Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

29 August 2008

Bajet 08-Pendidikan Percuma, Bajet 09-Bil elektrik percuma, PM temberang lagi..????

Dulu Bajet 2008 PM istiharkan iaitu Pendidikan Percuma. Dia punya gembar gembur nya bukan main lagi, kita ingatkan yelah tak payah bayar, rupa rupa nya yang tak payah bayar tu cuma bernilai RM 4.50 sekolah rendah dan RM 9 sekolah menengah. Sikit atau banyak nilai tu, satu hal la..tapi cara kerajaan punya cakap tu memang menyakitkan hati bila tau apa yang sebenar nya yang di maksudkan Pendidikan percuma
Sekarang Bajet 2009 PM istihar lagi iaitu Elektrik percuma. Nampak macam OK, tapi siapa lah agak agak nya yang akan menggunakan elektrik di bawah RM20. Kalau ada pun rumah tinggal atau rumah bujang la kot...Kalau lah betul Kerajaan iklas nak tolong ringankan beban, bagi lah rebat Rm10 ke...OK lah jugak. Buat macam kerajaan Selangor bagi rebat air.
Andai kata PM buat begini untuk mendapatkan semula kepercayaan dan sokongan rakyat yang sudah semakin terhakis terhadap UMNO/BN, beliau sebenar nya silap besar dan silap besar ini telah beliau lakukan sejak beliau menang besar pada PRU11.

Aku nak kongsi pengalaman dengan sesiapa yang singgah atau pantau blog aku ini. Aku punya gaji dah maksimum, orang selalu panggil GM (gaji mati). Gaji tak banyak adalah RM2800. Tolak sana sini, bawak balik RM2000. Dulu aku hisap rokok 1 hari 1 1/2 kotak-30 batang. (rokok murah rm6.70 - 1 hari belanja rokok aje RM10) dan dah berhenti sejak 1.1.2008. Perbelanjaan sekeluarga agak berhemah jugak la..,takde lah beli yang bukan bukan. Dulu (4 atau 5 tahun lepas) rasa macam ok aje.,tak de lah rasa tersepit dan terhimpit sangat. Walau pun tak senang tapi tak lah susah....kata orang tua2 'Senang belanja', tapi sekarang...terasa sempit yang amat sangat. Lepas minyak naik lagi gila dibuat nya..Aku rasa ramai yang macam aku kat luar sana. PM aku ni tak pikir ke.....Halloo Bung Anwar cepat la pergi Putrajaya, aku dan ramai lagi dah tak boleh nak tahan dah ni.....

Pendidikan Percuma Detik Bersejarah Dalam Pendidikan Negara (Bajet 2008)
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Pendidikan percuma yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini adalah detik bersejarah dalam pembangunan pendidikan negara bagi memastikan ia diterima secara seimbang bagi semua peringkat masyarakat.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pembentangan Bajet 2008 kali ini yang juga tertumpu kepada pendidikan menunjukkan betapa kerajaan amat mementingkan pendidikan sebagai satu alat untuk mendidik anak bangsa.

"Pengumuman Perdana Menteri itu ialah detik bersejarah pembangunan pendidikan negara yang amat dibanggakan. Ia selari dan sehaluan dengan apa yg terkandung di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), yang turut memberi penekanan kepada bidang-bidang tertentu," katanya kepada pemberita selepas pembentangan bajet di Parlimen, hari ini.

Abdullah mengumumkan pemansuhan yuran sekolah rendah dan menengah serta pemberian meluas Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua pelajar bermula tahun depan, sekaligus menjadikan sistem pendidikan seratus peratus percuma dalam bajet berkenaan.
Sumber dari
BERNAMA. Untuk berita selanjut nya klik SINI

Elektrik percuma (Bajet 2009)
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kerajaan mengumumkan pemberian bekalan elektrik percuma kepada isi rumah yang mempunyai bil elektrik kurang daripada RM20 sebulan berkuatkuasa 1 Oktober hingga akhir tahun 2009.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menanggung kos bil tersebut berjumlah RM170 juta untuk membolehkan 1.1 juta isi rumah mendapat manfaat ini.
" Ini sebagai satu langkah kerajaan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah di negara ini,’’ katanya. - Utusan
.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...