Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

19 September 2008

ISA: Teresa Kok dibebaskan

Sep 19, 08 1:19pm

Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini selepas disiasat selama seminggu. Beliau dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur jam 1 petang.

Beliau berada di balai polis berkenaan selama 40 minit untuk proses urusan pembebasan sebelum keluar bersama ibu bapanya (foto kiri), peguamnya Sankara Nair dan pembantunya Mandy Ooi.


DAP memaklumkan satu sidang media berhubung pembebasan itu akan diadakan di ibu pejabatnya di Petaling Jaya jam 3.30 petang.

Exco kanan kerajaan Selangor itu ditahan bawah ISA menjelang tengah malam Jumaat lepas.

Beliau antara tiga orang yang ditahan minggu lalu bawah kontroversi itu selepas penangkapan editor Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng. Tan dibebaskan Sabtu lepas, sementara Raja Petra masih ditahan.


Untuk berita penuh sila ke Malaysiakini.com atau Utusan online


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...