menganggapnya sebagai tidak tepat dan belum disahkan lagi.

Bercakap kepada pemberita selepas perasmian Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong, Hishamuddin mendedahkan bahawa rombakan berkenaan bukan sahaja akan membabitkan KPN tetapi juga pegawai kanan yang lain.

“Dalam hal ini, ia bukan sahaja membabitkan KPN, tetapi empat daripada tujuh pengarah yang mengetuai divisyen dalam PDRM akan bersara tahun ini. Malah, seorang daripada pengarah itu sedang bercuti, menjelang tamatnya tempoh perkhidmatan beliau.”

Menurut Hishamuddin, peralihan itu sebagai “peluang bagi melihat lembaran baru dalam sejarah polis.”

“Saya sudah tahu siapa yang akan menggantikan KPN, saya juga tahu siapa akan menggantikan pengarah, jabatan siasatan jenayah perdaganagan. Jadi tidak perlu membuat spekulasi dan membuat laporan berita tanpa asas,” katanya lagi. - malaysiakini.com

Aku cuma nak kata:
Kan dah kantoi. Nafi punya nafi, last..last..., rupa nya betul. Sudah lah menafikan berita tersebut, tak pasal pasal akhbar China Press yang tulis berita tu kena surat tunjuk sebab.

Sebelum ini pun ada juga akhbar yang tulis berita bohong kerana nak berebut siapa punya suratkhabar yang tulis berita dulu. Kalau tak silap Utusan Malaysia, iaiatu kes Helikopter Nuri terhempas dan keputusan SPM. Tak ada pun surat tunjuk sebab. Oooooo....lupa!, Utusan Malaysia UMNO yang punya, jadi.... dia boleh tulis apa dia punya suka lah......


Musa dan Hishamuddin tidak sepatut nya menafikan atau mengiyakan. Jawab saya "No Komen" atau "saya masih belum dimaklumkan. Nanti kalau sudah dimaklum dan disahkan, saya akan panggil sidang akhbar". Sebalik nya Hishammuddin melatah dan sekarang siapa yang malu alah ?. Terpaksa lah cover bahawa khidmat KPN tidak disambung apabila tamat kontrak pada September 2010 nanti.


Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


14 March 2010

Himpunan PROTES 15 Mac di perkarangan Parlimen ditangguh-Rakyat Menang Pusingan Pertama

Sidang Media tergempar telah diadakan pada jam 11.30 pagi di Pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut.

Jawatankuasa PROTES terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang telah membuat laporan yang berterusan mengenai perkembangan Bantahan terhadap GST yang dirancang dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga bermula pada sidang Parlimen kali ini.

PROTES juga mengucapkan terimakasih di atas kebangkitan rakyat yang sudah bersedia untuk sama-sama turun menyatakan bantahan terhadap isu ini.

PROTES meyakini kita telahpun menang pusingan pertama dalam usaha memPROTES pelaksanaan GST.

Ini adalah kejayaan rakyat dan PROTES mengucapkan SYABAS kepada semua rakyat.

Oleh itu PROTES membuat keputusan untuk MENANGGUHKAN Perhimpunan Aman Rakyat Membantah GST yang dirancangkan untuk diadakan di perkarangan Parlimen esok.

Ini tidak bermakna kita terus membatalkan usaha ini, kita akan tetap teruskan usaha mendesak kerajaan untuk terus membatalkan GST. Usaha memberi penerangan kepada rakyat akan diteruskan.

Jika pada suatu hari nanti kerajaan mengambil sikap melaksanakan GST, PROTES tidak akan berlengah bagi mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk mengGagalkannya Sebelum Terlambat. - http://protes2010.blogspot.com

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


Pengumuman dari Sekretariat PROTES: PENTING & SEGERA



Satu Sidang Media Khas PROTES akan di adakan seperti maklumat di bawah :

Tarikh : 14hb Mac 2010, Ahad

Masa : 11.30 pagi

Tempat : Aras 2, Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut


Semua wartawan dan blogger dijemput hadir bagi mendapatkan penjelasan terkini tentang Himpunan Aman PROTES bagi membantah perlaksanaan GST yang dirancang akan diadakan pada 15hb Mac, jam 9 pagi di perkarangan Parlimen.

