14 March 2010

Himpunan PROTES 15 Mac di perkarangan Parlimen ditangguh-Rakyat Menang Pusingan Pertama

Sidang Media tergempar telah diadakan pada jam 11.30 pagi di Pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut.

Jawatankuasa PROTES terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang telah membuat laporan yang berterusan mengenai perkembangan Bantahan terhadap GST yang dirancang dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga bermula pada sidang Parlimen kali ini.

PROTES juga mengucapkan terimakasih di atas kebangkitan rakyat yang sudah bersedia untuk sama-sama turun menyatakan bantahan terhadap isu ini.

PROTES meyakini kita telahpun menang pusingan pertama dalam usaha memPROTES pelaksanaan GST.

Ini adalah kejayaan rakyat dan PROTES mengucapkan SYABAS kepada semua rakyat.

Oleh itu PROTES membuat keputusan untuk MENANGGUHKAN Perhimpunan Aman Rakyat Membantah GST yang dirancangkan untuk diadakan di perkarangan Parlimen esok.

Ini tidak bermakna kita terus membatalkan usaha ini, kita akan tetap teruskan usaha mendesak kerajaan untuk terus membatalkan GST. Usaha memberi penerangan kepada rakyat akan diteruskan.

Jika pada suatu hari nanti kerajaan mengambil sikap melaksanakan GST, PROTES tidak akan berlengah bagi mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk mengGagalkannya Sebelum Terlambat. - http://protes2010.blogspot.com

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...