Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

31 October 2008

Razak Baginda bebas



Abdul Razak Baginda diiring isterinya, Mazlinda Makhzan dan anak mereka,
Roweena selepas beliau dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan bersubahat
membunuh Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 31 Okt. – Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas perbicaraan berlangsung selama 151 hari.


Hakim Datuk Mohd. Zaki Md Yasin memutuskan membebaskan Abdul Razak, 48, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat. Beliau juga menerima kandungan afidavit yang diikrarkan oleh Abdul Razak yang telah dikemukakan sebagai bukti pada perbicaraan.


Bagaimanapun, Hakim Mohd. Zaki memerintahkan dua tertuduh utama, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya.

* Mahkamah Tinggi Shah Alam akan mendengar keterangan bela diri Azilah dan Sirul Azhar mulai 10 November depan.

* Pihak pendakwaan akan mempertimbangkan untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan membebaskan Abdul Razak. Peguam pemerhati keluarga Altantuya dan kerajaan Mongolia, Karpal Singh akan menghantar surat kepada Peguam Negara agar memfailkan rayuan tersebut.

* Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul Azhar Umar memaklumkan Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa pihaknya bercadang memanggil pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai saksi.

* Mahkamah menerima keterangan Lans Koperal Rohaniza Roslan dan Deputi Supritendan Mohd. Yusri Hassan Basri yang kebolehpercayaan mereka dicabar oleh pasukan pendakwaan setelah mereka dikatakan memberi keterangan bercanggah.


Ulasan aku: Awal-awal lagi aku sudah menjangkakan bahawa Razak Baginda akan dilepaskan. Mungkin dia disediakan sebagai kambing hitam 'scape goat' untuk sebarang kemungkinan. Mungkin benar dia memang tidak bersalah dalam pembunuhan tersebut.


Dua orang lagi tertuduh terpaksa menghadapi perbicaraan bagi membela diri. Mungkin benar mereka yang membunuh Altantuya. Cuma yang menjadi tandatanya ialah apa kah motif dua orang ini membunuh mangsa. Bagaimana mungkin dua orang ini yang tidak mengenali mangsa, bangun tidur di satu pagi dan terus mencari wanita bernama Altantuya untuk dibunuh dan diletupkan. Apa kah kedua dua tertuduh ini gila ? membunuh tanpa sebab?.


Sebenar nya semua orang yang mengikuti kes ini tahu bahawa ada sesuatu yang tak kena. Aku yang tak berapa pandai ini pun boleh senarai kan 'check list' apa yang patut di teliti dan di fokus kan dalam kes ini.


1. Kebiasaan, anggota Polis menerima arahan dari 'pihak atasan'- cari siapa dia?


2. Bahan letupan C4, ini barang kawalan tau.!!!...macam mana boleh lepas.. ?? Siapa kasi lepas ???


3. Masa prosiding mahkamah tempohari, sepupu Altantuya Burmaa Oyunchimeg (Amy) mendakwa ada gambar Altantuya dengan Si Polan. Mengapa mahkamah tak mintak nak tengok gambar itu?. Kalau gambar itu tak wujud Si Polan boleh saman dan mahkamah pun boleh kenakan 'charge' menghina mahkamah pada sepupu Altantuya. Mengapa ini tidak dibuat??


4. Ada banyak lagi benda pelik - terbaru isu SMS SiPolan dengan Hakim Kanan berkaitan kes Razak Baginda. Mengapa tiada siasatan susulan ??...


Akhir kata, kalau benar lah keadilan yang dicari pihak pembela harus bongkar dan dedah siapakah dalang atau petualang dibelakang tabir kes ini...., kalau tidak Altantuya adalah mangsa yang entah keberapa ???. Kepada yang terlibat dalam membunuh Altantuya, jika anda terlepas maka selamat lah anda di dunia ini.....

Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...