Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

21 April 2010

Dr Halili keluar PKR sertai UMNO satu rahmat buat Pakatan Rakyat

PETALING JAYA, 20 April - Suhu kehangatan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor kian meningkat apabila Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat keluar parti dan menyertai UMNO semalam.

Dr Halili, nama yang sebelum ini disebut-sebut dan disenaraipendekkan sebagai calon PKR untuk kerusi P094 ini bagaimanapun menafikan tindakannya itu disebabkan kecewa kerana tidak terpilih. Sebaliknya, ia disebabkan selama dua tahun, PKR yang menduduki kerusi parlimen Hulu Selangor gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat.

"Saya faham Allahyarham (Dr Zainal Abidin Ahmad) uzur, tetapi yang menghairankan saya kenapa PKR tidak membantu pejabat beliau dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat?" katanya.

Beliau yang merupakan anak tempatan pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya sebelum ini iaitu di Hulu Selangor (1999) dan DUN Batang Kali (2004) tetapi tewas kedua-duanya.

Bagaimanapun, kalangan pemerhati politik khususnya penyokong PKR menyifatkan tindakan Dr Halili ini lebih dianggap satu rahmat dan bukannya tamparan buat Pakatan Rakyat. Hal ini menunjukkan keputusan parti untuk tidak memilih beliau sebagai calon adalah tepat.

"Nama beliau memang antara yang dicalonkan. Mujur kita tak pilih beliau. Kalau kita pilih, sudah tentu ia akan merugikan rakyat. Alhamdulillah, keputusan Dr Halili keluar parti ini seolah-olah suatu rahmat daripada Allah. Saya cuma nak ucapkan terima kasih," kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfudz Omar.

Kata-kata Mahfudz itu dipercayai bermaksud, lebih baik Dr Halili keluar parti dalam keadaan sekarang (tidak menjadi calon) daripada beliau dipilih menjadi calon PKR, bertanding dan menang sebagai ahli parlimen tetapi kemudiannya keluar parti dan menjadi ahli parlimen bebas.

Dr Halili yang merupakan pakar bedah saraf dan rakan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun mendakwa beliau telah berfikir lama sebelum ini untuk keluar dari PKR. Beliau juga berterima kasih kepada pimpinan UMNO kerana menerima beliau sebagai ahli baharu. Namun, beliau dilaporkan antara yang turut hadir sewaktu Anwar mengumumkan siapa yang akan mewakili PKR dalam pilihan raya ini, dan keadaan tersebut mengundang tanda tanya kepada orang ramai. - http://www.malaysiaharmoni.com




Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...