Sekali pandang tidak ada apa yang menarik nya gambar apek tua ini. Mengapa dan sebab apa aku berminat nak cerita pasal apek ni pulak ??. Pada hari raya kedua, aku ternampak Apek ni dikawasan rumah Angah (abg.Ipar aku), sedang memetik buah betik @ papaya. Sebelum ini Angah ada cerita bila aku tengok Kawasan keliling dah bersih dan penuh dengan pokok betik dan sedikit pokok pisang. Menurut Angah, Apek ni ada lah seorang bekas Polis zaman tahun 50an yang di panggil Polis AC ( macam yang pernah kita tonton dalam filem 'Bukit Kepong'). Apek ni berhenti selepas 10 tahun berkhidmat dan kemudian nya bekerja di sektor pembalakan di Pahang. Di pendek kan cerita Apek ni akhir nya tercampak di Ipoh. Umur nya sekarang melebihi 70 tahun dan masih sihat.
Angah kata, pada suatu hari, Apek ni datang bejumpa dengan dia meminta izin untuk mengerjakan tanah yang kosong di kawasan keliling rumah. Setelah persetujuan dicapai maka Apek ini yang hanya berseluar katok dan berlenggeng (tak pakai baju) mula membersihkan semak dan lalang dengan hanya menggunakan cangkul. Kemudian dia menanam buah betik dan pisang. Aku kira ada lebih kurang 50-60 pokok. Sekarang selepas beberapa bulan tanaman nya telah membuahkan hasil. Betik yang dipetik dijual kepada gerai yang menjual Air & buah-buahan.
Moral of the story
2 comments:
Tahniah kerana dapat membina sebuah blog yang menarik. Terima kasih juga kerana melayari blog saya.
Selamat Hari Raya.
terima kasih kembali Kevin
Post a Comment