Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

31 March 2010

Sambutan Hari Pahlawan: Selepas 23 tahun, akhir nya kerajaan akur Majlis Fatwa



KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Kerajaan pada Rabu memutuskan lokasi sambutan Hari Pahlawan yang sering diadakan di Tugu Negara pada setiap 31 Julai akan dipindahkan ke Putrajaya, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pemindahan lokasi itu adalah sebagai mematuhi garis panduan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini yang menyatakan sambutan itu tidak boleh diadakan di kawasan yang mempunyai patung menyerupai manusia.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bersama antara Kementerian Pertahanan dan Jabatan Perdana Menteri pada Rabu.

"Pada tahun ini kita akan adakan sambutan di satu tempat yang tertakluk kepada Perdana Menteri tetapi dataran tetap akan dibuat atas persetujuan bersama antara Kementerian Pertahanan, Polis Diraja Malaysia dan Jakim.

"Elemen-elemen perayaan kali ini akan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jakim dan disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Zahid berkata perkara itu turut dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah beliau meminta permbinaan dataran yang berkeluasan dua hingga tiga ekar itu disegerakan.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata pihaknya akan menimbang cadangan bagi menjadikan dataran itu sebagai tempat perhimpunan yang menepati kehendak Majlis Fatwa Kebangsaan dan pada masa yang sama dapat memberi gambaran kepada masyarakat tentang pengorbanan dan jasa pahlawan-pahlawan negara.

Dalam pada itu, menerusi portal rasmi Majlis Fatwa Kebangsaan, http://e-fatwa.intranetportal.my, telah diwartakan dua fatwa mengenai Hari Pahlawan iaitu amalan seperti tiupan 'Last Post', bertafakur dengan menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan 'Rouse' yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

Selain itu bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu atau di tempat atau dalam suasana yang dilarang oleh syarak.- http://bernama.com.my

----------------------------------------------------------------------------------------------

Fatwa Berkaitan Tugu Negara

Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan
Tarikh Keputusan : 21 Sep, 1995
Tarikh Mula Muzakarah : 21 Sep, 1995
Tarikh Akhir Muzakarah : 21 Sep, 1995
Oleh : Muzakarah Kali Ke-39

Keputusan
Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.
Aku cuma nak kata:
Alhamdulillah !, setelah 23 tahun fatwa dikeluarkan akhir nya kerajaan akur. Diharap apa yang kerajaan umumkan ini ada lah ikhlas dan tidak mempunyai apa apa motif yang tersembunyi.

Asas nya ada untuk kita merasa curiga kerana sebelum ini pun PAS sebagai pendesak paling kuat supaya amalan kalungan bunga di tugu peringatan dihapuskan. Mungkin suara PAS masa tu tak berapa kuat maka kerajaan tak berapa nak dengar. Sekarang senario nya telah berbeza. Suara PAS sudah semakin kuat. Mahu tidak mahu kerajaan terpaksa ikut dan buat.


Kesimpulan nya, jika kita sebagai seorang Islam sudah tentu gembira dengan perkembangan ini.
Sekian......dan dibawah ini aku paparkan keyataan media Ketua Penerangan PAS Pusat untuk direnung dan dikongsi bersama.

KENYATAAN MEDIA
TUGU: AKHIRNYA UMNO HENTI AMALAN SYIRIK DAN AKUR
TEGURAN PAS, MAJLIS FATWA


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan syukur kepada Alllah swt kerana akhirnya Umno-BN mengumumkan akan berhenti melakukan upacara meletakan bunga dan bertafakur di hadapan Tugu Negara yang jelas perbuatan syirik dan khurafat.

Pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam membuktikan dakwaan PAS selama ini bahawa perbuatan itu adalah dosa besar Umno kepada Allah swt adalah benar. Beliau yang juga Naib Presiden Umno, mengumumkan semalam bahawa Upacara memperingati Hari Pahlawan tidak akan dilakukan di Tugu Negara lagi mulai tahun ini dan akan dipindahkan di Putrajaya dalam bentuk majlis yang berbeza.

PAS tegas menolak amalan meletakan bunga dan bertafakur di Tugu Negara setiap 1 Julai sempena Hari Pahlawan, dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang berbincang pada 6 – 7 Oktober, 1987 juga telah mengeluarkan fatwa berhubung isu ini. Ianya adalah amalan yang bercanggah dengan Islam dan syirik.

Rakyat, khususnya kaum Melayu selalu bertanya. Apa beza PAS dan Umno? dua-dua parti yang dipimpin Melayu dan Islam, kenapa tidak boleh bersatu?

PAS berharap, isu Tugu Negara ini membuka mata rakyat bahawa PAS dan Umno memang jelas berbeza. Walaupun Umno mengaku Islam tetapi mereka jelas menolak syariat Islam yang ditetapkan oleh Allah swt.

Isu ini juga jelas membuktikan bahawa Islam dan Politik tidak dapat dipisahkan. PAS yakin, Umno akhirnya mengambil keputusan ini setelah tertekan bila mana PAS serius membawa isu ini hinggalah ke pentas Politik.

Walaupun Umno mempunyai Biro Agama dan Menteri Agama, tetapi mereka mengambil masa 23 tahun untuk memahami Fatwa Majlis Kebangsaan. Hakikatnya perkara ini tidak perlu dibawa ke Majlis Fatwa jika Umno benar-benar memahami Islam dan berjuang atas nama Islam. Walaupun Umno bangga mengatakan mereka berjaya membawa syiar Islam dengan wujudnya Tabung Haji, Pusat Zakat, Masjid-masjid besar dan sebagainya, tetapi 23 tahun mereka menafikan Fatwa syirik yang dikeluarkan Majlis Fatwa.

Allah sendiri memperingatkan dalam Al-Quran, bahawa semua dosa besar akan diampunkan kecuali Syirik. Dan jelaslah bahawa saranan Majlis Fatwa ini serius dan Umno-BN telah menyesatkan rakyat dengan melakukan upacara syirik ini sejak tahun 1963 iaitu tarikh ia dibina dengan kos RM 1.3 juta ketika itu.

PAS menghormati pengorbanan dan jasa pahlawan negara. Oleh itu PAS mahu majlis kesyukuran dan tahlil serta memberikan bantuan yang sewajarnya kepada keluarga pahlawan yang telah gugur menjadi program rasmi sempena Hari Pahlawan. Bukannya bertafakur dan membazir duit untuk meletakan bunga ditugu yang tidak bernyawa itu.

PAS juga berharap agar Umno menghapuskan semua amalan syirik dan khurafat yang mereka lakukan termasuk amalan menepung tawar dan menabur beras kuning seperti yang dilakukan oleh Datuk Ismail Sabri dalam Majlis pelancaran Van Umno Bahagian Wangsa Maju minggu lepas.

PAS yakin rakyat semakin cerdik dan melihat siapa sebenarnya yang memperjuangkan Islam dan siapa sebenarnya yang mengkhianati Islam.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...