KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad mengumumkan bahawa duti import ke atas bugi golf dimansuhkan serta merta bagi memacu pertumbuhan industri golf di negara ini.
Najib mengumumkan berita baik ini untuk kira-kira 200 padang golf di negara ini apabila menyampaikan hadiah-hadiah pada Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank.
Pemain remaja dari Korea Selatan berusia 18 tahun, Noh Seung-yul menjuarai kejohanan itu.
"Saya dimaklumkan bahawa salah satu cara yang kita boleh bantu dalam pembangunan kualiti padang golf di negara ini serta bagi memastikan kelab golf menyediakan kemudahan lebih baik ialah dengan memberikan pertimbangan dengan memansuhkan duti import bugi di negara ini.
"Jadi, pada majlis ini, sebagai Menteri Kewangan, saya ingin mengumumkan pemansuhan serta merta duti import ke atas semua bugi golf di negara ini," kata beliau.
Beliau berkata kerajaan akan terus menyokong pertubuhan industri golf di Malaysia kerana negara ini masih menjadi destinasi yang diminati untuk sukan ini.
Tahun lepas, negara menerima 350,000 pelawat yang datang ke Malaysia di mana golf merupakan sukan sepanjang tahun.
Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada Noh yang telah menjadi tumpuan dengan mengatasi pencabar yang lebih berumur.
Pemain Korea Selatan itu akan menyambut hari lahirnya ke-19 pada 20 Mei ini.
"Jadi, kita ada pemenang yang sangat muda dan adalah baik bahawa kita ada pemenang muda.
Pada usia begitu bukan menjadi penghalang untuk menjadi juara dan ia hendaklah menjadi sumber inspirasi kepada semua rakyat Malaysia yang berhasrat untuk menjadi juara," kata beliau.
Najib gembira bahawa kejohanan itu dapat menarik 1.2 bilion penonton di seluruh dunia.
Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA) Datuk Robin Loh mengalu-ngalukan dengan gembiranya pemansuhan duti import itu yang katanya ialah 50 peratus.
"Kita telah mohon pemansuhan ini sejak April tahun lepas. Padang golf 18-lubang pada lazimnya memerlukan 70 hingga 80 bugi dan pemansuhan ini adalah penjimatan besar," kata beliau.
Sebagai contoh, sebuah bugi yang diimport yang berharga RM20,000 akan berharga RM35,000 dengan duti import dan cukai lain, tambah beliau. - www.bernama.com

Aku cuma nak kata:
Ayat yang paling berhemah yang boleh aku kata @ tulis ialah PM aku ini adalah seorang yang kurang cerdik. Siapa lah agak nya penasihat di keliling pinggang PM atau adakah PM diberi tekanan oleh golongan berkepentingan?. Yang aku pelik tu, dalam banyak banyak benda, macam mana DS Najib boleh terfikir nak mansuhkan yang 1 ini. Berapa peratus kah dari jumlah rakyat Malaysia yang dapat manafaat atas pemansuhan ini. Rasa aku tak sampai 1%, itu pun yang dapat ialah tuan punya padang golf @ golf resort.
Jangan marah lah kalau aku kata, untuk orang kaya dan golongan berada, nak bagi lagi kaya kerajaan akan bagi AP, mansuhkan cukai bugi golf dan kurangkan cukai perniagaan. Untuk orang miskin dan golongan rakyat bawahan, asyik aysik yang didengar ialah "...kita akan kurangkan subsidi..", "kita akan kenakan GST.."
Bugi Golf saja ke yang dimansuhkan, Kereta WV Golf tak ada pengecualian duti import ke?. Tak aci lah macam ni Datuk Seri.....dan lagi 1 nak bagitau, slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dan UMNO juara rakyat ada lebih baik buang saja lah ke longkang kerana aku berpendapat slogan tersebut lama kelamaan akan menjadi senjata makan tuan kecuali lah kalau melayu masih dan mudah lupa.
Sekian.
Sekian.
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment