28 July 2008

HYDROFUEL

Semenjak harga seliter petrol naik menggila sehingga RM2.70 iaitu harga yang tak masuk akal, membuatkan aku dan mungkin ramai lagi yang lain selalu tercari cari alat penjimat minyak. Aku dah pasang magnet Magsaver pada Honda Odyssey buruk aku. Model RA1 berkapasiti 2200 CC. 1 set ada 2 biji, untuk kereta 2000 CC keatas kena pasang 2 set iaitu 4 biji. Jimat lah jugak, tapi untuk perjalanan jauh dan constant speed tidak melebihi 100 km/j. Kalau town area driving dan bawa gila gila, jangan harap nak jimat. Aku pun tak tahu samada berbaloi atau tidak penjimatan ini kalau nak dibanding dengan kos magsaver iaitu RM388 (sebiji RM97) :
  1. RM50 Sebelum petrol naik harga - 250 KM
  2. RM50 Selepas petrol naik harga - 150 KM
  3. RM50 Selepas petrol naik harga + Magsaver - 190 hingga 200 KM
Ada jugak terfikir nak pasang NGV, tapi kos buat masa ni tinggi sangat , dari RM 5000 hingga RM8000. Kalau pasang sekarang ni mau papa kedana aku dibuat nya.
Dalam dok surfing ni aku teringat ada satu segmen di dalam Berita Perdana TV3 tempohari, cerita tentang Hydrofuel. Cari punya cari dapat lah info dibawah ni dan boleh lah kita sama sama kongsi, cuma aku tak pasti adakah Dr.Halim dan Syarikat nya yang keluar dalam segmen berita TV3 tu?. Mungkin berbaloi kalau pasang......lagi pun tak ambil ruang yang banyak untuk letak bekas berisi 5 liter air. Tak macam NGV.....
-ATMN

HYDROFUEL


HYDROFUEL MALAYSIA
Syarikat Hydrofuel milik Dr Halim. Dr Halim merupakan saintis yang pernah berkhidmat sebagai seorang ketua saintis sebuah syarikat telekomunikasi gergasi di Amerika Syarikat. Banyak maklumat berguna telah diperolehi. Produk ini masih lagi dalam proses untuk mendapat kelulusan daripada PUSPAKOM dan JPJ dijangka pada September 2008. Sekiranya tiada aral melintang, produk ini juga akan dirasmikan pada bulan September. Projek Hydrofuel ini dijangka akan memacu industri automotif Malaysia ke tingkat yang lebih tinggi.




Bagaimana Hydrofuel Berfungsi?
Secara asasnya, hydrofuel menggunakan proses elektrolisis. Menggunakan bekas plastik atau kaca, kemudian air diisi ke dalam bekas tersebut. Kemudian anda hanya perlu melengkapkan litar elektrolisis dengan menggunakan 2 elektrod iaitu sebagai terminal positif dan negatif yang mempunyai perbezaan voltan mencukupi untuk meleraikan molekul air (H20) kepada H+H+O. Sumber tenaga adalah bateri 12 volt. Dengan cara ini, gas hydrogen dapat dihasilkan dan disalur terus ke dalam enjin untuk menggalakkan pembakaran yang lebih baik dan boleh menjimatkan penggunaan minyak sehingga 50% kerana gas hydrogen merupakan pemangkin pembakaran yang baik dari segi kimianya.

Kereta apa yang boleh guna hydrofuel?
Hydrofuel boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan sama ada berenjin diesel, petrol atau turbo. Tetapi buat masa sekarang, ianya hanya boleh digunakan untuk enjin berkapasiti 2 liter dan ke bawah dan paling berkesan utk enjin carburator. Bermakna dari kancil 660 sampailah Lancer 2.0 masih lagi boleh menggunakan sistem ini. Kerana perbezaannya hanyalah penambahan gas hydrogen (tidak berbahaya) ke dalam sistem “air intake” (kemasukan udara ke enjin) melalui air filter hose seperti biasa. Tidak akan menyebabkan enjin anda rosak dan sebagainya. Gas hydrogen hanya digunakan sebagai pemangkin pembakaran. Seperti juga alat penjimatan minyak lain seperti “pil jimat minyak” yang menjadi pemangkin pembakaran.

