Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

15 July 2009

Jikalau Tan Sri Muhyidin janji lebih lagi selain jambatan, BN sudah pun menang ?



TAHNIAH ! kepada PAS kerana berjaya mempertahankan kerusi DUN Manik Urai dengan segala kepayahan melawan gergasi yang walaupun telah cedera tapi masih kuat. Kuat merasuah, kuat mengugut dan berbagai lagi. TAHNIAH juga kerana berjaya mengekalkan rekod tanpa menang BN di Semenanjung dalam PRK.

Majoriti 65 yang diperolehi oleh calun PAS Y.B Mohd. Fauzi Abdullah, memang lah nyawa nyawa ikan. Walau apa pun alasan, PAS perlu berlapang dada apabila melakukan post mortem. Banyak faktor, terutama nya faktor luaran yang menyebabkan undi kepada PAS merosot dengan begitu teruk sekali.

Faktor dalaman PAS
1. Kelayakan akademik calun PAS sebenar nya sudah boleh mengurangkan undi untuk PAS. Bukan menghina, tetapi ini adalah soal kreteria, sesuai atau tidak seseorang calun untuk bertanding. Boleh kah PAS terima kalau nanti orang kata 'letak tunggul kayu pun boleh menang', seperti yang pernah berlaku pada calun BN masa mereka kuat dan gagah dulu.

Faktor Luaran PAS
1. Kempen BN yang menggunakan segala media dan jentera kerajaan.

2. Projek projek mee segera yang menjadi 'trademark' BN

3. Janji pembangunan. Tidak dinafikan bahawa janji untuk membina jambatan telah berjaya mengurangkan majoriti PAS. Kedua dua peti undi yang diumpan dengan jambatan iaitu Manik Urai Baru dan Manik Urai Lama dimenangi oleh BN. Jikalau TS Muhyidin boleh berjanji satu lagi projek pembangunan seperti menaik taraf jalan misal nya, tidak mustahil BN telah pun memenangi PRK Manik Urai. Namun apa kan daya, mungkin TS Muhyidin merasakan bahawa satu jambatan saja sudah jauh dari cukup untuk merampas Manik Urai dari PAS.

4. Kejadian orang UMNO menyamar sebagai petugas SPRM yang dapat ditahan dan di halau oleh penyokong PAS dengan bantuan Polis. Bagaimana kalau mereka yang menyamar ini terlepas ?. Keputusan mungkin boleh berubah. Di peti undi tempat lain tak tahu berapa ramai yang terlepas.

5. Rasuah wang (duit) seperti yang dilaporkan oleh malaysiakini.com. Klik sini

6. Faktor sampingan lain seperti pertengahan bulan, ramai orang dah sempit duit. Hari mengundi pulak hari berkerja walau pun Tuan Guru Nik Aziz isytihar cuti umum, tetapi Kelantan saja dan lain lain lagi

Kesimpulan nya, bagi BN ini ada lah satu kejayaan besar kerana dapat mengurangkan majoriti dari 1352 ke 65 sahaja. Namun begitu jangan lupa pada PRU 11 2004 dan kerana faktor 'bersih' Pak Lah, UMNO/BN merampas Manik Urai, tetapi menang hanya dengan majoriti 53 undi sebelum dirampas semula oleh PAS pada PRU 12 2008 dengan majoriti 1352. Apa yang boleh dilihat ialah pertentangan sebenar adalah pada PRU dan bukan PRK dan lagi majoriti tipis ini adalah biasa di Kelantan.

Akhir kata, kalau boleh kerajaan PAS membina jambatan yang dijanji oleh TPM tetapi dibatalkan kerana kekalahan UMNO/BN, ikhtiarkan lah sumber kewangan, sudah pasti ini akan memberikan imej dan persepsi yang baik buat PAS yang tidak mengugut rakyat dengan pembangunan hanya di musim pilihanraya seperti UMNO/BN. Selain memberi tamparan kepada UMNO/BN, pasti UMNO/BN akan terkedu dan 'swing vote' akan berlaku kepada PAS dalam PRU 13 nanti. InsyaAllah !!!

Sekian

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...