Memalukan! Itulah ungkapan pakar-pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Barisan Nasional menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.
Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.
“Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.
“Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Spekaer V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.
Menurutnya, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.
Secara keseluruhan Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah tidak betul.
Katanya, rampasan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.
“Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat,” katanya.
Sumber: http://greenboc.blogspot.com
.
Komen aku: Sudah sampai masa nya pihak Polis menyatakan pendirian mereka samada boleh atau tidak pihak mereka menceroboh/mengganggu/masuk kedalam Dewan Undangan Negeri atau Parlimen. Nyatakan saja BOLEH atau TIDAK ?.
.
Setahu aku masa kes Karpal Singh di kepong oleh pemuda UMNO di kawasan bangunan Parlimen tempohari, Polis sendiri menyatakan bahawa mereka tidak boleh memasuki Parlimen, tetapi kes di Perak ini lain pulak. Mereka sewenang wenang nya memasuki DUN.
.
Minta maaf lah ye!!! nak bagi peringatan sikit....
.
Kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang lain (Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan) berwaspada dan berhati-hati. Jangan lagi nak bersangka baik dengan 'mereka'. Tidak mustahil 'mereka' mungkin akan melakukan benda yang sama seperti di Perak. Mungkin selepas ini Selangor pulak...siapa tahu?. Remember who is the UMNO head for this state?
.
Sekian
No comments:
Post a Comment