Harga sistem hydrofuel dan bagaimana untuk membelinya?
Setakat ini (Julai 2008), masih lagi tiada pihak yang secara rasminya menjual dan mengkomersilkan alat ini. Pihak syarikat hydrofuel yang pertama oleh Dr Halim juga masih menjalankan research tentang produk ini. Diharap semua pengguna kereta yang ingin menggunakan alat penjimatan minyak berasaskan air ini menunggu dengan lebih sabar untuk memiliki hydrofuel yang benar2 boleh menjimatkan minyak. Tunggu sehingga ramai yang dah menggunakannya serta memberi respon positif terhadap kesan penggunaan hydrofuel, baru anda mengambil keputusan untuk membeli sistem ini yang difahamkan berharga RM1200.

Sementara itu, sekiranya anda berminat untuk menjalankan kajian sendiri, ada beberapa buah ebook dijual mengenai bagaimana nak setup sistem ini dalam bahasa inggeris. Kos ebook sekitar RM350.
Sistem “Hidro Reaktor” menyerupai hydrofuel telah berada di pasaran dengan harga RM560 atau ebook yang berharga RM300.

Mengapa produk Hydro Reaktor tidak digalakkan dipasang kepada kenderaan yang menggunakan teknologi Injection?
Kenderaan yang menggunakan teknologi Injection perlu menggunakan alat tambahan yang khas bagi “overwrite” chip di ECU. Risiko kepada kenderaan yang mempunyai masalah yang sedia ada terhadap injection kenderaan mereka. Ini akan menyebabkan kadar penggunaan minyak akan lebih tinggi lagi. Alat ini TIDAK akan menjimatkan petrol pada kenderaan yang mempunyai EFI. Juga SUV dan kenderaan berat.Satu alat (EFIE) diperlukan untuk overright computer system fuel/air mixture. Jika tidak,computer akan menambahkan petrol. Jika tiada alat ini..berhati-hati. Alat ini tidak digalakkan pemasangannya pada kenderaan EFI.
Sumber : http://kereta.info/

Jika nak belajar buat sendiri hydrofuel, boleh cuba download ebook DIY ni yang memang free:

1. SMACK BOOSTER
http://www.smacksboosters.110mb.com/

2. HOTSABI BOOSTER
http://www.fuelcostcutting.com/Hotsabi.pdf

Do it yourself! Selamat menjimatkan minyak!


23 July 2008

Pedra Branca - Tuntutan Baru Temasek

Sudah jatuh ditimpa tangga, dihempap pulak pasu bunga. Itu lah ibarat atau perumpamaan yang paling sesuai buat Negeri Johor Khas nya dan Negara ku Malaysia Am nya. 2 bulan yang lepas Pulau Batu putih terlepas ke tangan Singapura dan Y.B. Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim menyifatkan ia nya WIN WIN situation. Untuk mengaku kepada rakyat bahawa Pasukan Malaysia telah gagal mempertahankan pulau tersebut adalah tidak sama sekali. Sekarang, Singapura lebih berani menuntut apa yang dirasakan hak nya. Tuntutan terbaru, Zon Eksklusif Ekonomi bagi kawasan perairan sekitar Pulau Batu Putih. Jurucakap kerajaan menyatakan rasa terkilan dan tidak berpuas hati kerana Singapura tidak berbincang terlebih dahulu dengan Malaysia sebelum mengutarakan tuntutan itu.

Aku nak tanya, Perlukah Singapura berbincang dengan Malaysia dalam menentukan laman rumah mereka sendiri yang diiktiraf oleh ICJ, sepertimana Paklah dan BN berbincang dengan PM Singapura di Langkawi untuk membangunkan Wilayah Iskandar ?. Singapura memang acap kali menyakiti hati jiran jiran nya terutama sekali Malaysia. Kita aje yang sebok nak jaga hati jiran kita tapi jiran kita tu peduli pun tidak.

Entah lah....Aku pun bukan tau sangat pasal politik. Yang aku tahu Negara tanah tumpah darah aku ini sikit demi sedikit berpindah milik...tapi takpe..boleh lah jugak bagi tau anak cucu...'tempat tu lah dulu atuk ngan kawan kawan atuk main konda kondi.'.
...........teringat kata kata Almarhum Ayahanda Sultan Selangor sekarang Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
tentang Kampung Baru K.L semasa baginda melawat ke Kg. tersebut. 'tempat beta membesar dan ini kg. beta'...........



SINGAPORE, July 22 — Two months after being awarded its claim over Pedra Branca, Singapore is going ahead to claim an Exclusive Economic Zone around the island.