Sidang Media ini diadakan susulan dari keputusan kerajaan untuk menangguhkan perbahasan mengenai rang undang-undang GST dan tidak akan dibentangkan bagi bacaan kedua apabila Parlimen bersidang Isnin, menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. - http://protes2010.blogspot.com

13 March 2010

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dibentangkan bagi bacaan ke 2

Parti Sosialis Malaysia berpendapat keengganan pemerintah membentangkan usul Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) pada sesi Parlimen Mac-April depan ada kaitan dengan bantahan keras masyarakat.

Setiausaha Agung S Arutchelvan berkata kerajaan Pusat cuba membeli masa dan menangguh-nangguhkan perlaksanaan GST ini dengan harapan kemarahan rakyat akan reda.

Awal hari ini, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dilaporkan berkata usul GST tidak akan dibentangkan bagi memberi lebih banyak masa untuk mendapatkan pandangan dari masyarakat.

PSM, Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan kini mengemblengkan bantahan terhadap perlaksanaan pakej cukai ini.

Satu perhimpunan membantah pakej ini akan diadakan di perkarangan Parlimen, 15 Mac depan.

"Saya yakin mereka akan tetap mahu melaksanakan GST ini, tetapi disebabkan ia tidak popular pada masa sekarang, mereka cuba membeli masa," tegas Arutchelvan.

"Persoalannya ialah mengapa kerajaan mahu memberi penjelasan kepada rakyat jelata hanya selepas bacaan kedua usul ini? Kegopohan meluluskan GST ini jelas menunjukkan pemerintah tidak serius mendapatkan maklum-balas," tambah beliau.

Setiausaha Agung Parti Sosiasis Malaysia, S. Arutchelvan berkata, pihak pakatan rakyat akan meneruskan protes yang dirancangkan di Parlimen Isnin ini.

"Kami akan tetap meneruskan bantahan, lagipun BN sendiri mengatakan mereka mahu mengumpul pendapat umum. Pada Isnin ini, kami akan bantu kerajaan melihat betapa GST ini tidak patut diteruskan," katanya. - tvselangor.com

--------------------------------------------------------------------------------------------

Tangguh bacaan kedua GST adalah kemenangan rakyat

PETALING JAYA, 13 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan kerajaan menangguhkan serta-merta bacaan rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk kali yang kedua di Dewan Rakyat yang bermula Isnin ini adalah suatu kejayaan bersama rakyat, PAS dan Pakatan Rakyat.

“Ini suatu kejayaan bersama PAS serta Pakatan Rakyat kerana berpadu menjelaskan kepada rakyat tentang akibat perlaksanaan GST ini kepada rakyat,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika menghubungi Harakahdaily petang tadi.

Bagi beliau, perhargaan perlu dirakamkan juga kepada Lajnah Hal Ehwal Pengguna PAS Pusat kerana lajnah tersebut menganjurkan suatu sidang bulat di peringkat dalaman parti sehingga PAS membuat ketetapan yang begitu jelas berhubung sistem cukai tersebut. Artikel penuh di http://www.harakahdaily.net

Aku cuma nak kata:
Sebenar nya PAS sebelum ini pun telah meminta kerajaan menangguhkan pembentangan bacaan kali kedua rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Ini bagi membolehkan rang undang-undang itu diteliti terlebih dahulu. (baca disini)

Kerajaan sudah pasti tidak akan mengaku bahawa penangguhan ini adalah kerana desakan dan tekanan dari Pakatan Rakyat dan NGO berkaitan (jika ada). Apatah lagi kuasa kerajaan BN sekarang ini ibarat telur dihujung tanduk. Silap perkiraan, populariti nya akan semakin merudum.

Ini lah yang bagus nya apabila BN tidak mendapat majoriti 2/3 dan ini lah juga sebab nya BN terpaksa mengguna apa juga cara untuk mendapatkan majoriti itu semula. Tidak mustahil keluar nya wakil wakil rakyat PR adalah muslihat BN. Mungkin !!!!!

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


12 March 2010

Perhimpunan aman bantah GST - 'Cukai yang memiskinkan rakyat, Gagalkan sebelum terlambat'.

http://media1.malaysiakini.com/243/8ab016b4a9418d6cf3bb16cdb0390979.jpg12 Mac- Satu perhimpunan aman bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan diadakan seperti yang dirancang Isnin ini, kata penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.

Perhimpunan aman itu akan diadakan selama sejam, mulai 9 pagi di sekitar kawasan jejambat Lebuh Raya Mahameru, berdekatan bangunan Parlimen, sebelum sidang baru Dewan Rakyat bermula, Isnin ini.

