Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

30 March 2010

Maut dilanggar ketika sedang mengisi minyak (Video CCTV)-Updated: Video telah didelete 2/4/2010

KUALA LUMPUR 29 Mac – Seorang lelaki yang sedang mengisi minyak keretanya maut apabila dilanggar sebuah kereta yang terbabas akibat satu kemalangan di sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah dekat sini Ahad malam.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning berkata, mangsa, Mohd. Yusri Abdul Wahab, 32, dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan disahkan meninggal dunia 2.15 pagi tadi akibat kecederaan parah di kepalanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa baru sampai ke stesen minyak berkenaan dan kemudian keluar untuk mengisi minyak keretanya jenis Proton Iswara.

"Sedang mangsa mengisi minyak, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Hyundai Getz yang merempuh mangsa dan mengakibatkan mangsa cedera parah di keseluruhan badannya.”

"Siasatan awal mendapati Hyundai Getz yang dipandu oleh seorang perempuan berusia 23 tahun itu terbabas, setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di jalan raya berhampiran stesen minyak itu.

“Pemandu perempuan itu hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Polis sedang mengambil keterangan daripada pemandu kereta jenis Hyundai Getz itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Aku cuma nak kata:
Apa apa pun Al-Fatihah disedekah kan untuk arwah yang menjadi mangsa. Kesilapan orang lain, orang lain yang terima padahnya menjadikan ianya dipanggil takdir atau sudah sampai ajal.

Di bawah adalah video dari CCTV. Kalau di perhatikan kereta yang dikatakan terbabas itu langsung tidak nampak macam nak membrek pun. Nampak meluncur laju macam tekan pedal minyak.


Nasib baik impak dari pelanggaran tersebut tidak melibatkan kebakaran dan letupan. Kalau tidak, pasti lebih ramai lagi yang akan tercedera dan terkorban.


Sekian

Info dari Pasejati : Mangsa tu adalah suami kepada jururawat hukm kat tempat aku... perempuan cina 23 tahun mabuk..lari lepas langgar kereta orang lain sebelum kemalangan tu..takde lesen.. sedih tengok anak merangkak keluar dari kereta..al fatihah

update: 2 April 2010
Nota: Atas permintaan waris dan sahabat Allahyarham supaya tidak lagi menyiarkan video tersebut di dalam blog ini (sila rujuk ruang komen). Oleh itu aku delete link video tersebut dan aku meminta maaf kepada keluarga dan sahabat Allahyarham atas kesilapan aku. Terima Kasih

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!

4 comments:

Unknown said...

salam..saya mewakili ahli keluarga arwah dan isterinya memohon jasa baik saudara supaya DELETE video nie.dan kpd sesiapa yg upload or download video nie,tlng DELETE.kami xsanggup nk tngk video nie.biarlah arwah pergi dgn tenang..thanks

Unknown said...

salam..saya mewakili ahli keluarga arwah dan isterinya memohon jasa baik saudara supaya DELETE video nie.dan kpd sesiapa yg upload or download video nie,tlng DELETE.kami xsanggup nk tngk video nie.biarlah arwah pergi dgn tenang..thanks

Umi Ain said...

Salam Saudara Ahmad Tarmizi,

saya merupakan salah seorang sahabat Allahyarham Mohd. Yusri dan saya memohon jasa baik saudara untuk tidak menyebarkan video CCTV kemalangan ini bagi menghormati keluarga Allahyarham. Saya memohon saudara untuk tidak lagi menyiarkan video tersebut di dalam blog saudara. Maaf di atas segala ketelanjuran kata dan saya sangat memohon jasa baik saudara. Terima kasih dan Wassalam.

Ahmad Tarmizi said...

Salam Pedot & Umi Ain,

Saya telah buangkan link video tersebut dari blog saya. Maaf kepada anda semua dan keluarga Allahyarham.

TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...