Dr Balaji Sadasivan, Senior Minister of State for Foreign Affairs, told Parliament the "precise coordinates" would be announced at an appropriate time. According to the United Nations Convention on the Law Of the Sea (Unclos), a state can claim an Exclusive Economic Zone up to 200 nautical miles from its lands and islands, and up to 12 nautical miles of territorial sea.

If disputes arise with neighbouring countries, Singapore "will negotiate ... with the view to arriving at agreed delimitations in accordance with international laws", he added.... baca seterusnya di sini..http://themalaysianinsider.com/index.php/headlines/42-lead-stories/2076-singapore-claiming-eez-around-pedra-branca

20 July 2008

Mercerdes Benz E200 Kompressor

Cerita pasal kereta Mercerdes Benz lagi. Kali ini Mercerdes Benz E200 Kompressor. Menteri Besar Terengganu mempertahankan pembelian 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi baru anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri. Malas nak komen panjang panjang....cuma bila dia kata dapat berjimat dari segi kos penyenggaraan dalam tempoh jangka panjang, aku nak jugak tahu panjang mana jangka nya? 5 tahun? 10 tahun?. 4 tahun aje dah tukar...jangka panjang apekebende !!!!
Anyway... kalau tanya pada yang KONTRA, mesti diaorang kata "membazir aje", "bermewah mewah sedangkan rakyat khusus nya rakyat terengganu masih dalam belenggu kemiskinan" dan macam macam lagi.
Kalau tanya pada yang PRO, mungkin diaorang jawab, "itu hak Kerajaan Negeri Terengganu", "Dia bukan guna duit royalti apasal nak bising pulak", "OK la tu..baru la Kerajaan Terengganu ada 'Class'", "nak jaga imej Kerajaan...apa salah nya.."
Aku ?? KONTRA ke PRO ?
- Kereta aku umur dia 11 tahun...Okey aje..


KUALA TERENGGANU 20 Julai
– Menteri Besar, Datuk Ahmad Said (gambar) menafikan pembelian 14 kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi baru anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri menggunakan wang royalti minyak.

Sambil mempertahankan pembelian kereta itu, beliau berkata, ia sudah lama dirancang bagi menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 Executive bertujuan menjimatkan perbelanjaan tahunan.

‘‘Pembeliannya menggunakan peruntukan yang sudah disediakan sebelum ini. Ia tidak libatkan royalti minyak. Bagaimana hendak guna wang royalti minyak sedangkan kita belum menerimanya daripada Kerajaan Pusat?” katanya selepas tahlil sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin ke-46 di Istana Maziah di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Ahmad berkata, kerajaan negeri terpaksa membuat pembelian tersebut ekoran kos penyenggaraan Proton Perdana terlalu tinggi kerana mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh.

‘‘Kita bukan hendak kata kereta nasional tidak baik tetapi hakikatnya tidak sampai dua tahun digunakan, ia terpaksa disenggara kerana beberapa komponen seperti kotak gear rosak.

‘‘Sebagai contoh, kereta yang digunakan oleh anggota Exco kerajaan negeri, Toh Chin Yaw sudah dua kali disenggara dalam tempoh dua tahun melibatkan kos RM50,000,” ujarnya.

Katanya, walaupun kos permulaan pembelian kereta Mercedes tinggi tetapi kerajaan negeri dapat berjimat dari segi kos penyenggaraan dalam tempoh jangka panjang.

-Sumber dari Utusan Malaysia


Kepada mereka yang tak mampu nak beli atau mampu beli tapi tak mampu nak bayar insuran dan isi minyak dia, maka ambil saja lah gambar diatas untuk jadikan 'Desktop Wallpaper'


16 July 2008

'KEREMOT' Merz C200 - made in SIAM


Yang atas ni gambar Merz C200 Kompressor sahabat aku si Omar Abas...tapi bila dia tengok gambar yang bawah ni, mesti dia tangkap nangis syahdu la.....

Ini lah dia kelebihan di SIAM. Ada mangga Siam, durian Siam, Kembar Siam, Adidas Siam dan yang ini boleh di panggil KEREMOT Merz Siam kot....Untuk cerita selanjut nya sila ke klik SINI

Note- Sport Rim nampak macam sama aje......

15 July 2008

DEBAT "Hari ini membentuk kerajaan, esok minyak turun"- Ulasan Aku

Syabas dan tahniah kepada kedua dua pendebat. Tak kisah lah siapa menang atau siapa kalah. Orang yang sokong Kerajaan akan kata Datuk Shabery menang dan yang sokong Pembangkang akan kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menang. Lagi satu yang best nya Datuk Johan Jaafar tak dapat nak potong orang punya jalan, seperti yang selalu beliau buat.