Dr Hatta menjangka kira-kira 2,000 orang akan menyertai perhimpunan itu termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat dan anggota pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang yang membantah pelaksanaan GST.

"Pukul 10 kita akan bersurai kerana semua ahli parlimen akan membahaskan perkara ini di dalam dewan selepas itu.

"Semuanya sudah bersedia, tunggu untuk berhimpun sahaja," kata Dr Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai.

http://media1.malaysiakini.com/132/ceb99177e6ed2c93ac724ceaece97f0a.jpgSebelum ini, Dr Hatta (kanan) dilaporkan berkata perhimpunan itu diharap berjaya menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang akan merasmikan perbahasan Dewan Rakyat.

Rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua pada sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Dr Hatta Ramli juga dilaporkan berkata kumpulan berkenaan membantah pelaksanaan GST kerana ia membebankan golongan miskin. Ia berslogankan 'Cukai yang memiskinkan rakyat, Gagalkan sebelum terlambat'.

Sebelum ini juga, terdapat juga forum-forum dianjurkan oleh NGO dan parti politik, membantah pelaksanaan cukai tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Dr Hatta berkata tidak ada sebarang perarakan Isnin ini.

Menurutnya, segala persediaan untuk menjayakan perhimpunan itu termasuk persiapan dari sudut keselamatan turut dititikberatkan.

Mengulas lanjut, Dr Hatta yang akan mengetuai perhimpunan tersebut menjelaskan pihaknya tidak memohon permit kerana menyifatkan ia merupakan perhimpunan aman.

Ditanya sama ada pihaknya memaklumkan perkara itu kepada polis, Dr Hatta berkata: "Kita rasa mereka sudah tahu, perkara ini bukan rahsia lagi". - www.malaysiakini.com

------------------------------------------------------------------------------------------------

Cukai dan GST

Oleh: Labu-Labi


Sebelum aku teruskan tajuk ini, kita tengok trend perniagaan di Malaysia. Aku bukan ahli perniagaan, dengan kata lain ‘businnesman’, oleh itu aku tak mahir dalam selok belok perniagaan. Aku tak mahu menyentuh GST secara teperinci. Kita biarkan kepada ahlinya untuk membahaskan dengan lebeh teperinci. Apa yang aku nak sentuh, sekadar aku sebagai pengguna serta akibat dari perlaksanaan GST tu nanti.


Apa sebenarnya GST tu. GST adalah singkatan dari ‘Goods and services tax’. Dalam melayunya ‘ cukai barangan dan perkhidmatan’.


Di negara kita telah diperkenalkan pelbagai cukai atau inggerisnya ‘TAX’. Mengapa cukai diperlukan bagi sesebuah negara dan bilakah cukai mula diperkenalkan ?


Cukai sebenarnya telah lama digunakan, termasuk dalam agama Islam sendiri. Pelbagai nama digunakan. Tapi pokok tujuannya serupa. Cukai atau Tax. Ianya bertujuan baik, demi kebajikan bersama. Supaya yang kaya dapat membantu yang miskin. Yang senang membantu yang susah. Tetapi apabila manusia semakin tamak dan rakus, maka cukai cukai tersebut berubah corak menjadi penindas kepada golongan miskin. Yang kaya bertambah kaya. Yang miskin terus papa kedana.


Dalam Islam, ia nya dikenali sebagai zakat, zakat fitrah, zakat perniagaan dan sebagainya, itu bagi yang beragama Islam. Bagi yang tidak beragama Islam, tetapi bersedia bernaung dibawah panji panji Islam, maka mereka dikenakan cukai yang dikenali sebagai cukai kepala.

Tetapi, sekiranya ketua kerajaan Islam, merasakan dia telah tidak sanggup untuk mempertahankan negara atau kelompok bukan Islam tersebut. Dengan kata lain, Kerajaan Islam tersebut tidak sanggup mempertahankan negara atau kelompok bukan Islam dari sebarang serangan luar, keatas mereka. Maka kelompok bukan Islam tersebut terlepas dari cukai yang dikenakan keatas mereka.

Begitulah Islam mengajar umatnya supaya bertanggungjawab dari dunia hingga akhirat, hatta kepada bukan islam sendiri. Semuanya demi kebaikan dan kesejahteraan Umat manusia. Sebab nabi Muhammad diutuskan untuk kesejahteraan seluruh alam, bukan sekadar untuk Umat Islam sahaja. Itu secara ringkas tentang ukai dan tanggungjawab dalam Islam.

