Soalan :
"Profesor, saya tidak pernah mengundi dan saya sendiri tidak pernah
kisah dengan isu pilihan raya. Pada saya,dalam politik semuanya sama.
Saya tidak suka terlibat dengan politik. Tidak kira politik kampus,
mahupun politik negara. Bolehkah saya terus berpegang pada cara ini?"
Jawapan Prof Dr Muhaya :
"Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan dengan politik.
POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan. Mengapa kita tidak menyukai
politik?. Ini kerana, dalam politik barat mereka mencari kuasa dan
menjatuhkan orang lain.
Politik islam pula bertujuan mentadbir
dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN dengan
politik. Ambil perhatian atas perkara-perkara yang berlaku. Gunakan
kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat
menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.
Sekiranya
kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa
pemerintahan akan mendapat kuasa itu.Apabila orang yang tidak layak
mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Ini kerana
kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Islam
menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara
musyawarah peringkat global.."
Dipetik dari Buku "PELAJAR BERTANYA PROF. DR.MUHAYA MENJAWAB"
Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com
No comments:
Post a Comment