Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

23 August 2008

TPM ulas pasal minyak turun


Tadi dalam berita TV3 jam 8.00 malam, sepintas lalu aku terdengar Datuk Seri Najib Tun Razak mengulas pasal penurunan harga petrol. Beliau membidas kepada mereka mereka yang mengatakan penurunan petrol 15 sen & diesel 8 sen adalah tidak memadai. Beliau menyatakan mereka semua ini lupa bahawa kerajaan telah memberi rebat sebanyak RM625 yang nilai nya lebih kurang 30-35 sen seliter. Ini lah yang beliau kata kalau tak silap aku. Aku pun hairan macam mana beliau boleh buat perbandingan begitu. Beliau main hentam aje, macam lah kita semua ni tak ada akal untuk berfikir. Rm625 itu di bagi sama rata pada setiap orang yang layak, sedangkan penggunaan petrol antara mereka adalah tak sama. Oleh itu, mana boleh beliau kata RM625 itu bersamaan lebih kurang 30-35 sen seliter.

Dulu, sebelum pilihanraya umum 12, orang ini lah jugak yang mengatakan minyak tak akan naik, tapi tak sampai beberapa bulan BN menang harga minyak pun naik dan kenaikan nya amat tidak masuk akal. Cuba baca seperti dibawah ini:

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal andaian harga minyak akan dinaikkan selepas Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum 8 Mac ini. “Tak, bukan semestinya harga minyak akan naik,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Manifesto BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Source click Utusan Malaysia On-Line

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...