Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

30 August 2008

Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu rinduan-TPM


30/08/2008 Berita TV3 jam 8.00 malam. Mula aje dah cerita pasal rompakan bersenjata. 1 di Bank menyebabkan seorang pengawal keselamatan terbunuh dan 1 lagi di kedai emas USJ. Sendiri pikir lah aman ke tak ??
Yang aku nak cerita bukan pasal rompakan, tapi pasal ucapan Datuk Seri Najib dalam 1 majlis di Pekan, Pahang. Beliau berpantun begini:
tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu rinduan
Pantun tu kata beliau mempunyai maana yang amat mendalam dan beliau kaitkan dengan kemerdekaan dan juga tergadai nya tanah air. Nampak macam beliau kenen kat Anwar aje...,cuma beliau tak ulas lebih lanjut bab tergadai ni,tergantung lah cerita nya.

Setahu aku sejak merdeka 1957 sampai lah sekarang tidak lah ada parti lain yang perintah Malaysia ini melainkan Parti PERIKATAN (dulu) dan sekarang dikenali BARISAN NASIONAL.
Mengikut rekod dalam tempoh itu ada 2 tempat yang bukan lagi tergadai tapi terlepas atau hilang hak keatas nya.
  1. Keluar nya Singapura dari Malaysia - Tak kira apa jugak alasan untuk membenarkan tindakan itu, yang pasti Singapura dah terlepas.
  2. Yang terbaru, Pulau Batu Putih
Sudah sudah lah, majoriti rakyat sekarang bukan nya seperti Tok Wan,bapak dan mak aku.....Sekarang zaman maklumat dihujung jari la beb....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...