Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

03 July 2008

Anugerah Perkhidmatan Setia TNB 25 Tahun - Satu Imbauan

Aku & Isteri yang banyak berkorban jiwa raga


Aku mula kerja dengan Lembaga Letrik Negara (LLN) di Stesen Janaelektrik Jambatan Connaught, Kelang, Selangor D.E (SJJC) pada 1 Jun 1979, sebagai Buruh Am (Pelbagai) dan gred D47 iaitu gred yang paling bawah sekali. Umur pada masa tu 18 tahun. Macam macam kerja yang tak terlintas di otak, aku kena buat. Angkat sampah, pam racun nyamuk, siram pokok bunga, bersih longkang, sabit rumput dan pelbagai lagi. Sekarang TNB dah tak ambil lagi staf yang macam ni..tak standard agak nya. Kerja kerja sebegini diserah pada kontrak.


Aku bersama sahabat lama N.Raman, merangkap 'banker' aku masa sama sama sabit rumput. Bila tak ada duit dia lah tempat aku pinjam. Walau pun ada 'bunga', tapi biasa nya bunga dengan pokok pun langsung tak bayar. N.Raman kata aku dah halalkan dah, itu cerita lama kata nya...


Pada 1 Jun 2004 genap lah perkhidmatan aku dengan LLN/TNB selama 25 tahun. Majlis Anugerah Perkhidmatan Setia 25 tahun diadakan 2 tahun kemudian iaitu pada 20 Jun 2006. Tak tahu lah apa masaalah atau strategi Pengurusan atasan TNB melewatkan sehingga 2 tahun. Majlis Anugerah diadakan di Dewan Merdeka PWTC K.Lumpur. Anugerah nya pula adalah Sijil Penghargaan Khidmat Setia dan hadiah pilihan iaitu samada jam tangan atau rantai tangan emas. Aku pilih rantai tangan emas untuk isteri tersayang aku.



Masa sedang posing ambil gambar diatas ni Dato' Seri tanya aku...

Dato' Seri Che Khalib : " Dari mana ?"

Aku : " Dari S.J Kapar, Tok!!"

Dato' Seri Che Khalib : " OOO....ini orang 2 alam.."

Kitaorang sama sama tergelak.

Mana tak 2 alam nya, Aku dan Majoriti Staf lain adalah Staf TNB tapi dipinjamkan ke Kapar Energy Ventures (KEV). Dalam lain perkataan, bekerja di satu tempat tapi mempunyai 2 status. Nasib aku lah LABUUU.......

Akhir kata kalau panjang umur, pada 1 Jun 2009 genap lah aku berkhidmat dengan LLN/TNB selama 30 tahun dan kalau Dato' Seri Che Khalib pun panjang umur dapat lah aku bergambar dengan beliau lagi 2 tahun kemudian nya..tahun 2011 ??...Itu pun kalau beliau masih lagi CEO TNB...., manalah tau kot jadi menteri ke, macam bekas CEO MayBank....Siapa tau ye Dato' Seri !!..


*Pstt... Sekarang tentu dia tak ingat aku dah sebab dia dah bergambar dengan beribu orang, sedangkan aku baru bergambar dengan dia sorang.


7 comments:

omarabas said...

Maaf cakap ye kawan,baju batik yang kau pakai tu cantik.Tapi dah 10 tahun aku perasan kau pakai baju tuuu aje,tak ada baju lain ke?

Ahmad Tarmizi said...

Ape nak buat...Kalau jadik AJK Kelab, boleh gak tukar 5 tawon skali...waakaaaa.....

omarabas said...

Maaf cakap lagi ye,bila nak ambik lagi anugerah setia kali ke-2 pulak? sebulum pegi ambik tu jumpa aku dulu ye...nanti aku bagi kau pilih yang mana yang kau suka.

kawan said...

Cerita pasal Anugerah ni..ada sorang kawan tu dia dah pencen dah sekarang ni, cerita kat aku, katanya kau dah ambil Anugerah 25Tahun?kata ku sudah..Tanya dia lagi..Kau ambil apa? kata ku..ambil Gelang untuk Isteri, jawabnya..aku dulu ambil Jam Tangan..untuk 30 Tahun pula aku ambil Gelang utuk Isteri, 35 Tahun pula aku ambil Rantai untuk isteri juga..kemudian isteri aku tanya masa aku pakaikan rantai tu..untuk 40 Tahun tak de ke Bang? jawab kawan ku tu ADA..TNB BAGI SENAPANG UNTUK TEMBAK AWAK...tergelak besar aku dengar cerita dia ni..Kau fikir sendiri la Mizi cerita dari siapa tu...

Anem said...

Salam Encik Tarmizi,

Saya ni seorang pelajar di sebuah universiti di luar negara, insyaAllah bulan 6 saya akan pulang untuk praktikal industri di Stesen JanaElektrik ni.

Disebabkan saya tidak berada dalam negara, jadi saya tak tahu mcm mana nak ke tempat ni dan saya tak dapat buat penyelidikan mcm mana nak ke sana menggunakan kenderaan awam.

Boleh tak saya nak tanya encik Tarmizi, daripada stesen KTM Bukit Badak ni boleh ke saya sampai ke stesen janaelektrik itu? Atau perlukah saya ambil teksi untuk ke sana dari stesen KTM tu?

Pertolongan dan maklumat dari encik saya amat amat hargai.

Salam dari Montreal, Canada.

Ahmad Tarmizi said...

Assalamuakaikum!
Kepada Menome, sila bagi kan email, supaya saya boleh hubungi kamu
TQ

Anem said...

Waalaikum salam,

Terima kasih kerana sudi reply. Ni email saya.

anem_hashim@hotmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...