Kalau diperhatikan dalam debat tersebut, nampak sangat Datuk Shabery tak mampu untuk menangkis fakta yang diberikan DSAI dan ada ketika nya ia seperti terpegun. Selain daripada itu Datuk Shabery tidak bijak dalam menggunakan waktu yang begitu terhad untuk menyampaikan hujah yang boleh mempertahankan tindakan Kerajaan menaik kan harga minyak secara mendadak. Peluang yang diberikan kepada beliau lebih banyak di gunakan untuk menyerang peribadi DSAI, beliau lebih banyak mengulang sejarah demonstrasi tahun 1974 yang di pimpin oleh DSAI dan juga kelemahan DSAI semasa dalam kabinet. Datuk Shabery tidak perasan, beliau langsung tidak menjawab soalan yang diutarakan oleh DSAI, soalan tersebut dibiarkan tergantung. Beliau juga langsung tidak menjawab soalan yang dikemukakan oleh pembantu DSAI iaitu Zulkifli Sulong berkaitan kenaikan minyak 30 sen pada 2006. Beliau lebih banyak menyebut pasal petronas walhal DSAI berulang kali berkata bukan wang petronas yang dipersoalkan tapi hanya satu billion dari jumlah wang yang petronas bagi pada kerajaan iaitu dalam bentuk cukai/royalti/dividen yang sepatutnya diguna untuk mengurangkan harga minyak.

Dalam debat tersebut juga, DSAI seolah olah berjaya mendapatkan simpati penonton dan jugak berjaya mempromosi kan Pakatan Rakyat dan sekali sekala menghentam UMNO dan BN. Yang best nya bila DSAI mengulas definasi Subsidi & insentif. Kata beliau, kalau bagi pada rakyat dipanggil subsidi, tapi kalau kepada Koperat dan Kroni dipanggil insentif. Kalau tak silap, DSAI sempat juga bagitau yang beliau akan bertanding dalam satu pilihanraya kecil tak lama lagi.

Kesimpulan nya:
1. DSAI lebih banyak mengemukakan fakta dari Datuk Shabery
2. DSAI memang mempunyai kemahiran sebagai live debater, bijak menggunakan peluang yang diberikan, beliau telah menggunakan segala yang ada untuk menyampaikan mesej beliau beserta fakta yang mana peluang ini tidak digunakan oleh Datuk Shabery
3. Sekalung tahniah kepada Datuk Shabery kerana berani berhadapan dengan DSAI (dalam konteks debat ini).
4. DSAI mendapat credit yang cukup bermakna daripada debat ini, Syabas DSAI
5. Debat ini memang bagus untuk mereka yang mahu berfikir dan prihatin tentang isu isu semasa.

Aku ???.....BRAVO DSAI !!!!!!


13 July 2008

DEBAT MINYAK



Harap harap Debat ini jadi....jangan tak jadi
....tapi rasa rasa nya macam tak jadi...


12 July 2008

Photo of the day: 12 July 08 - high diving competition in Bosnia

A competitor dives from the 14 meter-high bridge over Drina river during annual high diving competition in Bosnian town of Visegrad July 12, 2008. (REUTERS/Stringer)

Photobucket

05 July 2008

Kalau Sudah Gila JUDI

Dalam akhbar Sinar Harian 3/7/08 muka 14 disiarkan gambar seorang lelaki dipercayai Melayu/Islam yang ditahan oleh pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana membeli nombor ekor empat digit di Pelabuhan Kelang. Menurut laporan pihak JAIS telah mengadakan operasi sehari disekitar Pelabuhan Kelang bagi menguatkuasakan Seksyen 17, Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang melarang umat Islam melibatkan diri dalam sebarang kegaitan perjudian. Dalam operasi tersebut seramai 35 orang telah ditahan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak JAIS atas operasi berkenaan, namun demikian ianya perlulah terus dipertingkatkan. Aktiviti perjudian "halal" di Selangor bukan hanya melibatkan satu syarikat perjudian tetapi sekurang-kurangnya tiga iaitu Magnum 4D, Sports Toto dan Pan Malaysian Pools.
- di petik dari http://n32.blogspot.com/2008/07

Apabila membaca artikel seperti diatas aku teringat kepada satu gambar (gambar dibawah) yang aku dapat melalui e-mail pada tahun lepas. Memang benar sekeping gambar menceritakan segala gala nya, lebih lebih lagi gambar digital. Selagi gambar digital tersebut tidak di edit, kita boleh dapat maklumat tentang gambar itu melalui image properties. Dari image properties gambar dibawah ini diambil dengan kamera talipon bimbit Nokia N73 dan diambil pada 13 Oktober 2007. Setelah dibuat semakan/pencarian di internet, 13 Oktober 2007 adalah Hari Raya Aidil Fitri (Hari raya pertama).

