Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

11 May 2009

Mahkamah: Nizar Menteri Besar Perak yang sah.


Mohammad Nizar Jamaluddin waves as he leaves a court in Kuala Lumpur, Malaysia, Monday, May 11, 2009. A Malaysian court ruled Monday that the ruling coalition unlawfully ousted the chief minister of a state previously ruled by the opposition in a major blow to the new prime minister's efforts to consolidate power. AP Photo

Alhamdulillah !, akhir nya semangat melawan dan berani kerana benar membuahkan hasil. Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengistiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Dalam permohonan itu, Nizar mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

1. Tidak terdapat pembubaran DUN Perak

2. Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak


3. Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.


Tiga alasan ini lah yang selalu dihujahkan oleh pihak Nizar dan Pakatan Rakyat dalam kempen-kempen penerangan dan ceramah. Di pihak Zamry, mereka cuma menggunakan alasan mendapat lebih majoriti apabila 3 wakil rakyat dari Pakatan Rakyat melompat ke BN. Disamping itu Zamry juga mendakwa mendapat perkenan pihak Istana Perak dan menuduh Nizar seorang penderhaka.

Sementar itu di Kota Bharu, YAB Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan beberapa kenyataan dan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung dengan kemenangan Dato' Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin di Makamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz "Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembahyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini" katanya. Menurut sumber setelah Tuan Guru Nik Aziz menerima berita ini beliau telah solat sunat dan disusuli dengan sujud syukur.

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...