Kembali kita kepada pokok asal kita. Cukai dan GST.

Sebagaimana yang telah dinyatakan diatas tadi, cukai telah diperkenalkan sejak lama dulu. Begitu juga di Malaysia. Bila berlaku perubahan demi perubahan. Pelbagai cukai bertambah dan bertukar ganti. Namun cukai cukai tersebut semakin hari semakin membebankan, golongan miskin dan papa kedana. Mengapa ini berlaku. Sedangkan tujuan asal cukai itu tadi adalah untuk kebaikan bersama. Yang kaya membantu yang miskin. Yang senang membantu yang susah. Tetapi mengapa terbalik jadinya, yang kaya terus bertambah kaya, yang miskin semakin terhimpit, akibat dari cukai cukai tersebut.


Apabila GST diperkenalkan kelak. Sekadar yang aku faham, ianya akan dikenakan kepada sesiapa yang membeli lebeh banyak. Bermakna lagi banyak barang yang akan kita beli, maka, lagi banyak lah cukai yang akan kita kena. Lebih mewah barang yang kan kita beli, lebeh banyak cukai yang akan kita bayar. Itu ikut faham singkat aku berdasarkan aku sebagai pengguna.


Apa yang aku nak kongsi bersama alah berita dari utusan malaysia online pada 27 November 2009 bertajuk ‘GST pada 4 peratus’ dan satu lagi pada 4 Disember 2009 bertajuk ‘GST tidak bebankan rakyat’. Dua tajuk itu jelas menunjukan, bahawa kerajaan akan tetap melaksanakan GST di Malaysia, mulai tahun 2010. Begitu indah dan lunaknya bahasa ynag digunakan demi mencapai maksud yang tersirat.


Ingatlah wahai rakyat Malaysia, sesuatu cukai itu, apabila telah diperkenalkan maka susah untuk di buang. Ianya akan menjadi biawak hidup yang meragas dibelakang kita.


Seperti yang telah aku sebutkan sebelum ini, setiap cukai yang diperkenalkan, walaupun untuk dikutip dari golongan yang berada atau kaya, tetapi akhirnya kita yang susah ini lah yang akan menanggungnya.


Mengapa aku kata begitu. Ini jelas kita rasai dalam sejarah perniagaan di Malaysia. Para peniaga besar (tokoh koperat) di Malaysia, di lindungi. Bukan oleh undang undang, tetapi oleh golongan ‘bangsa awan’. Siapa kah golongan ini ? Mereka adalah orang yang kita angkat untuk duduk disitu. Kita telah meletakan mereka sebagai ‘dewa’. Lebih penting lagi, mereka ini tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun, hatta undang undang sekalipun.

Apa kaitan cukai dengan ‘bangsa awan’ dari golongan ‘dewa’ ini ?. Sambungan nya di http://perakexpress.com

Aku cuma nak kata:
Polis awal awal lagi dah beri amaran dan ugutan agar orang ramai tidak menyertai perhimpunan yang dimaksudkan.

Apabila orang ramai akur akan amaran Polis dan tidak keluar berhimpun, nak tahu apa berita yang akan keluar terpampang di media pro BN?. Berita nya mungkin lebih kurang berbunyi " perhimpunan tanpa permit yang didalangi pembangkang tidak mendapat sambutan. Hanya sekitar 50 orang saja yang hadir. Ini membuktikan bahawa pembangkang telah ditolak sepenuh nya. Rakyat Malaysia sudak bijak dan telah kembali menyokong kepimpinan DS Najib bla...bla...bla...".

Polis memberi amaran kepada perhimpunan yang dianjur PR dan sekutu tetapi menjadi seperti lembu kenyang kepada perhimpunan pro UMNO/BN. Pada hal kedua dua nya tak minta permit pun.

Yang pelik nya selepas ada yang ditangkap dan dibelasah dalam perhimpunan PR dan penangkapan itu menjadi kes mahkamah, akhir nya yang ditangkap menang kes dan Polis serta kerajaan diarah bayar ganti rugi. Dr. Hatta sendiri pernah menang, begitu juga dengan Datuk Mustafa Ali. Ini seolah olah menunjukan perhimpunan aman pada dasar nya memang tak salah. Cuma kita berani atau tidak dengan Polis yang terpaksa dan dipaksa menjadi alat UMNO/BN melalui berbagai akta.


Sekian.. Selamat berhimpun.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!

http://www.emailcashpro.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...