Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

30 July 2009

Kebakaran di Stesen Janakuasa: fakta Berita Harian mengelirukan


7.50 pagi: wargakerja tidak dibenarkan masuk

Alat pemunggal loji stesen jana kuasa terbakar lagi

KLANG: Alat pemunggal sepanjang kira-kira 100 meter yang membawa arang batu ke loji Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Salahudin Abdul Aziz milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Tok Muda, Kapar, di sini, terbakar pagi semalam.

Kebakaran itu dikesan kira-kira jam 6.45 pagi tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana ketika kejadian, semua pekerja belum memulakan tugas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kapar Energy Ventures Sdn Bhd, Sohaimi Subahir, berkata operasi stesen itu yang membekalkan elektrik ke seluruh negara tidak terjejas berikutan kebakaran itu.

Sohaimi berkata, pihaknya sedang mengambil langkah sepatutnya bagi mengelak kejadian berulang sementara punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Selangor, Ismail Osman, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 7.08 pagi dan jentera pertama tiba di tempat kejadian jam 7.34 pagi.

Katanya, seramai 118 anggota dengan lapan jentera dari lapan balai ditugaskan memadam kebakaran itu dan berjaya mengawal sepenuhnya kira-kira jam 10 pagi.

"Kerja memadam kebakaran agak sukar tetapi kami bertungkus-lumus menjalankan tugas untuk mengelak kejadian lebih teruk seperti letupan," katanya. - berita harian

Komen aku:
Aku berkerja di Stesen Janaelektrik Sultan Salahudin Abdul Aziz ini dah 22 tahun dan berasa amat sedih kerana sepanjang berkhidmat disini, kejadian ini bagi pendapat aku paling buruk.

Dalam pada itu aku amat tidak setuju apabila Berita Harian meletak kan tajuk (headline) yang mengelirukan.
Tajuk nya 'Alat pemunggal loji stesen jana kuasa terbakar lagi'. Mengapa perlu ditambah perkataan lagi ? sedang kan dalam berita nya tak sebut pun ada kebakaran sebelum ini.

Satu lagi fakta yang mengelirukan ialah
Stesen Janaelektrik Sultan Salahudin Abdul Aziz bukan dimiliki oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) sepenuh nya. Ia dimiliki oleh Kapar Energy Ventures Sdn Bhd., yang mana 60% ekuiti oleh TNB dan 40% ekuti oleh Malakoff. Dulu memang TNB punya 100%. Jangan marah, aku cuma betulkan fakta.

Kepada Tuan Hj.Suhaimi (CEO KEV), Tuan Hj. Shamsul (ketua Fasa 3) dan seluruh wargakerja Kapar Energy Ventures diharap bersabar dan dapat menerima kejadian ini dengan tenang. Kita telah mencuba sedaya upaya. Aku berada bersama dibilik gerakan kecemasan dan aku dapat melihat betapa sugul nya mereka yang ada disitu.


* Untuk menjaga nama baik Stesen aku tak mahu letak disini photo atau video klip kejadian, cukup hanya satu diatas, lagi pun memang aku tak punya banyak gambar.


Sekian


Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...