Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

14 July 2009

PRK Manik Urai: Tan Sri Muhyidin mudah lupa apabila kata BN kempen cara baik

Dalam semua slot berita di TV jam 8.00 ini, kesemua nya menyiarkan komen dan kenyataan Tan Sri Muhyidin dan Datuk Musa Hasan (Ketua Polis Negara) berkaitan satu dua kekecohan kecil yang berlaku semasa PRK Manik Urai siang tadi. Kebanyakan komen dan kenyataan adalah bias dan tidak bertanggung jawab, lebih lebih lagi Tan Sri Muhyidin. Dengan selamba beliau terus menuduh tanpa bukti bahawa kekecohan dicetuskan oleh provokasi dari PAS.

Beliau juga berkata bahawa penyokong PAS memaki hamun beliau. Yang pergi lalu kat penyokong PAS tu buat apa ?. Beliau kemudian mendakwa bahawa BN tak pernah buat macam itu. PAS ini nama saja parti yang konon nya perjuang Islam tapi maki hamun orang tambah beliau.

Halooooo...Tan Sri. Betul ke samada penyokong atau pemimpin BN tak pernah buat benda tak senonoh masa pilihanraya ?. Nak aku bagi bukti ? atau beliau ini mudah lupa.

Dalam pada itu aku ingin ucap tahniah pada Tan Sri Muhyidin kerana beliau sedang membina kebencian rakyat terhadap beliau. Kalau beliau teruskan cara yang beliau buat seperti sekarang, aku yakin dan pasti UMNO/BN akan tersungkur lebih cepat lagi.


PRK Permatang Pauh - Ini penyokong BN. Tanya hati kecil dan Nilai lah sendiri......(lihat ekspresi muka mereka...seronok, bukan nya nak halang)




Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...