Photobucket
http://airrakyat.epetitions.net/images/petitions/046bde8e644231f0515ba45e14f2e9df/topBanner.jpg

13 July 2009

Manik Urai: Belang & perangai sebenar pemimpin UMNO

TPM: Undi BN dapat jambatan baru

Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga presiden Umno petang tadi.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.

"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.

Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad. - malaysiakini



Komen aku:
Ini lah yang susah ni. Nak kategori kan kenyataan TPM ini dalam kategori apa ?. Tawaran, ugutan, paksaan, rayuan atau rasuah ?. Media dan TPM kata itu adalah tawaran. PAS pulak kata itu adalah tawaran rasuah pilihanraya. Aku berpendapat itu satu ugutan.

Kalau orang yang mahu berfikir, boleh lah melihat dan menilai belang dan perangai sebenar pemimpin negara yang ditunjang oleh UMNO. Dalam satu keadaan, sebok cerita konsep 1 Malaysia, tapi dalam keadaan seperti di Manik Urai, kalau tak undi BN, jambatan tak dapat. Ada kah patut macam tu sedang kan cukai semua orang kena bayar tak kira ada parti atau tidak

Nampak nya BN masih tidak serik dan belajar dari kesilapan lalu. Dulu boleh lah gunakan 'Money festo', tetapi sekarang guna 'money festo' belum tentu lagi boleh menang Bang Yidin. Silap haribulan boleh kalah teruk, ada faham !!!

Sekian.

Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...