Persoalan nya ialah sebagai seorang Muslim tak boleh ke kita menghormati ugama kita sendiri. Kalau kita sebagai Muslim tidak menghormati bagaimana lah kita nak harapkan Non Muslim menghormati Ugama Kita...Wallahualam bi shawab.

*Nota: Gambar dibawah ini adalah untuk dijadikan Iktibar/pengajaran semata mata dan tidak berniat untuk menghina atau mengaibkan sesiapa - BAT

( Klik foto untuk saiz sebenar - untuk tidak mengaibkan, muka lelaki bersampin tu di blurkan)


Image Properties yang memaparkan sebahagian maklumat gambar tersebut


03 July 2008

Anugerah Perkhidmatan Setia TNB 25 Tahun - Satu Imbauan

Aku & Isteri yang banyak berkorban jiwa raga


Aku mula kerja dengan Lembaga Letrik Negara (LLN) di Stesen Janaelektrik Jambatan Connaught, Kelang, Selangor D.E (SJJC) pada 1 Jun 1979, sebagai Buruh Am (Pelbagai) dan gred D47 iaitu gred yang paling bawah sekali. Umur pada masa tu 18 tahun. Macam macam kerja yang tak terlintas di otak, aku kena buat. Angkat sampah, pam racun nyamuk, siram pokok bunga, bersih longkang, sabit rumput dan pelbagai lagi. Sekarang TNB dah tak ambil lagi staf yang macam ni..tak standard agak nya. Kerja kerja sebegini diserah pada kontrak.


Aku bersama sahabat lama N.Raman, merangkap 'banker' aku masa sama sama sabit rumput. Bila tak ada duit dia lah tempat aku pinjam. Walau pun ada 'bunga', tapi biasa nya bunga dengan pokok pun langsung tak bayar. N.Raman kata aku dah halalkan dah, itu cerita lama kata nya...


Pada 1 Jun 2004 genap lah perkhidmatan aku dengan LLN/TNB selama 25 tahun. Majlis Anugerah Perkhidmatan Setia 25 tahun diadakan 2 tahun kemudian iaitu pada 20 Jun 2006. Tak tahu lah apa masaalah atau strategi Pengurusan atasan TNB melewatkan sehingga 2 tahun. Majlis Anugerah diadakan di Dewan Merdeka PWTC K.Lumpur. Anugerah nya pula adalah Sijil Penghargaan Khidmat Setia dan hadiah pilihan iaitu samada jam tangan atau rantai tangan emas. Aku pilih rantai tangan emas untuk isteri tersayang aku.



Masa sedang posing ambil gambar diatas ni Dato' Seri tanya aku...

Dato' Seri Che Khalib : " Dari mana ?"

Aku : " Dari S.J Kapar, Tok!!"

Dato' Seri Che Khalib : " OOO....ini orang 2 alam.."

Kitaorang sama sama tergelak.

Mana tak 2 alam nya, Aku dan Majoriti Staf lain adalah Staf TNB tapi dipinjamkan ke Kapar Energy Ventures (KEV). Dalam lain perkataan, bekerja di satu tempat tapi mempunyai 2 status. Nasib aku lah LABUUU.......

Akhir kata kalau panjang umur, pada 1 Jun 2009 genap lah aku berkhidmat dengan LLN/TNB selama 30 tahun dan kalau Dato' Seri Che Khalib pun panjang umur dapat lah aku bergambar dengan beliau lagi 2 tahun kemudian nya..tahun 2011 ??...Itu pun kalau beliau masih lagi CEO TNB...., manalah tau kot jadi menteri ke, macam bekas CEO MayBank....Siapa tau ye Dato' Seri !!..


*Pstt... Sekarang tentu dia tak ingat aku dah sebab dia dah bergambar dengan beribu orang, sedangkan aku baru bergambar dengan dia sorang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...