Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

07 March 2010

Mufti Perak bertindak macam “ejen” UMNO - Nik Aziz



KOTA BARU, 7 Mac — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkilan dengan Tan Sri Harussani Zakaria Khamis lalu yang mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan syor membentuk kerajaan perpaduan di negeri itu, yang telah ditolak PAS tahun 2008, sambil menyifatkan Mufti Perak itu bertindak macam “ejen” Umno.”

Menteri Besar Kelantan itu berkata sekiranya Harussani berpandangan Islam dan politik harus selari, tetapi dalam masa yang sama terus melibatkan jubah muftinya dengan politik bererti beliau telah menjadi ejen.

“Dan dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen Umno. Kemuliaan seorang mufti hilang kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular. “Saya kira, seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa),” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Nik Aziz (gambar) meluahkan perasaan itu ekoran tindakan Harussani yang menyebut namanya secara terbuka di hadapan khalayak pada program tersebut yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) minggu lalu.

Harussani mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008 selepas pilihan raya umum ke-12.

Beliau mendakwa PAS Perak menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP). “Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN. “Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu. “Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,” kata beliau dipetik akhbar tempatan.

Nik Aziz menambah hendak menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.

“Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan,” katanya. Beliau memberitahu mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. “Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik oleh seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz tidak mengesahkan dakwaan Harussani bertemunya sebaliknya hanya bertanya “tidakkah tindakan Harussani itu membuktikan keterlibatannya dengan politik?”

Tegasnya, jika mufti sendiri sanggup melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik.

“Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar.

“Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah Umno.

“Jika Mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS,” katanya. - www.themalaysianinsider.com

Artikel berkaitan:
1. Harussani mufti atau mufta ? -nik Aziz -www.themalaysianinsider.com
2. Mufti Perak meroyan lagi - http://perisik-rakyat.com

Aku cuma nak kata:
Nampak nya kini UMNO terpaksa guna orang ugama seperti mufti untuk talian hayat. Aku masih tidak lupa pada apa yang UMNO buat pada bekas Mufti Selangor
Almarhum Dato' Ishak Baharom yang dipecat oleh mereka kerana melaksanakan undang undang @ akta yang mereka sendiri luluskan. DS Khir Toyo tak nak komen ke?, sebab masa itu dia MB Selangor.

Sebenar nya sudah banyak kali UMNO menggunakan mufti dan orang agama apabila mendapati diri mereka semakin tersepit dan semakin ditolak. Sejarah telah membuktikan bahawa PAS sanggup berkorban demi Ugama dan Bangsa tetapi UMNO yang mengkhianati nya. Selepas 13 Mei 1969, UMNO terkontang kanting dan atas semangat Islam dan bangsa Melayu, PAS menyertai BN untuk menguatkan suara Islam dan Melayu. PAS berpecah belah akibat keputusan tersebut. Setelah UMNO semakin sihat dan kuat, akhir nya PAS diterajang keluar dari BN. Selepas itu berlaku lah zaman gelap buat PAS untuk jangka masa yang agak lama.


Sekarang mereka guna balik taktik yang sama. Kadang kadang aku pelik dengan UMNO ni. Di Perak di tawarkan diri nya untuk dijadikan rakan dan sahabat, tetapi di Kelantan dia menjadi pembuli.


Sekian. Sendiri mau ingat!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...