KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee mengalami kerugian lebih RM400,000 apabila kediamannya dipecah masuk dipercayai oleh tiga lelaki Indonesia di Taman TAR, Ampang Jaya pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata kejadian itu berlaku kira-kira 4.30 pagi dan mangsa telah menghubungi polis dua jam kemudian.
"Siasatan awal mendapati suspek-suspek itu memasuki rumah mangsa melalui pintu pagar besi (grill) yang telah diumpil.
"Lokasi rumah yang terpencil dan tiada kawalan (guard) mahupun CCTV (kamera litar tertutup) menyebabkan mangsa dan keluarga tidak menyedari kediaman mereka dimasuki," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Abdul Jalil berkata Syed Ali bersama isteri, dua orang anak serta seorang pembantu rumahnya yang sedang tidur semasa kejadian, tidak dicederakan.
Selain barang kemas bernilai kira-kira RM400,000, beliau berkata mangsa turut kehilangan wang tunai RM10,000 yang disimpan di dalam peti besi di biliknya.
"Polis sedang mengenal pasti identiti ketiga-tiga suspek yang mana kita percaya mereka ini adalah saki-baki dari kumpulan Geng Rantau yang terlibat dalam kejadian samun dan pecah masuk rumah di sekitar Lembah Klang," katanya. -- BERNAMA

Aku cuma nak kata:
Di bawah ini adalah komen seorang 'forumer' di Laman TKO yangmenggunakan nickname aby4466. Aku rasa bagus untuk kita buat renungan dan iktibar. Bagi aku pula, hanya tuan yang empunya diri saja yang tahu samada harta yang dikumpulkan itu didapati dari sumber yang halal, haram atau subahat. Kalau cara halal, anggap lah kejadian itu satu ujian untuk menguji keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah. Kalau harta itu dapat dari sumber yang haram dan subahat maka itu adalah peringatan dari Allah supaya tuan empunya diri bertaubat. Terpulang lah.........
Komen oleh aby4466
Setiap apa yang berlaku itu adalah ketentuan Azali. Sebelah yang jadi mangsa... siang malam anda mengumpul harta dunia, jika anda mengumpul mengikut cara yang halal, insyaallah di sana ada keberkatannya... tetapi jika anda sengaja menghalalkan cara...perancangan Allah itu Maha Hebat.
Kedatangan 'mat indon' ke rumah anda itu juga tidak datang dengan sendirinya. Dengan harta bertimbun anda merasa diri anda hebat, megah, sombong, dan ingin mengumpul banyak lagi. Tetapi otak anda tidaklah cerdik. Allah campakkan cuma sekelumit kealpaan, dan menghantar 'mat indon' mengaut mungkin sebanyak 25% iaitu 400,000 daripada 1,600,000 yang anda miliki itu sebenarnya milik 'orang lain' tetapi anda tidak melunaskan.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment