Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

21 March 2010

Omar Atan di tahan di Laos tanpa pendakwaan


Omar Atan menunjukkan paspotnya yang dibatalkan pada saat akhir dan ditahan ketika hendak menaiki pesawat pulang ke Malaysia dari Laos. - Foto THE STAR Oleh RAYMOND OOI

ALOR SETAR 21/3/10: Omar Atan, seorang peniaga, dipercayai menjadi mangsa penganiayaan apabila merengkuk dalam penjara di Laos hampir 10 bulan tanpa mengetahui sebabnya.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh, berkata penahanan Omar, 59, di Penjara Punthong, Vientiane, sejak 13 Mei tahun lalu adalah meragukan kerana belum ada pendakwaan terhadapnya.

Menurutnya, Omar dibebaskan sementara, selepas isterinya meninggal dunia tiga hari lalu dan pulang ke tanah air semalam. "Omar sendiri tidak diberitahu mengapa beliau ditahan," kata Muhd Khairun ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, dekat sini, hari ini.

Katanya, Omar pergi ke Laos atas dasar menolong kawan dengan menjadi jurubahasa, dipercayai untuk urusan pengambilan pekerja asing, kerana dia fasih berbahasa Thailand tetapi ditahan ketika hendak pulang selepas berada di negara itu selama tiga hari.

"Penahanannya itu sangat meragukan kerana dia telah dibenarkan melepasi pintu keluar Laos dan pasportnya juga telah dicop, namun sejurus selepas itu dia ditahan semula oleh badan berkuasa negara itu," katanya.

Muhd Khairun berkata, pembebasan sementara Omar selama 10 hari adalah kebenaran khas daripada Perdana Menteri Laos dan ia pertama kali dalam sejarah tahanan diberi pembebasan seumpama itu.

"Pihak Pemuda Umno akan memberi pembelaan yang terbaik dalam kes ini supaya dapat dibuktikan kepada kerajaan Laos bahawa Omar tidak bersalah," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan Laos supaya Omar diberi pembebasan sepenuhnya.

Sementara itu, Omar yang baru sampai dari Kuala Lumpur bersama dengan anak-anaknya, bersyukur kerana hasratnya untuk menziarahi kubur arwah isterinya menjadi kenyataan.

"Saya diberitahu tentang kematian isteri tiga hari lalu oleh Wisma Putra dan sangat terkilan kerana tidak sempat berjumpa dan mendengar suaranya sejak ditahan 10 bulan lalu," katanya sambil menitiskan air mata.

Omar berkata, perkara pertama yang akan dibuatnya apabila sampai di Perlis nanti adalah menziarahi pusara isteri kesayangannya.

"Saya harap Wisma Putra dapat membantu supaya pihak yang menyebabkan saya ditahan dapat dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Bapa kepada empat orang anak itu berkata, tempoh 10 hari yang diberikan itu akan digunakan sepenuhnya untuk melepaskan rindu bersama anak-anaknya. - Bernama.com

Aku cuma nak kata:
Pertama sekali aku bersimpati dengan apa yang menimpa Saudara Omar Atan dan mengucap takziah atas kematian isteri beliau. Aku tak mahu nak berspekulasi bahawa beliau salah atau tidak. Kena aniaya atau tidak. Kalau di Malaysia pun bila pihak berkuasa tangkap orang luar, berbagai alasan yang boleh diberi untuk menjustifikasikan penangkapan tersebut.

Mengikut dari apa yang diberitakan dalam media, aku berpendapat bahawa Omar mungkin ditahan dibawah akta yang kalau di Malaysia dipanggil ISA. Oleh itu tak payah lah Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh dan yang seangkatan dengan nya berpura pura dengan keyataan bahawa penahanan tersebut meragukan kerana belum ada pendakwaan terhadap Omar. Bukan kah ISA di Malaysia adalah penahanan tanpa didakwa dan dibicara ?.

Apa apa pun aku harap pihak UMNO yang nak menolong saudara Omar ini tolong lah dengan ikhlas dan sebaik mungkin dan jangan hanya untuk mendapatkan 'political milage'. Aku cakap sebab aku ada jumpa 1 entry seperti dibawah. Betul ke tidak.... Wallahualam!!!!

Alhamdulillah, akhirnya Omar Johor (panggilan orang kampung) dibenarkan pulang atas ehsan PM Laos sebagai memberi ruang dan peluang kepadanya untuk menziarahi pusara isterinya yang telah 3 hari meninggal akibat kompilasi pelbagai penyakit. Al Fatihah buat arwah isetri beliau.

Omar Johor merupakan orang kuat politik UMNO di kampung saya, kepulangan mendapat perhatian dari sahabat handai yg memang mengenali beliau. Tetapi sejak penahanannya tidak ada siapa yg memperdulikan nasibnya sehingga anak sulungnya sendiri membuat rayuan kepada pihak media meminta simpati kerajaan menyelesaikan kemelut yg dihadapi bapanya. Setelah kepulangannya diusahakan oleh kerajaan melalui Pemuda UMNO Malaysia, maka hari ini baru saya nampak batang hidung peminpim2 UMNO di peringkat bahagian pun mencelah-celah kononnya mereka begitu prihatin terhadap nasib yang merundung keluarga malang ini. Inilah politik berkala wawasan Bahagian Padang Besar.

Pun begitu, saya harap Pemuda UMNO Malaysia dapat mengambil tindakan tertentu supaya beliau dibebaskan setelah ditahan hampir 10 bulan tanpa pendakwaan. Apatah lagi beliau masih mempunyai anak-anak yang masih bersekolah yang perlu diberi perhatian.- http://cikguazam.blogspot.com

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...