Perhimpunan aman 8 Mac lalu. Klik foto untuk paparan lebih jelas dan cuba cari di mana Sasterawan Negara A.Samad Said
Kerajaan Umno-BN selepas 6 tahun akhirnya mengakui bahawa program Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) gagal mencapai matlamat yang disasarkan kerajaan, sebaliknya ia menjejaskan pembelajaran murid-murid.
Menteri Pendidikan Muhyiddin Yassin mengumumkan program ini akan dihapuskan bermula 2012 dan matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan diajar dalam bahasa kebangsaan.
Manakala di sekolah-sekolah jenis kebangsaan ia akan diajar dalam bahasa ibunda masing-masing.
PPSMI dilaksanakan pada 2003 dibawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Cendekiawan dan para pendidik tempatan memberi amaran program ini akan menjejaskan pembelajaran murid-murid, namun bantahan rakyat dijawab dengan ledakan gas pemedih mata dan semburan meriam air dalam satu perhimpunan aman 8 Mac lalu. - www.tvantara.com
* Untuk Nostalgia, sila lihat foto-foto perhimpunan aman 8 Mac lalu disini dan disini
Komen aku:
Pengumuman kerajaan untuk menghapuskan PPSMI menjelang 2012 adalah merupakan satu kemenangan yang besar kepada perjuangan rakyat dalam usaha memansuhkan sistem tersebut. Kalau rakyat yang disokong oleh tokoh tokoh bahasa tidak turun ke jalan raya berdemo untuk memberi tekanan, jangan mimpi kerajaan akan mansuhkan sistem ini. Dalam hal ini aku teringat pada kata kata Khairy Jamaluddin yang menggelarkan mereka yang menyertai demonstrasi jalanan sebagai 'BERUK'. Kerajaan rupa nya takut juga pada 'BERUK'.
Bagi aku, lebih jauh dari itu pengumuman ini juga merupakan satu tamparan atau tempelak kepada Tun Mahathir kerana beliau lah yang beria ia mahukan sistem tersebut dilaksanakan. Aku sendiri pun tak nampak apa beza nya selepas 6 tahun sistem itu dilaksanakan. Rakan rakan dari golongan cikgu pun mengeluh kerana kekurangan sumber dan latihan.
Sekian.
Bagi aku, lebih jauh dari itu pengumuman ini juga merupakan satu tamparan atau tempelak kepada Tun Mahathir kerana beliau lah yang beria ia mahukan sistem tersebut dilaksanakan. Aku sendiri pun tak nampak apa beza nya selepas 6 tahun sistem itu dilaksanakan. Rakan rakan dari golongan cikgu pun mengeluh kerana kekurangan sumber dan latihan.
Diharap kan supaya lain kali kerajaan lebih berhati hati apabila membuat sebarang dasar yang lebih lebih lagi melibat kan golongan kanak kanak yang akan menjadi pemimpin dan penggerak kepada negara di masa hadapan. Macam aku dan lebih lebih lagi yang seusia Tun Mahathir, hidup pun dah tak lama. Oleh itu kalau dah tak boleh buat benda yang baik, maka jangan buat benda yang jahat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment