Klik gambar untuk paparan lebih jelas
.Hari ini balik dari kerja dapat satu surat berisi kad-kad raya dan kalendar 2009 dari Mouth & Foot Painting Artists Sdn.Bhd. Kalau nak kad-kad tersebut, bayar melalui M.O/P.O/CEK dan kalau tak nak, pulangkan aje, tapi kalau muka tak malu, ambil dan tak payah bayar. Mouth & Foot Painting Artists bukan lah satu pertubuhan amal tetapi adalah syarikat yang dimiliki oleh ahli ahli Persatuan Pelukis-Pelukis Mulut dan Kaki yang cacat teruk. Penubuhan persatuan ini pada 1956 telah memberi peluang kepada semua ahli nya untuk membiayai diri mereka sendiri melalui penjualan lukisan lukisan mereka yang diterbitkan semula dalam bentuk kad, kalendar, kertas bungkus hadiah, poster dan lain-lain lagi. Saja aku nak cerita untuk berkongsi rasa dan pengalaman bagaimana masih ada lagi orang-orang yang boleh bersangka baik dengan kita. Apakah lagi alasan kita sebagai orang yang normal yang tidak cacat untuk tidak berusaha mencari nafkah sendiri??
No comments:
Post a Comment